Rabu, 3 Mei 2017

Sumbangan Dalam Aktiviti Pembersihan



















Sabun adalah tindakbalas alkali dan lemak, lalu menghasilkan garam dan asid lemak. Ia digunakan sebagai satu bahan untuk membersihkan, membasuh, dan mandi.

Sabun juga digunakan dalam pembuatan tekstil dan merupakan komponen penting untuk pelincir.

Sabun adalah penting untuk kerja pembersihan bagi mengelakkan bakteria dan penyakit.

Jika doktor tidak menggunakan sabun untuk membersihkan diri sebelum pembedahan mereka boleh memindahkan kuman yang terdapat pada anggotanya kepada pesakit pula.

Bayangkan tahap kebersihan makanan yang disediakan oleh penyedia makanan jika tiada sabun dalam kehidupan ini. Apa akan jadi sekiranya hanya air sahaja yang digunakan untuk kerja-kerja mencuci.

Sabun juga digunakan untuk membersihkan pakaian kita untuk menghapuskan kuman dan kotoran.

Sabun memberikan manfaat yang besar dalam kehidupan manusia.

Sudah tentu pembuat sabun, secara tidak langsung sebenarnya adalah penyumbang utama bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk beramal.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan