Sunday, April 3, 2011

Cecair Pencuci Industri



Bahan-bahannya:

1. Minyak Kelapa Sawit
2. Lye Kostik Potash
3. Gliserin
4. Pewangi
5. Air Suling

Cara-caranya:

Larutan Lye perlu disediakan sehari lebih awal.

Ambil sebuah periuk yang mempunyai saiz lima kali ganda daripada hasil campuran yang akan dibuat itu.

Isikan minyak kelapa sawit dan panaskan sehingga suhunya mencapai sekitar 75 darjah Celcius.

Kemudian sambil mengacau minyak tersebut tambahkan Lye sedikit demi sedikit kacau dengan sudip kayu 20 hingga 30 minit, kemudian tambahkan gliserin.

Periuk yang besar adalah untuk mengelakkan larutan itu bergelumbang dan tumpah keluar.

Kemudian tambahkan air suling sehingga larutan tadi sebati.

Haba akan mempercepatkan proses bahan-bahan tersebut dengan air.

Biarkan larutan itu menyejuk sepenuhnya, tambahkan pewarna dan wangian ketika sabun cair itu telah sejuk.

Bilakah sabun cair ini boleh mula digunakan? Dapatkan maklumat selanjutnya.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...