Jumaat, 20 Januari 2017

Kisah Sabun Pears

Pada abab ke 17, seorang pemuda yang bernama Andrew Pears tinggal di negeri England. Pears tidak mempunyai wang atau harta benda tetapi ia seorang yang rajin dan cerdik serta sentiasa suka belajar dan mengkaji.

Untuk mencari nafkahnya, beliau telah mempelajari cara untuk menggunting rambut dan merantau ke seluruh desa bagi mendapatkan rezeki. Di waktu lapang beliau mengkaji kimia-kimia dan beliau mencipta sesuatu warna baru dan air wangi.



Kemudian beliau cipta sesuatu kimia untuk untuk lembutkan rambut dan dinamakan sabun oleh Pears. Pears menggunakannya dalam kerjanya iaitu gunting rambut dan mencukur pelanggan. Pelembut rambut itu sangat disukai oleh para pelanggannya dan perniagaannya telah berkembang maju.

Pada masa itu, ibukota London itu dibanjiri oleh orang ramai dari seluruh negeri. Berikutan itu, Pears telah segera menamatkan perantauannya ke seluruh negeri dan beliau membuka sebuah kedai menjual barang-barang wangi di sebuah jalan yang bernama Creak di Ibu Kota London.

Pears memerhatikan bahawa sabun yang direkakan olehnya untuk melembutkan rambut boleh juga digunakan untuk mengeluarkan kekotoran. Beliau terus menerus membuat kajian selanjutnya dan mengeluarkan dua sabun, satu untuk mencuci kain bajiu dan satu lagi untuk mencuci tubuh badan. (Sabun Mandi). Sabun tersebut itu beliau namakan Pears Soap dan mula berjual di kedainya.

Orang-orang England mula mengenali jasa Pears dan perniagaannya terus maju. Dan Pears Soap dikenali di seluruh negara. Pears mula berfikir untuk mengedarkan sabunnya seluruh dunia. Pada tahun 1887, syarikatnya telah bergabung dengan seorang sahabatnya Thomas J. Barratt. Barratt adalah seorang yang mahir dalam bidang pengiklanan. Apabila beliau bergabung maka nama sabun Pears mula dikenali ke seluruh dunia.


Barratt telah mengadakan pelbagai cara untuk iklannya. Satu daripadanya ialah membeli sebuah lukisan terkenal yang bernama Soap Bubbles yang berharga £2,200 dan mencetak berjuta-juta salinan dan mengedarkan seluruh dunia.

Lukisan itu menggambarkan seorang kanak-kanak bermain sabun air. Gambaran itu adalah sesuatu lukisan dengan maknanya yang mendalam.

Pada ketika itu, terdapat ramai pembeli yang berminat dan telah cuba untuk membeli lukisan asal itu. Namun, Barratt enggan menjualnya dan sehingga ke hari ini lukisan asal tersebut itu masih berada dan dikawal rapi di Ibu Pejabat Syarikat Pears Soap di England.

Satu lagi cara yang Barrat lakukan ialah beliau mencetak Sabun Pears di sebelah wang siling dan diedarkan kalangan masyarakat.



Pada masa itu Kerajaan British membenarkan syarikat-syarikat Awam untuk mengeluarkan syiling-syiling sendiri selain dari Kerajaan . Keluaran Kerajaan British satu sen bernilai 12 pence. Tetapi syarikat Pears Soap menjualkan satu siling keluarannya pada harga 14 pence. Oleh kerana untungnya 2 pence, masyarakat telah menggunakan syiling Pears lebih daripada syiling kerajaan.

Beribu-ribu orang di British membeli belah wang Pears untuk menukar wang dan mendapat keuntungan menerusi pertukaran wang tersebut. Pada masa ini, syarikat-syarikat Awam tidak dibenarkan lagi oleh Kerajaan British berbuat sedemikian.

Sehingga kini, sabun Pears masih boleh didapati di kedai-kedai dan gedung membeli belah seluruh dunia. Ramai orang yang membuat sabun telah menjadi jutawan.

1 ulasan:

  1. wow...sejarah pembuatan sabun...
    terima kasih atas info yg bagus...
    semoga industri sabun di Malaysia juga dapat melakar sejarah yang tersendiri...
    www.debalqiesbeauty.com/blog

    BalasPadam