Khamis, 30 Disember 2021

Anda Boleh Buat Duit Dengan Sabun?

 


Anda Boleh Buat Duit Dengan Sabun?

Berdasarkan pengalaman saya, jawapannya adalah...YA! Banyak orang dapat membuat pendapatan secara separuh masa dengan membuat dan menjual sabun dan mereka telah membuat kejayaan. Ada di antara mereka yang berjaya dengan luarbiasa. Tapi itu tidaklah begitu mudah! Jika jawapan anda kepada soalan boleh anda buat duit dengan sabun dengan mudah itu adalah "Tidak." Jika anda membuat sabun hanya sebagai hobi, anda mesti mulakan berfikiran seperti usahawan untuk mencapai kebolehan membuat duit.

Pertama, RAMAI TERSILAP bila menyangka jumlah jualan anda mestilah cukup besar untuk mencapai sasaran keuntungan anda. Dan anda memang sepatutnya mempunyai banyak matlamat. Ada banyak cara untuk menjual sabun. Antaranya ialah sentiasa mencari peluang untuk menyertai pesta kraf, pasar karat, pasar malam dan sebagainya. Anda boleh jual secara consignment dengan kedai kraf, seluruh jualan di kedai runcit, jual secara online. Kita RAMAI TELAH BERJAYA menerusi kemudahan Internet dengan memanfaatkan media social seperti whatsapp, facebook, istagram, telegram dan sebagainya.

Kos perlu diambilkira dan bukannya hanya membayangkan nilai keuntungan semata-mata. Apabila satu punca pendapatan dijana melalui perniagaan sabun, seperti juga peniaga barangan kraf, sememangnya pelaburan modal pemula yang diperlukan adalah kecil sahaja. Boleh katakan inilah satu-satu perniagaan yang boleh dimulakan dengan modal yang kecil saja. Tiada sebab atau alasan untuk anda berkata sukarnya mencari ilmu dan modal untuk berniaga. Kerana ianya berada di depan mata, janganlah terlalu berkira-kira. Kekadang suatu usaha dengan sedikit pengorbanan yang kecil boleh menjadi asbab kepada terbukanya jalan-jalan yang lebih baik.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *