Jumaat, 24 Mei 2019

Antara Senarai Wangian


Berikut adalah wangian yang biasa digunakan dan anda boleh memilih wangian untuk keluaran sabun anda.

1.                  Essence of Cassia.
2.                  Essence of Citronella
3.                  Essence of Jasmine
4.                  Essence of Lavender
5.                  Essence of Lemon Grass
6.                  Essence of Musk
7.                  Essence of Neroli
8.                  Essence of Rose
9.                  Essence of Thyme
10.              Essence of Sandalwood
11.              Oil of Almond
12.              Oil of Bergamot
13.              Oil of Clove
14.              Oil of Geranium
15.              Oil of Orange
16.              Oil of Peppermint


Khamis, 23 Mei 2019

MINYAK WANGI



Minyak wangi akan menghilangkan bau minyak dan NaOH yang tidak menyenangkan. Dan memberikan kesegaran wangian pada sabun yang digunakan.

Bahan-bahan wangi yang digunakan adalah dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan iaitu bunga-bungaan dan kulit pokok. Terdapat juga minyak wangi buatan iaitu dihasilkan di dalam makmal. Harga minyak wangi adalah bergantung kepada sumber dan kaedah pembuatan. Harga minyak wangi yang digunakan adalah menjadi asas kepada harga sabun yang berkualiti tinggi.

Rabu, 22 Mei 2019

CARA UNTUK MENCAMPURKAN WARNA KE DALAM SABUN




i.              Warna Minyak

Ambil sedikit minyak asas sabun anda dan larutkan dengan perwarna yang akan digunakan. Kacau hingga sebati kemudian gunakan kain nipis dan tapiskan campuran minyak dan warna terlarut tadi. 

Kemudian minyak yang telah berwarna itu campurkan dalam minyak yang anda akan gunakan untuk membuat sabun tersebut.
  
ii.            Warna Air

Selasa, 21 Mei 2019

CARA MENCAMPURKAN WANGIAN KE DALAM SABUN



Terdapat dua proses pembuatan sabun iaitu cara sejuk dan cara panas. Dalam proses pembuatan cara sejuk. Bahan wangian dicampur setelah Bubur Sabun yang terhasil akan dimasukkan ke dalam acuan, wangian dicampurkan dan dikacaukan dan sekali dan Bubur Sabun itu dituang ke dalam acuan.

Bahan wangian hendaklah dicampurkan setelah pembetukan Bubur Sabun. Wangian tidak boleh dicampurkan ketika minyak sedang bertindak dengan bahan kimia untuk menghasilkan Bubur Sabun kerana bahan kimia akan melenyapkan wangian yang dimasukkan.

Untuk Mendapatkan EBook

Nama

E-mel *

Mesej *