Ahad, 16 November 2014

Langkah Menuju Kejayaan Ialah Memulakannya



Kejayaan sesuatu usaha adalah bermula dengan diri anda. Kesanggupan anda untuk memulakan langkah yang pertama. Mana mungkin anda mampu berbuat sabun tanpa anda memiliki pengetahuan tentang cara-cara membuat sabun.

Lever Brother mencapai kejayaan sebagai sebuah syarikat antarabangsa bermula dengan langkah pertama William Lever. Bermula dengan suatu yang dianggap kecil pada mulanya tetapi ianya adalah suatu perniagaan yang mempunyai peluang untuk membina gagasan lebih besar.

Sesuatu yang dimulakan secara kecil-kecilan akan memiliki peluang terancang untuk menjadi bertambah besar melalui penambahbaikan. Kelemahan yang dikenalpasti dapat diatasi dengan lebih cekap melalui langkah-langkah pencegahan bagi mengelak kesilapan yang sama berulang.

Seterusnya, dalam masa yang sama anda dapat memahami selok-belok perniagaan yang anda ceburi. Memenuhi permintaan pelanggan terhadap produk sabun keluaran anda.


Suka saya nyatakan di sini dengan masa yang terluang yang anda ada sekarang, jika anda berminat jadikanlah ianya suatu usaha yang bakal memacu anda ke puncak jaya. Suatu masa nanti akan tiba pula masanya untuk jenama sabun anda menerajui pasaran sabun dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan