Wednesday, June 29, 2011

Formula Syampo Badan Untuk Mandian



Formula di bawah ialah untuk membuat syampo badan untuk mandian iaitu sabun cecair digunakan untuk mandian.

Bahan-bahannya:

1.7 kg Minyak Kelapa Sawit
850 gram Minyak Kelapa
250 gram Minyak Zaitun
1.86 kg Lye Kostik Potesh
40 gram pewangi pilihan
10 gram pewarna


Cara-caranya:

1. Sediakan dahulu sehari sebelum digunakan Lye Kostik Potesh dengan mencampurkan Potassium Hydroxide ke dalam Air Suling dan biarkan melarut.

2. Timbang minyak yang akan digunakan dan campurkan ketiga-tiga minyak itu sehingga sekata, panaskan minyak tersebut sekiranya minyak kelapa membeku.

3. Campurkan pewarna dengan sedikit minyak dan tapiskan dengan kain nipis.

4. Ketika suhu minyak sekitar antara 45-50 C, masukkan larutan Lye Kostik Potesh dan kacau hingga cairan sabun terbentuk dan masukkan pewarna dan pewangi pilihan anda.

5. Kacau lagi hingga larut dan syampo mandian dengan pewangi pilihan anda telah sedia digunakan. Masukkan syampo mandian ke dalam botol yang menarik.

Formula di atas ini adalah formula untuk anda menghasilkan syampo mandian anda sendiri. Bagi pengeluaran secara industry banyak perkara yang perlu anda ketahui. Untuk maklumat selebihnya KLIK CARA MEMBUAT SABUN. Baca Selanjutnya..

Monday, June 27, 2011

Bahan Untuk Membuat Sabun



Dalam industri pembuatan sabun, terdapat tiga bahan penting yang berikut diperlukan iaitu:-

1. Minyak
2. Kostik
3. Air bersih

Tanpa ketiga-tiga bahan itu, sabun tidak dapat dibuat. Manakala, untuk membuat industri sabun secara kecil-kecilan dengan pelaburan sedikit modal, tiga bahan tambahan berikut diperlukan iaitu:-

1. Agen pengisi
2. Pewarna
3. Minyak wangi

Bahan-bahan tersebut digunakan dalam pembuatan sabun. Minyak wangi terpilih digunakan dalam pembuatan sabun wangi mandi wangian murah dalam sabun mencuci kain. Pengisi sabun hanya banyak digunakan dalam sabun berkualiti rendah. Pembuat sabun putih tidak menggunakan warna.

Untuk menambah pendapatan, CARA MEMBUAT SABUN Baca Selanjutnya..

Sunday, June 26, 2011

Cara Membuat Peluntur - Kelorok

Saya pernah mengenali seorang pembuat peluntur di tempat saya. Seorang lelaki berbangsa cina, saya tidak tahu nama sebenarnya tetapi saya hanya panggil namanya Ahong, disebabkan isterinya adalah balu Ah Hong. Saya pula pernah belajar sekelas di Tingkatan Lima bersama anak lelaki Ah Hong bernama Chiu.

Ahong memberitahu saya, dia membuat peluntur menggunakan bahan kimia yang berkualiti yang diimport dari negeri China. Pada waktu itu dia membuat perusahaan peluntur di Kg Tok Kaya, Kuala Terengganu dengan menggunakan jenama Kelorok Kita dan memakai cap penyu. Dijual dalam botol plastik seperti peluntur-peluntur yang terkenal di pasaran.

Ahong pernah membuat demonstrasi kepada saya bagaimana jeragat pada kopiah dapat dihilangkan dengan mudah menggunakan peluntur buatannya.

Ahong menjual pelunturnya dari rumah ke rumah dan perniagaannya berkembang maju. Beberapa tahun kemudian apabila saya bertemu Ahong, dia telah bertukar ke bidang lain memandangkan usianya yang semakin tua dan anak-anaknya pula telah memilih bidang lain.

Perniagaan pelunturnya telah dijual kepada seorang pengusaha Melayu yang menjalankan pembuatan peluntur di Kuala Ibai. Kini saya tidak bertemu lagi produk tersebut di pasaran, tidak diketahui sama ada masih ada lagi atau tidak ataupun perusahaan ini telah menggunakan nama lain.

Kepada sesiapa yang masih ada dalam simpanan peluntur Kelorok Kita; atau gambar produk tersebut bolehlah berkongsi.

FORMULA MEMBUAT PELUNTUR

Bahan-bahannya:

Sodium Hypochlorite - 117.5 g
Sodium Hydroxide - 47.5 g
Sodium Bicarbonate - 35 g
Air Suling - 2.3 kg

Cara Membuat:

1. Sediakan larutan Sodium Bicarbonate dengan melarutkannya dengan air suling terlebih dahulu.
2. Dalam baldi besar yang lain, gaulkan dahulu Sodium Hypochlorite dan Sodium Hydroxide sehingga rata.
3. Tuangkan larutan Sodium Bicarbonate yang telah disediakan perlahan-lahan ke dalam baldi yang mengandungi campuran Sodium Hypochlorite dan Sodium Hydroxide. Kacau dengan menggunakan sudip plastic atau kayu hingga sebati.
4. AWAS: Kacau perlahan-lahan, jangan gopoh, percikan larutan boleh mencederakan mata.
5. AWAS: Gas yang dikeluarkan adalah beracun dan boleh menyebabkan seseorang itu pengsan. Elakkan diri anda daripada menghidu gas yang dikeluarkan.
6. Biarkan larutan stabil dan tiada lagi gas yang dikeluarkan sebelum dibotolkan.

AMARAN (LANGKAH KESELAMATAN)

1. Anda mestilah memakai sarung tangan getah, kasut but getah, baju berlengan panjang, cermin mata keselamatan dan memakai apron.
2. Pembuatan peluntur hendaklah dibuat di kawasan yang terbuka dan terlindung dan jauh dari rumah jiran.
3. Pastikan tiada kanak-kanak atau haiwan perliharaan ketika anda bekerja menggunakan bahan-bahan kimia ini atau di tempat anda menyimpan bahan-bahan ini.
4. Sediakan sebotol cuka makan untuk meneutralkan bahagian badan atau tempat-tempat yang terkena larutan beralkali ini dan dibilas dengan air yang banyak.
5. Ketika mengacau larutan, pastikan anda kacau dengan perlahan-lahan dan berhati-hati, elakkan bahaya percikan larutan yang boleh mencederakan mata.
6. Gas yang dikeluarkan adalah beracun dan boleh menyebabkan seseorang itu pengsan. Oleh itu elakkan diri anda daripada menghidu gas yang dikeluarkan.
7. Larutan yang dicampur untuk menghasilkan peluntur ini akan mengeluarkan haba dan panas serta boleh menyebabkan kulit terbakar dan melecur.
8. Simpan dalam bekas yang dilabelkan dan diletakkan di tempat yang jauh dari kanak-kanak.
9. Gunakan botol plastic seperti botol peluntur dan jangan diisi penuh, biarkan ada ruang kosong dalam botol untuk kelegaan gas.
10. UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA.

Formula di atas ini adalah formula untuk anda menghasilkan 2.5 kg peluntur buatan sendiri. Bagi pengeluaran secara industry banyak perkara yang perlu anda ketahui. Untuk maklumat selebihnya KLIK CARA MEMBUAT SABUN. Baca Selanjutnya..

Saturday, June 25, 2011

Sabun Buku – Mandi



Berikut adalah formula untuk membuat sabun buku secara proses sejuk iaitu tanpa pemanasan haba.

Bahan-bahan:-

1. Minyak Kelapa Sawit, 200 gm
2. Minyak Zaitun, 20 gm
3. Kostik Lye, 114 gm
4. Warna Pilihan, 1 gm
5. Minyak Wangi Pilihan, sedikit

Cara-caranya:

Gunakan bekas plastik bersaiz 1 kg.

Penyediaan pewarna; masukkan sedikit minyak kelapa sawit ke dalam cawan dan masukkan pewarna. Kacau sehingga pewarna itu larut sepenuhnya. Gunakan kain nipis yang bersih tapis larutan berwarna itu dan masukkan ke dalam campuran minyak kelapa sawit dan minyak jarak dalam bekas plastik dan dengan menggunakan sudip kecil kacau sekurang-kurangnya 3 minit atau sehingga minyak itu larut sepenuhnya. Tuangkan Lye dan kacau selama 3 minit, rehat 30 saat dan kacau lagi 3 minit, rehat 30 saat dan kacau 3 minit lagi. Anda akan dapati bubur sabun terbentuk dengan baik sekali. Tuangkan minyak wangi pilihan anda dan kacau sekali.

Tuang bubur sabun itu ke dalam acuan yang telah dilapik dengan plastik nipis. Biarkan bubur sabun itu untuk membeku semalaman. Keesokkan harinya, keluarkan dan potong menggunakan pisau nipis atau pemotong agar.

Bungkus dalam kertas yang menarik dan perkenalkan kepada rakan-rakan anda. Sabun buku buatan anda yang pastinya hebat.

Untuk Maklumat Tentang Bahan-bahan dan Kaedah Penyediaan Lye Ikuti Cara Membuat Sabun Baca Selanjutnya..

Friday, June 24, 2011

Sabun Menjana Pendapatan

Adakah penyataan di bawah ini terjadi kepada anda?

  • Bosan kerja dengan pendapatan yang kecil tetapi ingin memiliki kemudahan hidup juga seperti orang lain?
Ikut segala teknik dan prinsip yang digariskan, terus bertindak, usaha berterusan dan kelak anda mampu untuk mempunyai tambahan pendapatan yang lebih baik.

  • Surirumah atau ibu tunggal yang tidak mempunyai kerja tetap dan mempunyai banyak masa untuk membuat kerja sambilan?
Pelajari cara membuat sabun dan sesuaikan dengan keadaan dan lakukan bila anda mahu.

  • Pencen dan kebosanan?
Jangan terus pencen! Siapa kata anda tidak produktif pada usia emas?

  • Tidak dapat bekerja teruk disebabkan masalah kesihatan?

Adakah terdapat keadaan fizikal yang menghalang anda untuk bergerak cergas? Asasnya anda boleh meminta sedikit bantuan bagi perkara yang anda benar-benar tidak dapat lakukan

  • Lepasan sekolah atau belia yang tiada punca pendapatan tetapi mempunyai masa terluang?
Kos memulakan projek ini amatlah kecil, bergantung kepada kemampuan anda untuk menentukan skala bisnes anda.

  • Gemar mencari ilmu untuk hidup berdikari?
Gunakan masa lapang anda sekarang, sedikit usaha dan berikan ruang pada diri anda untuk mengetahui cara membuat sabun sebagai langkah persediaan masa depan.

Jika jawapan anda YA, pada mana-mana persoalan di atas, pasang niat untuk berubah dan mempelajari Cara Membuat Sabun adalah satu alternative untuk kejayaan anda.

Klik CARA MEMBUAT SABUN untuk memulakan titik perubahan anda. Semoga anda sukses. Baca Selanjutnya..

Thursday, June 23, 2011

Pendapatan lumayan kraftangan bunga sabun.



Sabun adalah pelengkap dalam kehidupan; penjagaan kebersihan untuk kesihatan manusia. Kini disebabkan peribadi sabun itu sendiri wangi dan membersih ia dijadikan kraftangan bunga sabun untuk diabadikan sebagai cenderahati perkahwinan. Aktiviti ini selain dilihat sebagai nilai tambah ianya juga mampu memberikan tambahan pendapatan yang agak lumayan dengan jayanya kepada surirumah yang aktif mengusahakannya.

Setiapkali tiba musim cuti persekolahan, kenduri perkahwinan dibuat merata tempat dan permintaan untuk memenuhi keperluan cenderahati akan meningkat sehingga puluhribuan unit. Bayangkan tambahan pendapatan yang bakal dijana dengan sedikit pelaburan modal. Hanya sedikit usaha anda bakal meraih keuntungan.

Oleh itu jangan berlengah lagi, belajar Cara Membuat Sabun yang tentunya akan menambah ilmu dalam kehidupan anda. Baca Selanjutnya..

Wednesday, June 22, 2011

Pembuatan Sabun Secara Komersil

Sebelum revolusi perindustrian berlaku di Eropah, pembuatan sabun hanyalah secara kecil-kecilan sahaja. Andrew Pears mula membuat sabun berkualiti, sabun jernih dan transparen pada tahun 1789.



Pada tahun 1862, cucunya Francis Pears telah membuka kilang sabun di Isleworth.

Manakala pada tahun 1850an, William Gossage telah menghasilkan sabun berkualiti yang murah. Sabun serbuk pula telah dibuat oleh Robert Spear Hudson, dengan menghancurkannya menggunakan alu dan lesung.



Pada tahun 1885, William Hesketh Lever dan adiknya, James telah membeli bengkel pembuat sabun yang kecil di Warrington, pasangan adik beradik ini adalah pengasas perniagaan sabun terbesar yang dikenali Unilever. Syarikat ini adalah perintis dalam membiayai peruntukan untuk mula melaksanakan kempen pengiklanan sabun secara besar-besaran.

Anda berminat untuk mengadakan peluang pekerjaan, pelajarilah Cara Membuat Sabun.

Siapa tahu, suatu masa nanti sabun dengan jenama anda menguasai pasaran sabun dunia. Baca Selanjutnya..

Tuesday, June 21, 2011

Sejarah Pembuatan Sabun Moden

Castile Soap kemudian dihasilkan di Eropah pada kurun ke 16. Sabun castile ini masih popular dan dibuat eksklusifnya dari minyak tumbuhan berbanding dengan penggunaan lemak haiwan. Sabun Bronner sebagai contoh dibuat berdasarkan minyak hemp dalam tambahan minyak jojoba.

Dalam masa moden ini, penggunaan sabun telah meluas kerana pengetahuan mengenai peranan kebersihan dalam mengurangkan saiz populasi organisma patogenik. Pengeluaran sabun ketul yang pertama secara besar-besaran mula berlaku pada kurun ke 19 dan pada waktu itu pengiklanan produk ini mula berkembang.


PELAJARI CARA MEMBUAT SABUN DAN TAMBAHKAN PENDAPATAN ANDA DENGAN JAYANYA. Baca Selanjutnya..

Sunday, June 19, 2011

Minyak Biji Sawi



Minyak biji sawi adalah berwarna kuning. Minyak ini terpaksa dicampur dengan minyak kelapa dalam kadar yang sesuai bagi membuat sabun. Minyak biji sawi sendirinya tidak boleh digunakan untuk membuat sabun.

Bahagian paling banyak digunakan ialah bijinya. Biji sawi berbentuk bulat, berwarna coklat kehitaman dan kira-kira satu mililiter besar. Nama biji sawi ini berasal dari Mesir.

Biji yang kering tidak mengeluarkan sebarang bau tetapi memiliki bau yang agak tajam selepas dikunyah beberapa ketika.Seperti biji-biji yang lain biji sawi mengandungi minyak lemak (30 peratus),yang digunakan secara meluas di india untuk tujuan memasak.

Biji sawi lebih banyak digunakan sebagai rempah dan minyak terutama di India.Minyak sawi amat perpular di utara India dan dalam masakan Benggali. Biji sawi juga boleh dijadikan sebagai rempah secara terus dan baunya hilang sebaik dimasak. Berikutan itu biji sawi ini perlu dimasukkan selewat mungkin.

Masyarakat India akan mengoreng dan memanggang biji ini sehingga rasanya akan berubah menjadi rasa kacang dan itulah keistimewaan sebenar biji ini yang menjadi sanjungan masyarakat India selatan. Antara masakan India selatan yang menggunakan biji sawi ialah Tadka yang merupakan mentega wangi.

Sabun yang dibuat dengan mencampur minyak ini adalah berwarna kuning. Ianya sangat sesuai dibuat campuran dalam rumusan sabun kerana mempunyai sifat yang berjegang dan dapat membersih dengan amat baik sekali.
Baca Selanjutnya..

Saturday, June 18, 2011

Lain-lain Minyak

Minyak yang diperolehi melalui aktiviti penggalian dari dalam perut bumi atau minyak galian seperti minyak api, minyak diesel, atau minyak petrol tidak mempunyai gliserin garam atau bahan lemak. Oleh sebab itu minyak-minyak tersebut tidak boleh digunakan untuk membuat sabun. Walaupun minyak-minyak seperti cendana, rose, melor mempunyai sedikit daripada bahan-bahan berbanding dengan minyak tumbuhan, ini tidak banyak digunakan dalam pembuatan sabun seperti minyak tumbuhan. Tetapi untuk menambahkan wangi dalam sabun mandi dan sebagai sedikit biasanya digunakan.

Minyak Tumbuhan Dan Kegunaannya Dalam Pembuatan Sabun

Terdapat lebih dari 150 jenis minyak di dunia ini. Di antaranya ialah minyak makan, minyak bahanapi, minyak pelincir, minyak ubat, minyak wangi dan sebagainya. Meskipun terdapat banyak jenis minyak, tidak semua minyak digunakan kecuali yang berkaitan dengan keperluan mereka. Ada juga antara kita yang tidak tahu nama minyak kecuali apabila urusan mereka ada kaitan dengan jenis minyak yang digunakan itu. Lagipun, tidak semua orang membuat kerja berasaskan minyak. Tetapi untuk menceburi bidang pembuatan sabun, kita perlu mengetahui jenis-jenis minyak yang akan digunakan serta bahan-bahan berkaitan yang akan kita gunakan.
Baca Selanjutnya..

Friday, June 17, 2011

Minyak Margosa



Minyak Margosa adalah minyak pahit, iaitu sejenis konstituen yang amat sesuai dalam perbuatan sabun. Sabun yang dibuat dengan menggunakan minyak ini adalah keras dan bergelembung-gelembung. Minyak tersebut berbau dan boleh juga menyembuhkan penyakit-penyakit kulit. Untuk mengelakkan baunya, ia boleh di campur dengan minyak kelapa. Minyak ini akan terlerai sendiri selepas ia di panaskan. Selepas itu minyak ini boleh dicampurkan dengan minyak-minyak tumbuhan yang lain.
Baca Selanjutnya..

Thursday, June 16, 2011

Minyak Yang Sesuai Untuk Sabun

Minyak dari tumbuh-tumbuhan adalah sungguh sesuai untuk membuat sabun. Dalam minyak tumbuhan terdapat gliserin, alkali dan kimia-kimia lemak. Gliserin dan bahan-bahan lemak membuat untuk menukarkan bahan-bahan sabun dan menjadikan sabun. Oleh itulah diketahui bahawa minyak tumbuh-tumbuhan sungguh sesuai untuk membuat sabun.

Lemak yang didapati dari binatang-binatang juga boleh menjadi kan minyak. Dalam minyak ini terkandung gliserin dan bahan lemak yang sesuai untuk sabun. Tetapi minyak ini patut dicampurkan dengan minyak tumbuhan untuk membuat sabun.

Dalam semua minyak tumbuhan, gliserin dan alkali (bahan garam) tidak sama kandungannya. Peratus kandungan gliserin dan alkali serta bahan lemak adalah berbeda mengikut jenis minyak. Dalam jenis yang lain mungkin bahan lemak lebih daripada gliserin dan alkali manakala jenis minyak yang lain pula kandungan tiga bahan tersebut hampir sama rata sahaja.

Oleh kerana ada bezanya antara kandungan kimia dalam tiap-tiap minyak tumbuhan maka sabun yang direkapun ada bezaaan dalam kandungan dan gunaannya.

Berbanding dengan bezanya, sabun yang dibuat dari minyak tumbuh-tumbuhan juga bermacam coraknya. Ada yang kasar, ada yang lembut, ada yang licin seperti lilin. Begitu juga dengan buih yang dikeluarkan. Ada yang mengeluarkan buih yang banyak dan ada yang sebaliknya.

Minyak yang akan dibincangkan mengandungi zat gliserin, bahan lemak dan garam alkali yang sama rata. Tetapi untuk menjadikan sabun garam (alkali) tidak perlu. Jadi minyak yang mempunyai kandungan gliserin dan bahan lemak adalah minyak yang sesuai untuk membuat sabun bermutu tinggi.
Baca Selanjutnya..

Wednesday, June 15, 2011

Faedah Menggunakan Sabun Mandi Buatan Sendiri


  • Sabun buatan sendiri tidak sahaja membersihkan, ia juga mengandungi lebihkurang 25% gliserin.
  • Gliserin bisa melembab, melembut, menyejuk dan meminyaki sel-sel kulit anda.
  • Sabun buatan sendiri lebih lembut berbanding sabun industri, kerana ianya mengandungi gliserin yang tersedia.
  • Memandangkan gliserin mahal, ianya telah diasingkan oleh pihak industri untuk dijual.
  • Kualiti sabun mandi buatan sendiri dapat melebihi sabun yang di beli di pasar raya, selain harganya lebih murah.
  • Dengan membuat sabun sendiri anda boleh merumuskan mengikut apa yang anda inginkan, sama ada dari segi warna, keharuman atau kandungan tersedia.
  • Membuat sabun sendiri sangat mudah dan penuh kreativiti. Sabun mandi buku ini boleh dijadikan hadiah untuk teman serta saudara-mara.
  • Anda boleh memulakan projek kraftangan sendiri dan menambahkan pendapatan.
Baca Selanjutnya..

Tuesday, June 14, 2011

CARA MEMBUAT SABUN


Minyak Zaiton

Minyak zaitun diperolehi dari biji zaitun. Pokok zaitun banyak di tanam di Negeri India Selatan. Minyak ini berwarna kuning dan juga boleh diperolehi dalam warna hijau.

Meskipun warnanya berbeda, minyak zaitun ini adalah bermutu tinggi jika dibandingkan dengan minyak tumbuhan yang lain. Tetapi dalam proses pembuatan sabun, minyak kelapa adalah lebih baik. Sabun-sabun yang diperbuat menggunakan minyak zaitun akan menghasilkan sabun yang berwarna putih bersih.

Minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk menarik molekul air yang lebih berbanding dengan minyak lain. Oleh itu, sabun yang dihasilkan akan mempunyai saiz bentuknya yang lebih besar.

Minyak zaitun ini boleh dicampur dengan pelbagai jenis minyak yang lain untuk membuat sabun. Nisbah campuran minyak ini ialah 2 : 1 dengan minyak kelapa untuk membuat sabun. Minyak ini membeku pada hari yang sejuk.
Baca Selanjutnya..

Monday, June 13, 2011

Kegunaan Sabun

Apabila disebut sabun anda mesti menggambarkan sabun buku untuk mandi. Ada dua lagi bentuk sabun – iaitu serbuk dan cair yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Antara tiga rupa sabun iaitu buku, serbuk, dan cecair tiap-tiap bahagian boleh diasingkan untuk kegunaannya masing-masing.

Misalnya sabun buku. Ini adalah sabun wangi yang berubat (Medicated Soap). Sabun untuk bayi (Baby Soap). Sabun untuk kucing (Cat Soap) dan sabun buku untuk mencuci kain-baju.

Dalam Serbuk Sabun. Untuk mencuci kain baju, basuh lantai dan dinding batu, basuh bilik mandi dan juga mencuci pinggan mangkuk.

Bagi cecair pencuci pula kegunaannya adalah seperti mencuci cermin, membasuh bilik mandi, mencuci lantai yang kotor seperti rumah, kilang-kilang dan rumah-rumah penginapan dan untuk mencuci tangan seperti dapat dilihat di restoran-restoran dan hotel-hotel. Begitu banyaknya rupa bentuk sabun dan kegunaannya.

Dalam dan luar negara banyak syarikat-syarikat yang membuat sabun dan mengadakan memberikan jenama tertentu (Brand Name).
Baca Selanjutnya..

Sunday, June 12, 2011

Bahan-Bahan Yang Perlu

Untuk membuat sabun tiga bahan yang paling penting diperlukan ialah ;

1. Minyak
2. Lye
3. Air bersih

Sabun tidak dapat dibuat tanpa tiga bahan itu. Manakala, untuk membuat sabun secara kecil-kecilan atau industri kecil dengan pelaburan sedikit modal, tiga bahan tambahan yang diperlukan ialah :-

1. Agen pengisi
2. Pewarna
3. Wangian

Bahan-bahan tersebut digunakan dalam pembuatan sabun. Wangian digunakan dalam pembuatan sabun wangi mandi dan tidak perlu dalam sabun mencuci kain. Pengisi sabun hanya digunakan dalam sabun murah sahaja. Pembuat sabun putih tidak menggunakan warna. Baca Selanjutnya..

Saturday, June 11, 2011

Kisah Sabun Pears

Pada abab ke 17, seorang pemuda yang bernama Andrew Pears tinggal di negeri England. Pears tidak mempunyai wang atau harta benda tetapi ia seorang yang rajin dan cerdik serta sentiasa suka belajar dan mengkaji.

Untuk mencari nafkahnya, beliau telah mempelajari cara untuk menggunting rambut dan merantau ke seluruh desa bagi mendapatkan rezeki. Di waktu lapang beliau mengkaji kimia-kimia dan beliau mencipta sesuatu warna baru dan air wangi.

Kemudian beliau cipta sesuatu kimia untuk untuk lembutkan rambut dan dinamakan sabun oleh Pears. Pears menggunakannya dalam kerjanya iaitu gunting rambut dan mencukur pelanggan. Pelembut rambut itu sangat disukai oleh para pelanggannya dan perniagaannya telah berkembang maju.

Pada masa itu, ibukota London itu dibanjiri oleh orang ramai dari seluruh negeri. Berikutan itu, Pears telah segera menamatkan perantauannya ke seluruh negeri dan beliau membuka sebuah kedai menjual barang-barang wangi di sebuah jalan yang bernama Creak di Ibu Kota London.

Pears memerhatikan bahawa sabun yang direkakan olehnya untuk melembutkan rambut boleh juga digunakan untuk mengeluarkan kekotoran. Beliau terus menerus membuat kajian selanjutnya dan mengeluarkan dua sabun, satu untuk mencuci kain bajiu dan satu lagi untuk mencuci tubuh badan. (Sabun Mandi). Sabun tersebut itu beliau namakan Pears Soap dan mula berjual di kedainya.

Orang-orang England mula mengenali jasa Pears dan perniagaannya terus maju. Dan Pears Soap dikenali di seluruh negara. Pears mula berfikir untuk mengedarkan sabunnya seluruh dunia. Pada tahun 1887, syarikatnya telah bergabung dengan seorang sahabatnya Thomas J. Barratt. Barratt adalah seorang yang mahir dalam bidang pengiklanan. Apabila beliau bergabung maka nama sabun Pears mula dikenali ke seluruh dunia.

Barratt telah mengadakan pelbagai cara untuk iklannya. Satu daripadanya ialah membeli sebuah lukisan terkenal yang bernama Soap Bubbles yang berharga £2,200 dan mencetak berjuta-juta salinan dan mengedarkan seluruh dunia.

Lukisan itu menggambarkan seorang kanak-kanak bermain sabun air. Gambaran itu adalah sesuatu lukisan dengan maknanya yang mendalam.

Pada ketika itu, terdapat ramai pembeli yang berminat dan telah cuba untuk membeli lukisan asal itu. Namun, Barratt enggan menjualnya dan sehingga ke hari ini lukisan asal tersebut itu masih berada dan dikawal rapi di Ibu Pejabat Syarikat Pears Soap di England.

Satu lagi cara yang Barrat lakukan ialah beliau mencetak Sabun Pears di sebelah wang siling dan diedarkan kalangan masyarakat.

Pada masa itu Kerajaan British membenarkan syarikat-syarikat Awam untuk mengeluarkan syiling-syiling sendiri selain dari Kerajaan . Keluaran Kerajaan British satu sen bernilai 12 pence. Tetapi syarikat Pears Soap menjualkan satu siling keluarannya pada harga 14 pence. Oleh kerana untungnya 2 pence, masyarakat telah menggunakan syiling Pears lebih daripada syiling kerajaan.

Beribu-ribu orang di British membeli belah wang Pears untuk menukar wang dan mendapat keuntungan menerusi pertukaran wang tersebut. Pada masa ini, syarikat-syarikat Awam tidak dibenarkan lagi oleh Kerajaan British berbuat sedemikian.

Sehingga kini, sabun Pears masih boleh didapati di kedai-kedai dan gedung membeli belah seluruh dunia. Ramai orang yang membuat sabun telah menjadi jutawan. Baca Selanjutnya..

Friday, June 10, 2011

Sejarah Sabun Islam

Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah. Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra.

Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab. Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur.

Pada tahun 981AD, sabun yang dijual pada harga 3 dirham. Ahli kimia dari Parsi iaitu Al-Razi menulis satu manuskrip berkenaan resipi sabun yang asal. Manuskrip yang ditemui telah ditulis pada kurun ke 13 yang memperincikan resipi membuat sabun: Contohnya:- sedikit minyak bijan, renjisan potash, alkali dan sedikit kapur, yang dicampur semuanya dan dididihkan. Setelah masak, bubur sabun tadi dituang dalam acuan dan dibiarkannya menyejuk dan mengeras. Baca Selanjutnya..

Thursday, June 9, 2011

Sabun

Sabun adalah bahan yang sangat penting pada setiap hari dalam kehidupan manusia. Dalam zaman yang serba canggih ini boleh dikatakan tidak ada manusia yang tidak mengenali sabun. Begitulah penting kegunaan sabun diseluruh dunia. Sebagai mana pentingnya makanan untuk kehidupan manusia, begitulah pentingnya sabun untuk membersihkan tubuh badan kita serta kain baju dan sekeliling kita.

Pada zaman dahulu manusia yang hidup dalam hutan dan gua tanpa makanan yang cukup dan membersihkan diri seperti orang purba. Mereka tinggal jauh dari manusia biasa dan tidak bezanya bagi mereka yang juga suka hidup tanpa kebersihan. Kebersihan adalah asas keimanan. Baca Selanjutnya..

Wednesday, June 8, 2011

Sejarah Pembuatan Sabun Moden

Castile Soap kemudian dihasilkan di Eropah pada kurun ke 16. Sabun Castile ini masih popular dan dibuat eksklusifnya dari minyak tumbuhan berbanding dengan penggunaan lemak haiwan. Sabun Bronner sebagai contoh dibuat berdasarkan minyak jojoba.

Dalam masa moden ini, penggunaan sabun telah meluas kerana pengetahuan mengenai peranan kebersihan dalam mengurangkan saiz populasi organisma patogenik. Pengeluaran sabun ketul yang pertama secara besar-besaran mula berlaku pada kurun ke 19 dan pada waktu itu pengiklanan produk ini mula berkembang. Baca Selanjutnya..

Tuesday, June 7, 2011

SEJARAH SABUN

Manusia telah mengenali kebersihan sedari awal lagi. Air digunakan sebagai bahan utama untuk mencuci, misalnya membersihkan anggota badan yang terkena kekotoran seperti lumpur, darah dan sebagainya. Bukti awal purba yang ditemui melalui ekskavasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa bahan seumpama sabun telah dibuat sekitar 2800 SM di Babylon. Formula seumpama sabun menunjukkan bahan tersebut mengandungi air, alkali dan minyak cassia yang tercatat pada kepingan tanah liat sekitar 2200 SM.

Manakala catatan pada Papyrus Eber di Mesir iaitu dokumen kesihatan pula sekitar 1550 SM menunjukkan orang-orang Mesir purba telah mandi dengan menggunakan bahan lemak dari haiwan , minyak tumbuhan dan garam alkali yang dibuat seperti bahan sabun. Dokumen Mesir Purba juga telah mencatatkan penggunaan bahan seumpama sabun ini digunakan dalam penyediaan bulu haiwan untuk tujuan menenun pakaian.

Dalam catatan sejarah Rom pula, ketika pemerintahan Pompeii pada 79 AD, bahan seumpama sabun ini telah dibuat secara pengilangan. Bagaimanapun, penyataan ini agak keliru terhadap bermulanya penggunaan bahan sabun mineral. Dalam pada itu, terdapat bukti soapstone telah digunakan di Fullonica untuk pembersihan dan membersihkan tekstil.

Menurut lagenda Rom, sabun mendapat namanya dari Gunung Sapo, di mana tempat haiwan dikorbankan. Hujan yang turun akan mengalirkan air ke bawah dan turut membawa bersama lemak haiwan, lilin dan habuk dari kayu yang dibakar. Air hujan telah membuatkan bahan-bahan tadi bercampur dan menuruni gunung lalu mengalir sepanjang sungai Tiber. Wanita yang menggunakan air untuk membersihkan pakaian di sepanjang sungai itu mendapati air dari sungai yang mengandungi bahan seperti lilin itu telah mendapati kerja membersihkan pakaian yang kotor menjadi lebih mudah. Baca Selanjutnya..

Monday, June 6, 2011

Pelajarilah Cara Membuat Sabun

Assalamualaikum wbt. Melalui laman blog ini saya akan menerangkan kepada anda. Bagaimana anda boleh belajar membuat sabun dan mula membuatnya secara kecil-kecilan dan menambahkan pendapatan sampingan anda dengan jayanya.

Respon anda amatlah dihargai.

Semoga anda memahami dengan penerangan yang akan saya berikan. Untuk mendapat maklumat yang lengkap dan terperinci dengan segera, sila hubungi saya melalui e-mail saya : cheharunhassan@yahoo.com

UNTUK PESANAN KLIK Baca Selanjutnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...