Ahad, 22 Mac 2015

FORMULA MEMBUAT SERBUK PENCUCI - Sabun Serbuk

Pada masa kini, penggunaan serbuk pencuci adalah lebih berbanding sabun buku untuk mencuci pakaian.Serbuk pencuci menjadi pilihan kerana ianya lebih mudah digunakan. Selain mencuci kain, serbuk pencuci digunakan untuk mencuci lantai, dinding, dapur dan peralatan untuk memasak dan pinggan mangkuk. Perbezaan kegunaan memerlukan penggunaan bahan kimia yang berbeza bagi mencekapkan kerja-kerja pembersihan untuk membuang kekotoran. Kandungan kimia tertentu untuk tindakan pembersihan tertentu.


Penggunaan serbuk pencuci menjadi meluas setelah perang dunia kedua. Penggunaan bahan kimia terbitan “Petro Chemicals”. Permintaan terhadap keperluan bahan cucian jenis yang baru terjadi berikutan pada masa tersebut kain-kain Wollen, Sutera serta kain-kain sintetik seperti Terlin, Tetron mula diperkenalkan dalam masyarakat. Sabun buku tidak dapat mencuci kain jenis baru dengan cekap.

Penemuan bahan kimia baru telah menghasilkan serbuk pencuci yang dapat membersihkan kotoran pada kain jenis sintetik dengan lebih bersih bercahaya. Serbuk pencuci ini bukan sahaja membersihkan kain jenis baru tetapi mampu melakukan kerja-kerja pembersihan sedia ada dengan lebih baik. 


Permintaan terhadap serbuk pencuci di seluruh dunia telah meningkat berikutan kecekapan dan dapat digunakan dengan lebih mudah. Pelbagai jenama terdapat di dalam pasaran seperti Fab, Hola, Breeze, Drive, Harimau, dan sebagainya bagi memenuhi permintaan pengguna. Proses pembuatannya menggunakan jentera dan kimia, dengan kawalan pengeluaran menjadikan serbuk pencuci bermutu dikeluarkan.

Antara serbuk pencuci yang didapati dalam bungkusan bag adalah serbuk pencuci untuk mencuci kain dan pakaian, dan untuk mencuci lantai simen dan sebagainya.

Serbuk pencuci boleh diperolehi dibungkus dalam botol-botol plastik untuk mencuci pinggan-mangkuk dan alat perkakas dapur. Antara jenama Serbuk Pencuci ialah Vim Powder.

CARA PROSES



Kaedah Pembuatan Serbuk Pencuci - Cara Pertama

Serbuk Pencuci boleh dibuat dengan 3 kaedah:-

1. Membuat sabun ketul kemudian hancurkannya.

2. Membuat sabun ketul, hancurkannya kemudian tambahkan bahan kimia lain.

3. Mencampurkan beberapa bahan kimia untuk jadikan serbuk pencuci.

Cara Pertama

Bahan-bahan:

1. Minyak kelapa - 40kg
2. Kostik Lye 37 degree - 20 kg
3. Silikat - 2 kg
4. Serbuk Likapol - 2.5 kg
5. Warna sabun (Tannin Blue) - 10 gm
6. Resin - 5kg

Cara-caranya:

1. Sediakan Lye 37 degree terlebih dahulu, masukkan silikat dan kacau dengan senduk kayu. Larutkan pewarna dengan air dan campurkan dengan Lye. Letak ke tepi dahulu.

2. Isikan minyak ke dalam kuali, pastikan saiz kuali yang besar digunakan. Panaskan sehingga mencapai suhu 90F . (Nota Penting : Minyak mudah terbakar apabila terdedah kepada api. (Oleh itu elakkan minyak dari terkena api). Campurkan resin yang telah dihancurkan ke dalam minyak. Kacau sehingga larut.

3. Kemudian masukkan larutan Lye yang telah disediakan tadi sedikit demi sedikit ke dalam minyak yang telah panas dan kacau sehingga semua bahan telah bercantum. Kecilkan api.

4. Tambahkan Serbuk Likapool ke dalam campuran minyak itu sambil mengacaunya hingga sempurna ratanya. Padamkan api dan biarkan Bubur Sabun itu menyejuk sedikit.

5. Tuang Bubur Sabun itu ke dalam acuan kayu, tutup dengan guni atau selimut tebal supaya tidak masuk angin.

6. Keluarkan dari acuan pada keesokkan harinya. Potong memanjang dan biarkan ia kering di tempat berangin.

7. Setelah sabun itu benar-benar kering hancurkan sabun itu menjadi serbuk dan biarkan kering di bawah sinaran matahari. Setelah kering gunakan penapis untuk mendapatkan serbuk sabun yang halus dan cantik.

Kaedah Pembuatan Serbuk Pencuci - Cara Kedua
Untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dapatkan:-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan