Khamis, 5 November 2015

3 kunci kejayaan dalam pembuatan sabun


Anugerah alam untuk memerlihara kecantikan.

Ramai yang menghantar sms, e-mail dan ada yang menelefon saya bagaimana untuk memastikan sabun yang berkualiti dapat dihasilkan? Jawapannya mudah saja. Apa saja usaha yang hendak dibuat mestilah dimulai dengan mencari ilmunya terlebih dahulu.

Tiga kunci kejayaan dalam pembuatan sabun ialah:

1. Ketepatan penimbangan bahan mentah.
2. Formula yang bagus.
3. Teknik yang betul.

Untuk kali ini, saya ingin mengemukakan satu formula untuk membuat sabun yang sesuai bagi kulit yang normal dan sensitif.

SABUN ZAITUN LILIN LEBAH MADU

Bahan-bahannya;

Minyak Zaitun
Minyak Kelapa Sawit
Lilin Lebah
Natrium Hidroksid
Air Suling.
Minyak wangi pilihan

Cara Membuatnya:

1. Sediakan lye dengan memasukkan natrium hidroksid ke dalam air suling. Biarkan semalaman.

2. Panaskan dengan api perlahan bagi melarutkan minyak zaitun, minyak kelapa sawit dan Lilin Lebah.

3. Padamkan api dan biarkan menyejuk sehingga suhu turun dan mencapai 55 Celcius.

4. Masukkan lye dan kacau hingga bubur sabun terbentuk.

5. Akhir sekali masukkan minyak wangi pilihan dan kacau.

6. Tuang bubur sabun ke dalam acuan dan biarkan ianya membeku untuk tempoh 24 jam.

Untuk maklumat lanjut berhubung sukatan; layari http://galerisabun.blogspot.com

6 ulasan:

  1. Kalau sabun asas bergliserin yg biasa digunakan untuk buat sabun melt & mould tu berpeluh,nak letak bahan apa supaya xterjadi perpeluhan tu ye??Sabun tu nak digunakan sbg pewangi, tp dila dah kene bungkus, xdela wanginye..so, cmne nk wat??

    BalasPadam
  2. Gliserin adalah pelembab dan sifatnya menariknya air. Jika digunakan untuk mencuci tangan, kelembapan akan terasa disebabkan selapisan gliserin di kulit tangan anda.

    Sudah tentu sabun ini akan sentiasa berpeluh kerana sifat semulajadi gliserin menarik air dari udara.

    Keadaan ini dapat dikurangkan jika sabun itu diletakkan dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin atau di bawah kipas.

    Anda juga boleh gunakan manik-manik silica yang biasa ditemui dalam kotak kasut atau botol vitamin.

    BalasPadam
  3. hi, boleh email to me.. cara cara tu..
    thanks! freddiekho83@yahoo.com

    BalasPadam
  4. camana kalau nk wat sabun kambing pula? 0177754017 (darleena)

    BalasPadam
  5. hi...camna nak buat sabun rumpai laut? cassphyll83@gmail.com

    BalasPadam
  6. http://carabuatsabun.blogspot.com/p/pesanan.html

    BalasPadam