Jumaat, 2 Disember 2016

Menambah Pendapatan Tanpa Risiko

Gunakan masa yang ada untuk menghasilkan produk sendiri yang eksklusif. Membuat sabun ketul berjenama sendiri tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana untuk membuat kilang. Tetapi sabun jenama yang popular dan dihasilkan di kilang adalah bermula dengan komitmen setelah memulakannya secara kecil-kecilan.

Masa terluang yang anda ada harus dimanfaatkan untuk sesuatu yang memberikan pulangan. Banyak perkara boleh dibuat, ianya bergantung kepada minat anda. Minat juga harus dipupuk dan ditambahbaik ilmunya.

Jika anda ke pasar malam, hampir semua perniagaan sudah ada. Untuk menjadi jutawan pasar malam, anda harus mempunyai produk baru. Tak perlu semua orang jual ayam goreng, karipap atau mee rebus. Mulakan idea baru anda. Jika anda telah ada IDEA yang lain, maka teruskanlah idea anda itu. Saya hanya memberikan cadangan.


Anda mungkin punya idea yang lebih baik untuk mempamerkan produk sabun ketul anda.


Tetapi jika anda belum ada lagi, suka saya cadangkan kepada anda untuk membuat sabun sendiri pelbagai warna, corak, bau wangian atau ramuan herbanya. Cara pembungkusan yang menarik. Nah, cetak saja JENAMA sabun anda.



Berniaga dengan risiko yang minimum dan tentunya gerai anda akan dikunjungi oleh orang yang menghargai. Sabun bukan saja untuk kegunaan cucian atau pengekal kelembapan kulit tetapi ia juga boleh dijadikan cenderamata.

Jika hari ini belum laku, esok pasti ianya akan habis. Keharuman sabun anda mewangikan ruang rumah atau dalam kereta mereka. Nah... inilah masanya. Mulakan langkah hari ini juga kerana produk anda terus bertahan dari kerosakan seperti makanan jika tidak habis.

Moga anda berjaya .... kerana sabun adalah keperluan setiap orang.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan