Jumaat, 14 November 2014

BERJAYA SEBELUM BERSARA

Langkah bijak - ILMU sebelum bersara 



Memiliki ILMU tidak tertakluk kepada umur persaraan anda.
SAMA ada anda bercadang untuk bersara pada usia 55 atau lebih awal lagi, apa yang penting ialah melengkapkan diri anda dengan ilmu yang dapat menjamin kehidupan memuaskan serta bebas daripada bebanan hutang setelah bersara. Jika anda ingin berniaga, pastikan produk perniagaan anda yang dapat bertahan dari mudah mereput.

Menjual ikan, ayam, daging, sayur atau bahan basah memerlukan pelanggan yang tersedia dan mengambil masa untuk membina jaringan pelanggan. Ramai juga yang memilih untuk membuat jualan langsung seperti MLM. Nampak mudah tetapi ia memerlukan komitmen kerja yang luarbiasa.

Manakala menjual bahan yang tidak rosak seperti peralatan elektrik terdedah kepada kemajuan teknologi yang mana perubahan minat terhadap rekabentuk, kecanggihan atau model yang baru. Fesyen pakaian juga bertukar, meskipun pakaian anda belum lusuh lagi.

 Bagaimana untuk menyiapkan diri untuk bersara? Tiada jawapan khusus untuk soalan ini kerana ia banyak bergantung kepada gaya hidup yang diinginkan, tahap kesihatan dan juga situasi unik seseorang itu selepas bersara.

Beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyiapkan diri anda daripada segi kewangan sebelum bersara. Langkah yang paling UTAMA ialah memiliki ILMU. Anda boleh mendapatkan ILMU ini untuk dijadikan langkah persediaan.

Kalau anda tidak membuatnya pun anda boleh manfaatkan ILMU ini sebagai sebuah perniagaan keluarga. Jenama-jenama sabun yang terunggul hari ini, bahkan ada yang telah bermula sejak awal abad ke 18 lagi. Ada syarikat konglomerat yang berkembang pesat pada hari ini, ianya telah dimulai oleh seorang individu.

Fikirkan satu jenama untuk produk sabun anda. Ingat!!! Jenama yang tercetus di minda anda pada hari ini bakal menjadi suatu JENAMA produk sabun antarabangsa ketika nanti. Mulakan langkah anda sekarang juga.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan