Sunday, July 3, 2011

FORMULA SABUN MANDI - Cara Buat Sabun



Bahan-bahan:

Minyak Kelapa Sawit
Minyak Zaitun
Natrium Hidroksid
Air suling
Minyak wangi pilihan
Pewarna pilihan

Cara-cara Membuatnya:

1. Penyediaan larutan Lye dibuat dengan menyukat air suling dalam sebuah jag plastik bermuncung. Kemudian;

2. Timbang Natrium Hidroksid dan masukkan ke dalam air suling. (Ingat masukkan Natrium Hidroksid ke dalam air bukan sebaliknya).

3. Gunakan sudip plastik dan kacau sehingga larut.

4. Tindakbalas kimia akan menyebabkan suhu larutan meningkat, biarkan campuran itu menyejuk dalam masa 15 minit. Larutan ini dikenali sebagai larutan Lye.

5. Dalam masa yang sama, campurkan minyak Kelapa Sawit dan minyak Zaitun dalam bekas stainless steel, campurkan pewarna dan kacau hingga rata.

6. Kemudian, campurkan larutan Lye dengan campuran minyak itu.

7. Gunakan sudip plastik, kacau hingga campuran melikat dan bubur sabun terbentuk.

8. Masukkan minyak wangi dan kacau sekali.

9. Tuang bubur sabun ke dalam acuan dan biarkan bubur sabun membeku dalam tempoh 24 jam.

10. Keluarkan blok sabun dari acuan dan potong mengikut saiz yang anda inginkan.

11. Susun di atas rak untuk proses sejatpulih dalam tempoh 4 minggu sebelum ianya boleh mula digunakan.

12. Pastikan tempoh masa yang cukup untuk sejatpulih, selepas 4 minggu proses sejatpulih bungkus sabun dalam kertas yang cantik.

Langkah Keselamatan

1. Penimbangan bahan hendaklah dibuat dengan mengikut sukatan.

2. Ingat masukkan Natrium Hidroksid ke dalam air suling dan bukan sebaliknya.

3. Elakkan Natrium Hidroksid dan larutan Lye terkena bahagian badan ianya boleh menyebabkan melecur.

4. Gunakan cermin mata keselamatan, sarung tangan getah dan memakai apron tebal semasa mengendalikan Natrium Hidroksid.

5. Jangan gunakan bekas aluminium untuk menyimpan natrium hidroksid, menyediakan larutan Lye atau merumus sabun.

6. Jauhkan daripada kanak-kanak atau haiwan perliharaan.

7. Pastikan udara beredar dan jangan menghidu gas yang dikeluarkan, merbahaya.

8. Apabila kulit terkena percikan Natrium Hidroksid basuh dengan air yang banyak.

Untuk mendapatkan sukatan. Dapatkan e-Book Cara Membuat Sabun, dan mulakan hobi menambahkan pendapatan anda.

6 comments:

  1. NaOH boleh diperolehi dari pembekal bahan kimia. Sila lawati: http://galerisabun.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. dah cuba buka tapi permission denied lah...

    ReplyDelete
  3. ada cra lain ke nk contact galeri sabun?

    ReplyDelete
  4. NaOH is a controlled substance, hanya syarikat yg ada poison trading licence boleh beli NaOH.. sila pastikan supplier anda bukan jual barang2 'atas angin' nnt u org susah..

    kalo betul bminat dlm bidang sabun/detergent, sila emel i at fred.luccas@yahoo.com.

    thank you

    ReplyDelete
  5. bahan2 tu xde details ke untuk buat sebiji sabun? ke letak je?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...