LALUAN

ANDA PASTI BERJAYA

Pada suatu masa dahulu sebuah keluarga hanya menggunakan sebiji sabun untuk mandi. Malah kerana keadaan hidup yang miskin, ada yang menggunakan sabun membasuh pakaian dijadikan sabun untuk mandi. Semasa saya di zaman persekolahan dulu, sabun pernah dijadikan hadiah kepada guru pada hari guru.

Kini masa telah berubah dan boleh dikatakan hampir setiap orang mampu memiliki jenis sabun mandi kegemaran sendiri. Pelbagai wangian, bentuk dan jenis sabun hingga kepada sabun make-up ada di pasaran.

Pada tahun 2009 anggaran penduduk Malaysia adalah berjumlah 28 juta. Sekiranya setiap orang hanya menggunakan satu biji atau sejenis sabun bagi tempoh sebulan. Andaikan harga jualan sebiji sabun mandi ialah RM1.50, ini bererti permintaan bulanan sabun mandi ialah RM42 juta sebulan. Atau secara anggarannya permintaan sabun mandi ialah RM504 juta setahun.

Jika anda mampu menghasilkan produk sabun pilihan ramai, bayangkan peluang untuk merebut permintaan pasaran RM504 juta setahun itu terbuka luas. Tumpukan perhatian anda untuk merebut peluang pasaran dari semasa ke semasa dengan suatu kadar peningkatan.

Tetapkan sasaran anda, jika 1% sahaja nilai jualan, itupun telah mencecah jualan sejumlah RM5 juta setahun. Bagaimana dengan 10%, 15%, 30% atau lebih lagi? Dengan akal fikiran yang dianugerah oleh tuhan, usaha dan ketekunan anda, perancangan yang baik, dan ingatlah pasaran jualan bukan hanya berada di Malaysia tetapi anda mungkin menjadi pengeksport sabun suatu masa nanti. Rebutlah peluang ini kerana bahan mentah telah sedia ada di negara kita, saya yakin anda mempunyai masa depan yang gemilang.

MENGAPA PERLU MENGHARUNGI SUNGAI CABARAN KALAU JAMBATAN KEJAYAAN TELAH TERBENTANG?

KLIK Untuk

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *