SABUN HITAM
MENAWAN
Sabun
Hitam pada awalnya diperbuat dengan menggunakan debu yang dibakar dari
tumbuh-tumbuhan seperti pokok kelapa tua,kayu dari tunggul balak dan pelbagai
kayu yang dipungut. Daun, kulit dan batang pokok dikering dan dibakar hingga
menjadi abu, abu dikumpulkan di dalam bekas, diaduk dan dikacau dengan air sehingga
rata. Sisa debu yang menimbul dipermukaan air akan dibuang dan air tersebut
ditapis bagi membuang habuk dan kemudian dibiarkan hening dan sisa debuan akan
mendap pada dasar bekas setelah dibiarkan semalaman. Air yang terhasil ini
dipanggil air abu. Bagi mengelakkan mendapan kembali bercampur, air abu ini akan diambil bahagian atas bagi diguna dalam
pembuatan sabun tradisi. Manakala, untuk membuat Sabun Hitam, kesemua air abu akan diambil bersekali dengan mendakan.
Mendakan tersebut akan memberikan warna kehitaman pada sabun.
Minyak
tumbuhan sama ada minyak kelapa, minyak kelapa sawit, minyak jarak, minyak
zaitun ataupun gabungan beberapa minyak tumbuhan dan minyak dari lemak binatang
akan dipanaskan dalam kawah atau periuk hingga mencair dan larutan air abu
dituang dan dikacau hingga merata dengan nyalaan api yang dikawal. Proses
memasak ini akan mengambil masa beberapa jam, kadangkala lebih lama sehingga
campuran tersebut menjadi bubur sabun. Bubur sabun itu akan dituang ke dalam
bekas dan ditutup dengan daun besar atau kain guni dan dibiarkan membeku
semalaman. Sabun ketulan besar itu akan dipotong dan dijemur dibawah teduhan
hingga beberapa minggu bergantung kepada ramuan yang spesifik sebelum ianya dapat
digunakan.
Kini
untuk anda membuat sabun anda tidak perlu bersusah payah menghasilkan air abu
yang boleh diganti dengan larutan NaOH. Anda hanya perlu menggunakan karbon
tempurung kelapa atau dengan membakar tempurung kelapa yang diperolehi di pasar
daripada penjual isi nyiur santan.
Penyediaan
arang tempurung boleh dibuat dengan membakar tempurung tersebut hingga hangus
keseluruhannya. Tumbuk dan ayak dengan penapis tepung, ulang menapis setelah menumbuk
arang yang masih kasar. Simpan hasil tapisan di dalam bekas. Anda boleh juga
gunakan penapis ruang lebih besar, untuk tekstur kasar sedikit bagi membuat
Sabun Hitam Skrub.
FORMULA SABUN
HITAM MENAWAN
Bahan-bahannya:
1.
Minyak Kelapa
2.
Minyak Kelapa Sawit
3.
Shea Butter
4.
Arang / Karbon Tempurung
5.
Pati Minyak Wangi
6.
Air Suling
7.
Natrium Hidroksid
Cara-Cara
Membuatnya:
1. Sukat
air suling mengikut jumlah yang diperlukan, letak di dalam baldi atau jag
besar.
2. Di
dalam bekas yang lain sukat NaOH. Kemudian, tuangkan NaOH secara berhati-hati.
AWAS.
3. Kacau
hilang NaOH dengan sendut yang diperbuat dari kayu, plastic, getah, spatula
kaca atau stainless steel yang ada pemegang, suhu akan meningkat kerana
tindakbalas bahan kimia NaOH. Pastikan NaOH larut sepenuhnya. Sebaiknya buat di
kawasan terbuka atau bilik yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Bau wap
kimia sangat menyengat dan boleh menyebabkan anda lemas atau sesak nafas.
4. Bubuh
larutan NaOH atau larutan lye itu di dalam bekas bertutup,tanda dengan marker
tulisan besar dan terang "BAHAN KIMIA NaOH - LYE - BAHAYA" & simpan
di tempat yang tidak mudah diambil oleh kanak-kanak atau tertumpah.
5. Biarkan
larutan lye menyejuk pada suhu bilik atau pada 49OC. (Larutan lye yang telah sejuk
biasanya ada jelaga air pada bahagian permukaan atas, tidak mengapa). Sebaiknya
lye dibuat sehari atau dua hari lebih awal.
Penyediaan Minyak dan Lemak
1. Gunakan
periuk stainless steel , sukat minyak atau lemak larut. (jangan gunakan periuk
besi atau aluminium, bahan kimia akan mengkakis bekas).
2. Panaskan
minyak pada suhu 49 -60oC.
3. Campurkan
larutan lye yang telah sejuk ke dalam minyak dan kacau menggunakan sudip selama
2 minit.
4. Masukkan
arang tempurung yang telah dihancurkan dan diayak terlebih dahulu ke dalam
campuran tersebut . (Anda boleh juga mengambil sebahagian ke dalam teko dan
mencampurkan terlebih dahulu sebelum dicampurkan kembali dalam campuran penuh.)
5. Gunakan
pengisar batang dan kisar untuk tempoh seminit.
6. Sesekali
gunakan sudip untuk mengaul bahagian tepi bekas ke tengah agar campuran merata
sepenuhnya.
7. Ulang
mengisar sehingga campuran melikat dan bubur sabun terbentuk.
8. Tuang
bubur sabun ke dalam acuan, tutup dengan kain tebal atau guni dan biarkan
semalaman untuk ianya mengeras sepenuhnya.
9. Keesokkan
harinya, keluarkan sabun dari acuan, potong mengikut saiz yang dikehendaki dan
biarkan proses sejatpulih selama 4-6 minggu.
sejatpulih rahsiabuatsabun sejatpulih
rahsiabuatsabun carabuatsabun sejatpulih