Khamis, 9 April 2015

Jenama Sabun Anda Memberi Pulangan Berbaloi


Sebaik anda menceburkan diri dalam bidang pembuatan sabun, tentunya anda akan memasarkan produk anda di pasaran. Nah!!! Anda mungkin mempunyai perkataan yang sangat menarik untuk dijadikan jenama sabun anda. Kalau anda belum membuat sabun pun anda mungkin ada idea hebat untuk dijadikan jenama sabun. Mungkin anda sedang tercari-cari perkataan yang sesuai untuk dijadikan jenama. Jenama yang bakal menguasai pasaran sabun dunia.

Berikut adalah syarikat pengeluar atau jenama sabun keluarannya.

Ach. Brito, Barf , Biechele Soap, Boraxo, Camay, Caswell-Massey, Chandrika ,Coast ,Defense Soap, Dettol, Dial ,Dove (toiletries), Fels-Naptha, Fenjal,Hamam (soap),Imperial Leather, Irish Spring, Ivory ,Kerala Soaps Limited,L'Amande, Lano, Lava ,Lever 2000,Lifebuoy ,Liril, Lux, Margo, Medimix, Mysore Sandal Soap, Pears soap, Rozalex Safeguard , Sapolio, Sebamed, Shower Shock, Simple Skincare, Sunlight, Swan Soap, Swarfega, Wright's Coal Tar Soap, Zest .

Saya pasti anda juga mempunyai idea untuk memberikan jenama yang terbaik untuk produk sabun anda.

KEPENTINGAN CAP DAGANGAN DALAM PERNIAGAAN 

Cap dagangan adalah merupakan antara cabang daripada komponen harta intelek. Cap dagangan atau trade mark di dalam bahasa Inggeris adalah komponen cap dagangan yang paling mudah ditemui di sekeliling kita. Setiap produk atau perkhidmatan yang kita gunakan seharian mempunyai cap dagangan tersendiri.

Secara umumnya, cap dagangan merujuk pada suatu tanda yang boleh membezakan antara barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemiliknya dengan pemilik lain. Cap dagangan biasanya dirujuk sebagai jenama atau logo sesuatu produk atau perkhidmatan.

Cap dagangan diwujudkan bagi memudahkan pelanggan memilih sesuatu barangan di dalam kategori yang sama.

Sebagai contoh, pengeluar barangan sabun A menggunakan jenama CAP BUNGA bagi membezakan barangan sabunnya dengan pemilik barangan sabun B, yang mana pemilik sabun B menggunakan jenama CAP BURUNG bagi sabunnya. Maka di sini pelanggan akan dapat membezakan di antara sabun A dan sabun B menerusi jenama CAP BUNGA dan CAP BURUNG.

Cap dagangan tidak terhad kepada jenama atau logo semata-mata, ia merangkumi perkataan, huruf, nombor, nama, tandatangan, gambar, logo dan kombinasi antaranya.

5 Fungsi Cap Dagangan 

#1 – Fungsi Identiti Cap dagangan membolehkan pengguna mengenal pasti sumber atau pengeluar sesuatu produk atau perkhidmatan.

 #2 – Fungsi untuk membuat pilihan Cap dagangan membolehkan pengguna memilih barangan atau perkhidmatan dengan mudah.

 #3 – Fungsi kualiti Pelanggan memilih sesuatu cap dagangan berdasarkan reputasi, kualiti barangan dan perkhidmatan di bawah cap dagangan.

 #4 – Fungsi pemasaran Cap dagangan memainkan peranana penting dalam pengiklanan. Pelanggan lebih mudah dipengaruhi menerusi pengiklanan sesuatu barangan.

 #5 – Fungsi ekonomi Cap dagangan yang mempunyai reputasi tinggi akan meningkatkankan nilai cap dagangan itu di mata pelanggan. Dengan nilai yang tinggi, pemilik cap dagangan mempunyai pilihan untukmelesenkan atau memindahkan hak milik cap dagangan dengan ganjaran yang tinggi.

Di Malaysia, cap dagangan perlu didaftarkan untuk mendapatkan perlindungan daripada disalahguna, dan ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Permohonan untuk pendaftaran perlu dibuat kepada Pendaftar Cap Dagangan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Pemilik cap dagangan juga boleh berhubung dengan Ejen Cap Dagangan yang dilantik oleh pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk urusan pendaftaran cap dagangan.

Setiap pendaftaran cap dagangan sah untuk tempoh sepuluh tahun dan boleh diperbaharui setiap sepuluh tahun. Cap dagangan yang berdaftar akan memperoleh perlindungan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, iaitu bebas daripada sebarang ancaman yang melibatkan cap dagangan.

 

Rabu, 8 April 2015

Produk Sabun Mampu Bertahan Di Pasaran



Lux adalah jenama sabun kecantikan yang diedarkan oleh Unilever dari Britain sejak 1925. Sabun Lux menjadi hebat kerana ia mampu bertahan kerana kualitinya yang sentiasa dijaga dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Selain sabun, Lux juga termasuk jenama shampo, shower gel, dan kondisioner. Syarikat Unilever mula mengeluarkan produk sabun sejak tahun 1899 sebagai Sunlight Flakes.

Sasaran pasaran syarikat ini adalah pengguna di berbagai negara, seperti Afrika Selatan, Arab Saudi, Thailand, Brazil, India, dan Indonesia.

Bayangkanlah betapa unggulnya produk syarikat ini hingga mampu bertahan dan berada di pasaran sejak 116 tahun lalu hinggalah ke hari ini.

Jenama Lux terbitan syarikat ini sudah menjangkau usia 90 tahun. Inilah masanya, untuk anda memutuskan kepada diri anda untuk menjadi pengasas produk jenama sendiri yang mampu bertahan dari generasi ke generasi. Anda juga tentunya ingin mengusahakan perusahaan yang boleh diwarisi.

Banyak perkara yang perlu dipelajari, tetapi jika anda telah memulakannya pada hari ini, sudah tentu banyak pengalaman dan pelbagai perkara telah anda pelajari dan sudah pasti ianya tidak akan sama untuk anda memulakannya pada 10 tahun yang akan datang.

Jika banyak perkara yang telah anda tinggalkan dahulu, jangan lagi dibiarkan, masa terus berlalu sebenarnya bukan perkara itu yang anda tinggalkan tetapi anda sebenarnya peluang keemasan itulah yang telah meninggalkan anda. Jom bertindaklah hari ini.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *