Jumaat, 14 November 2014

Manfaat Beeswax



Beeswax kaya dengan Vitamin A yang penting untuk pembangunan sel manusia. Ia juga boleh memberikan lapisan perlindungan untuk mengelakkan kehilangan kelembapan dan menjadikan kulit lembut, yang lembap. Beeswax mengandungi manfaat madu dan lebah debunga yang lebih pekat.

Mungkin anda berminat untuk menghasilkan produk sabun yang mengandungi beeswax yang dapat memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada kulit anda.

BERJAYA SEBELUM BERSARA

Langkah bijak - ILMU sebelum bersara 



Memiliki ILMU tidak tertakluk kepada umur persaraan anda.
SAMA ada anda bercadang untuk bersara pada usia 55 atau lebih awal lagi, apa yang penting ialah melengkapkan diri anda dengan ilmu yang dapat menjamin kehidupan memuaskan serta bebas daripada bebanan hutang setelah bersara. Jika anda ingin berniaga, pastikan produk perniagaan anda yang dapat bertahan dari mudah mereput.

Menjual ikan, ayam, daging, sayur atau bahan basah memerlukan pelanggan yang tersedia dan mengambil masa untuk membina jaringan pelanggan. Ramai juga yang memilih untuk membuat jualan langsung seperti MLM. Nampak mudah tetapi ia memerlukan komitmen kerja yang luarbiasa.

Manakala menjual bahan yang tidak rosak seperti peralatan elektrik terdedah kepada kemajuan teknologi yang mana perubahan minat terhadap rekabentuk, kecanggihan atau model yang baru. Fesyen pakaian juga bertukar, meskipun pakaian anda belum lusuh lagi.

 Bagaimana untuk menyiapkan diri untuk bersara? Tiada jawapan khusus untuk soalan ini kerana ia banyak bergantung kepada gaya hidup yang diinginkan, tahap kesihatan dan juga situasi unik seseorang itu selepas bersara.

Beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyiapkan diri anda daripada segi kewangan sebelum bersara. Langkah yang paling UTAMA ialah memiliki ILMU. Anda boleh mendapatkan ILMU ini untuk dijadikan langkah persediaan.

Kalau anda tidak membuatnya pun anda boleh manfaatkan ILMU ini sebagai sebuah perniagaan keluarga. Jenama-jenama sabun yang terunggul hari ini, bahkan ada yang telah bermula sejak awal abad ke 18 lagi. Ada syarikat konglomerat yang berkembang pesat pada hari ini, ianya telah dimulai oleh seorang individu.

Fikirkan satu jenama untuk produk sabun anda. Ingat!!! Jenama yang tercetus di minda anda pada hari ini bakal menjadi suatu JENAMA produk sabun antarabangsa ketika nanti. Mulakan langkah anda sekarang juga.

 

Sabun EZY kini di pasaran.

TAHNIAH ... TAHNIAH ... TAHNIAH

Betapa gembiranya saya apabila melihat produk EZY telah berada di pasaran. Usahawan tempatan yang mengorak langkah dalam menghasilkan produk cucian.

Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk EZY

Cecair Pencuci Pakaian EZY

Nah! Inilah masanya untuk anda menyokong produk yang diyakini tanpa diragui kandungannya.

Pelbagai produk lagi keluaran EZY bakal memasuki pasaran. Produk keluaran yang dapat menyaingi produk berjenama. Semoga produk keluaran EZY akan terus berkembang dengan jayanya.

Kini, jangan tunggu dan lihat sahaja, berikan sokongan anda untuk melihat sahabat kita menjadi usahawan yang berjaya. Rebutlah peluang untuk turut berjaya dan anda juga bakal menjadi usahawan sabun juga.

Untuk mengenali produknya.... Bagaimana Zulfakri mendapat info yang lanjut? Semestinya .....

Akses Untuk Maklumat Tambahan



Fokus adalah kunci kejayaan. Di samping Ebook Cara Membuat Sabun, anda akan mendapat sesuatu yang diberi percuma.

Akses untuk membaca blog BUBUR SABUN akan memastikan setiap persoalan berkaitan akan mendapat jawapan. Saya juga sedia mempromosi produk keluaran anda. Kebenaran adalah asas kejayaan. 

Semoga anda semua berjaya dan temui anda di puncak kejayaan.


Rabu, 12 November 2014

Kemahiran Yang Menjana Pendapatan


Kemahiran membuat sabun biasanya bermula daripada minat dan dipupuk menjadikannya suatu hobi.

Ia merupakan suatu yang anda perlukan, ini bergantung kepada apa yang ingin lakukan dan semestinya ia mestilah bermula dari rumah.

Suatu bentuk hobi yang menjadi asas perniagaan yang bakal menjana pendapatan anda pada masa terluang atau mungkin merupakan kerja yang sedang anda lakukan semasa bekerja di luar.

Sesetengah orang menukarkan hobi atau kemahiran mereka kepada suatu usaha menjana pendapatan.

Manakala yang lain-lainnya pula mendapat idea daripada pemerhatian dan pembacaan mereka. Terpulang pada anda untuk mendapat kebebasan kewangan.

Sesuatu tanda kejayaan menghampiri  itu adalah minat; dan pupuklah ketika minat itu datang kepada diri anda.

Tentunya ini adalah waktunya untuk anda meraih pendapatan tanpa had. Jika anda ada sifat berkira-kira dan ragu-ragu inilah masanya anda membuat transformasi diri. Kunci utama sesuatu kejayaan adalah di tangan anda.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *