Sabtu, 5 Ogos 2017

Cara Membuat Serbuk Pencuci


Antara serbuk pencuci yang terdapat di pasaran.

Pada masa kini, penggunaan serbuk pencuci adalah lebih berbanding sabun buku untuk mencuci pakaian. Serbuk pencuci menjadi pilihan kerana ianya lebih mudah digunakan. Selain mencuci kain, serbuk pencuci digunakan untuk mencuci lantai, dinding, dapur dan peralatan untuk memasak dan pinggan mangkuk. Perbezaan kegunaan memerlukan penggunaan bahan kimia yang berbeza bagi mencekapkan kerja-kerja pembersihan untuk membuang kekotoran. Kandungan kimia tertentu untuk tindakan pembersihan tertentu.

Penggunaan serbuk pencuci menjadi meluas setelah perang dunia kedua. Penggunaan bahan kimia terbitan “Petro Chemicals”. Permintaan terhadap keperluan bahan cucian jenis yang baru terjadi berikutan pada masa tersebut kain-kain Wollen, Sutera serta kain-kain sintetik seperti Terlin, Tetron mula diperkenalkan dalam masyarakat. Sabun buku tidak dapat mencuci kain jenis baru dengan cekap.

Penemuan bahan kimia baru telah menghasilkan serbuk pencuci yang dapat membersihkan kotoran pada kain jenis sintetik dengan lebih bersih bercahaya. Serbuk pencuci ini bukan sahaja membersihkan kain jenis baru tetapi mampu melakukan kerja-kerja pembersihan sedia ada dengan lebih baik. Permintaan terhadap serbuk pencuci di seluruh dunia telah meningkat berikutan kecekapan dan dapat digunakan dengan lebih mudah. Pelbagai jenama terdapat di dalam pasaran seperti Fab, Hola, Breeze, Drive, Harimau, dan sebagainya bagi memenuhi permintaan pengguna. Proses pembuatannya menggunakan jentera dan kimia, dengan kawalan pengeluaran menjadikan serbuk pencuci bermutu dikeluarkan.

Antara serbuk pencuci yang didapati dalam bungkusan bag adalah serbuk pencuci untuk mencuci kain dan pakaian, dan untuk mencuci lantai simen dan sebagainya.

Serbuk pencuci boleh diperolehi dibungkus dalam botol-botol plastik untuk mencuci pinggan-mangkuk dan alat perkakas dapur. Antara jenama Serbuk Pencuci ialah Vim Powder.

Rabu, 2 Ogos 2017

Bahan Untuk Membuat Sabun



Dalam industri pembuatan sabun, terdapat tiga bahan penting yang berikut diperlukan iaitu:-

1. Minyak
2. Kostik
3. Air bersih

Tanpa ketiga-tiga bahan itu, sabun tidak dapat dibuat. Manakala, untuk membuat industri sabun secara kecil-kecilan dengan pelaburan sedikit modal, tiga bahan tambahan berikut diperlukan iaitu:-

1. Agen pengisi
2. Pewarna
3. Minyak wangi

Bahan-bahan tersebut digunakan dalam pembuatan sabun. Minyak wangi terpilih digunakan dalam pembuatan sabun wangi mandi wangian murah dalam sabun mencuci kain. Pengisi sabun hanya banyak digunakan dalam sabun berkualiti rendah. Pembuat sabun putih tidak menggunakan warna.

Hanya dengan bertindaklah; maka detik untuk menuju kejayaan akan bermula.

Untuk menambah pendapatan, CARA MEMBUAT SABUN