Selasa, 31 Januari 2017

Kegunaan Sabun


Apabila disebut sabun anda mesti menggambarkan sabun buku untuk mandi. Ada dua lagi bentuk sabun – iaitu serbuk dan cair yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Antara tiga rupa sabun iaitu buku, serbuk, dan cecair tiap-tiap bahagian boleh diasingkan untuk kegunaannya masing-masing.

Misalnya sabun buku. Ini adalah sabun wangi yang berubat (Medicated Soap). Sabun untuk bayi (Baby Soap). Sabun untuk kucing (Cat Soap) dan sabun buku untuk mencuci kain-baju.

Dalam Serbuk Sabun. Untuk mencuci kain baju, basuh lantai dan dinding batu, basuh bilik mandi dan juga mencuci pinggan mangkuk.

Bagi cecair pencuci pula kegunaannya adalah seperti mencuci cermin, membasuh bilik mandi, mencuci lantai yang kotor seperti rumah, kilang-kilang dan rumah-rumah penginapan dan untuk mencuci tangan seperti dapat dilihat di restoran-restoran dan hotel-hotel. Begitu banyaknya rupa bentuk sabun dan kegunaannya.

Dalam dan luar negara banyak syarikat-syarikat yang membuat sabun dan mengadakan memberikan jenama tertentu (Brand Name).

Khamis, 26 Januari 2017

Sabun untuk cenderahati dan aksesori hantaran perkahwinan

Menambah pendapatan dengan jayanya.

Rebut peluang ini, jadilah pembekal sabun cenderahati door gift untuk tetamu di majlis. Suatu perniagaan yang menguntungkan dan bayangkan jika anda dapat membuat keuntungan hanya RM1 untuk satu sabun. 

Banyak mana yang akan dapat sehari untuk satu majlis yang puratanya tidak kurang daripada 1,500 orang tetamu bagi setiap majlis perkawinan? 


Berapa banyak pula pulangan pelaburan yang anda setelah menyempurnakan tempahan untuk 3 hingga 10 majlis jika itu yang anda penuhi dalam sehari? Ianya adalah sasaran untuk anda membuat pendapatan lumayan. Rebutlah peluang ini untuk memenuhi permintaan di tempat anda. 

JIKA ANDA DAPAT CARUMAN RM1 BAGI SETIAP CENDERAHATI. BAYANGKAN BANYAK MANA YANG ANDA AKAN PEROLEHI BAGI 3 HINGGA 10 MAJLIS SEHARI DENGAN TETAMU YANG SEKURANG-KURANGNYA 1,500 ORANG SETIAP MAJLIS.


Dalam satu email yang saya terima; seorang pengusaha cenderahati dan aksesori perkahwinan, telah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kerana melalui ebook ini ia telah mahir membuat sabun, seterusnya memberi pulangan yang menguntungkan. 

Produk sabun sebagai cenderahati telah membuka lembaran baru serta kelainan dalam penyediaan bahan goodies untuk door gift. Beliau tidak lagi risau seperti sebelum ini ketika dia menerima komplen dan terpaksa menggantikan bekalan muffin atau coklat akibat bekalan yang tengit dan berkulat atau terpaksa menanggung risiko jika sesuatu terjadi akibat makanan yang tercemar. 

Dalam percakapan saya dengannya ; dia memberitahu istimewa sabunnya ialah nama pengantin akan dicop pada sabun atau membuat rekabentuk bagi memenuhi kreativiti seperti warna, corak atau haruman yang dikehendaki mengikut tema majlis perkahwinannya. 

Perniagaannya menjadi semakin dikenali sehingga ada yang sanggup untuk menunda tarikh perkahwinan bagi memastikan bekalan sabun cenderahati dapat disiapkan untuk tetamu yang hadir. 

Walaupun kini beliau masih belum mampu menerima semua tempahan. Masih ada ruang sekurang-kurangnya untuk membekalkan sabun cenderahati bagi keperluan segera kerana pelanggan boleh memilih beberapa jenis bekalan sabun awal yang telahpun disiapkan. 

Bagi yang ingin mendapatkan sabun dengan corak atau tema tertentu, beliau akan memenuhi permintaan khas mengikut kehendak pelanggan dan mohon pelanggan untuk maklum awal. 


Peniaga yang berasal dari Melaka itu meminta agar namanya dirahsiakan dahulu kerana khuatir jika beliau pula terpaksa mengecewakan banyak panggilan untuk tempahan yang terpaksa ditolak. Beliau memaklumkan tempahan sabun cenderahati untuk majlis perkahwinan musim cuti sekolah awal tahun depan telahpun penuh. 

Bagaimanapun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat beliau tidak keberatan untuk bekerjasama dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang berminat untuk membuat sabun cenderahati. Pelanggan mudah dicari jika kita dapat memanfaatkan media sosial seperti FB tambahnya lagi.

Jumaat, 20 Januari 2017

Kisah Sabun Pears

Pada abab ke 17, seorang pemuda yang bernama Andrew Pears tinggal di negeri England. Pears tidak mempunyai wang atau harta benda tetapi ia seorang yang rajin dan cerdik serta sentiasa suka belajar dan mengkaji.

Untuk mencari nafkahnya, beliau telah mempelajari cara untuk menggunting rambut dan merantau ke seluruh desa bagi mendapatkan rezeki. Di waktu lapang beliau mengkaji kimia-kimia dan beliau mencipta sesuatu warna baru dan air wangi.



Kemudian beliau cipta sesuatu kimia untuk untuk lembutkan rambut dan dinamakan sabun oleh Pears. Pears menggunakannya dalam kerjanya iaitu gunting rambut dan mencukur pelanggan. Pelembut rambut itu sangat disukai oleh para pelanggannya dan perniagaannya telah berkembang maju.

Pada masa itu, ibukota London itu dibanjiri oleh orang ramai dari seluruh negeri. Berikutan itu, Pears telah segera menamatkan perantauannya ke seluruh negeri dan beliau membuka sebuah kedai menjual barang-barang wangi di sebuah jalan yang bernama Creak di Ibu Kota London.

Pears memerhatikan bahawa sabun yang direkakan olehnya untuk melembutkan rambut boleh juga digunakan untuk mengeluarkan kekotoran. Beliau terus menerus membuat kajian selanjutnya dan mengeluarkan dua sabun, satu untuk mencuci kain bajiu dan satu lagi untuk mencuci tubuh badan. (Sabun Mandi). Sabun tersebut itu beliau namakan Pears Soap dan mula berjual di kedainya.

Orang-orang England mula mengenali jasa Pears dan perniagaannya terus maju. Dan Pears Soap dikenali di seluruh negara. Pears mula berfikir untuk mengedarkan sabunnya seluruh dunia. Pada tahun 1887, syarikatnya telah bergabung dengan seorang sahabatnya Thomas J. Barratt. Barratt adalah seorang yang mahir dalam bidang pengiklanan. Apabila beliau bergabung maka nama sabun Pears mula dikenali ke seluruh dunia.


Barratt telah mengadakan pelbagai cara untuk iklannya. Satu daripadanya ialah membeli sebuah lukisan terkenal yang bernama Soap Bubbles yang berharga £2,200 dan mencetak berjuta-juta salinan dan mengedarkan seluruh dunia.

Lukisan itu menggambarkan seorang kanak-kanak bermain sabun air. Gambaran itu adalah sesuatu lukisan dengan maknanya yang mendalam.

Pada ketika itu, terdapat ramai pembeli yang berminat dan telah cuba untuk membeli lukisan asal itu. Namun, Barratt enggan menjualnya dan sehingga ke hari ini lukisan asal tersebut itu masih berada dan dikawal rapi di Ibu Pejabat Syarikat Pears Soap di England.

Satu lagi cara yang Barrat lakukan ialah beliau mencetak Sabun Pears di sebelah wang siling dan diedarkan kalangan masyarakat.



Pada masa itu Kerajaan British membenarkan syarikat-syarikat Awam untuk mengeluarkan syiling-syiling sendiri selain dari Kerajaan . Keluaran Kerajaan British satu sen bernilai 12 pence. Tetapi syarikat Pears Soap menjualkan satu siling keluarannya pada harga 14 pence. Oleh kerana untungnya 2 pence, masyarakat telah menggunakan syiling Pears lebih daripada syiling kerajaan.

Beribu-ribu orang di British membeli belah wang Pears untuk menukar wang dan mendapat keuntungan menerusi pertukaran wang tersebut. Pada masa ini, syarikat-syarikat Awam tidak dibenarkan lagi oleh Kerajaan British berbuat sedemikian.

Sehingga kini, sabun Pears masih boleh didapati di kedai-kedai dan gedung membeli belah seluruh dunia. Ramai orang yang membuat sabun telah menjadi jutawan.

Rabu, 18 Januari 2017

Manfaatkan Masa Terluang - Masa Itu Emas



PERIBAHASA Melayu mengatakan bahawa ‘masa itu emas’. Ramai yang beranggapan bahawa masa itu emas. Tanggapan tersebut sememangnya bertepatan dengan nilai masa itu sendiri. Ini kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

Oleh itu, seseorang itu seharusnya bijak membahagikan masa mereka. Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada cara memanfaatkan masa yang terluang. Manusia yang mengetahui pentingnya masa, dapat menghargai dan menilai kebenaran ini. Ulama amat arif dalam hal ini sehingga mengatakan bahawa masa adalah modal hidup seorang manusia.

Masa yang terluang hendaklah dimanfaatkan oleh manusia sebaik mungkin. Mereka perlu memikirkan bahawa masa yang sangat berharga itu sepatutnya digunakan untuk perkara yang berfaedah, sama ada untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama. Dalam suasana seperti musim hujan ini dan anda tidak dapat bergerak bebas ke mana-mana. 


Maka ada baiknya masa ini digunakan untuk membuat sabun bagi yang mempunyai kemahiran, bahan dan peralatan. Atau mencari maklumat untuk mendapat kemahiran ini.