Memaparkan catatan dengan label sabun hitam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabun hitam. Papar semua catatan

Isnin, 6 Disember 2021

SABUN HITAM MENAWAN

 

SABUN HITAM MENAWAN

Sabun Hitam pada awalnya diperbuat dengan menggunakan debu yang dibakar dari tumbuh-tumbuhan seperti pokok kelapa tua,kayu dari tunggul balak dan pelbagai kayu yang dipungut. Daun, kulit dan batang pokok dikering dan dibakar hingga menjadi abu, abu dikumpulkan di dalam bekas, diaduk dan dikacau dengan air sehingga rata. Sisa debu yang menimbul dipermukaan air akan dibuang dan air tersebut ditapis bagi membuang habuk dan kemudian dibiarkan hening dan sisa debuan akan mendap pada dasar bekas setelah dibiarkan semalaman. Air yang terhasil ini dipanggil air abu. Bagi mengelakkan mendapan kembali bercampur, air abu  ini akan diambil bahagian atas bagi diguna dalam pembuatan sabun tradisi. Manakala, untuk membuat Sabun Hitam, kesemua  air abu akan diambil bersekali dengan mendakan. Mendakan tersebut akan memberikan warna kehitaman pada sabun.

Minyak tumbuhan sama ada minyak kelapa, minyak kelapa sawit, minyak jarak, minyak zaitun ataupun gabungan beberapa minyak tumbuhan dan minyak dari lemak binatang akan dipanaskan dalam kawah atau periuk hingga mencair dan larutan air abu dituang dan dikacau hingga merata dengan nyalaan api yang dikawal. Proses memasak ini akan mengambil masa beberapa jam, kadangkala lebih lama sehingga campuran tersebut menjadi bubur sabun. Bubur sabun itu akan dituang ke dalam bekas dan ditutup dengan daun besar atau kain guni dan dibiarkan membeku semalaman. Sabun ketulan besar itu akan dipotong dan dijemur dibawah teduhan hingga beberapa minggu bergantung kepada ramuan yang spesifik sebelum ianya dapat digunakan.

Kini untuk anda membuat sabun anda tidak perlu bersusah payah menghasilkan air abu yang boleh diganti dengan larutan NaOH. Anda hanya perlu menggunakan karbon tempurung kelapa atau dengan membakar tempurung kelapa yang diperolehi di pasar daripada penjual isi nyiur santan.

Penyediaan arang tempurung boleh dibuat dengan membakar tempurung tersebut hingga hangus keseluruhannya. Tumbuk dan ayak dengan penapis tepung, ulang menapis setelah menumbuk arang yang masih kasar. Simpan hasil tapisan di dalam bekas. Anda boleh juga gunakan penapis ruang lebih besar, untuk tekstur kasar sedikit bagi membuat Sabun Hitam Skrub.

FORMULA SABUN HITAM MENAWAN

Bahan-bahannya:

1. Minyak Kelapa                            

2. Minyak Kelapa Sawit                 

3. Shea Butter                                  

4. Arang / Karbon Tempurung

5. Pati Minyak Wangi                      

6. Air Suling                           

7. Natrium Hidroksid            

 

Cara-Cara Membuatnya:

1. Sukat air suling mengikut jumlah yang diperlukan, letak di dalam baldi atau jag besar.

2. Di dalam bekas yang lain sukat NaOH. Kemudian, tuangkan NaOH secara berhati-hati. AWAS.

3. Kacau hilang NaOH dengan sendut yang diperbuat dari kayu, plastic, getah, spatula kaca atau stainless steel yang ada pemegang, suhu akan meningkat kerana tindakbalas bahan kimia NaOH. Pastikan NaOH larut sepenuhnya. Sebaiknya buat di kawasan terbuka atau bilik yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Bau wap kimia sangat menyengat dan boleh menyebabkan anda lemas atau sesak nafas.

4. Bubuh larutan NaOH atau larutan lye itu di dalam bekas bertutup,tanda dengan marker tulisan besar dan terang "BAHAN KIMIA NaOH - LYE - BAHAYA" & simpan di tempat yang tidak mudah diambil oleh kanak-kanak atau tertumpah.

5. Biarkan larutan lye menyejuk pada suhu bilik atau pada  49OC. (Larutan lye yang telah sejuk biasanya ada jelaga air pada bahagian permukaan atas, tidak mengapa). Sebaiknya lye dibuat sehari atau dua hari lebih awal.

Penyediaan Minyak dan Lemak

1. Gunakan periuk stainless steel , sukat minyak atau lemak larut. (jangan gunakan periuk besi atau aluminium, bahan kimia akan mengkakis bekas).

2. Panaskan minyak pada suhu 49 -60oC.

3. Campurkan larutan lye yang telah sejuk ke dalam minyak dan kacau menggunakan sudip selama 2 minit.

4. Masukkan arang tempurung yang telah dihancurkan dan diayak terlebih dahulu ke dalam campuran tersebut . (Anda boleh juga mengambil sebahagian ke dalam teko dan mencampurkan terlebih dahulu sebelum dicampurkan kembali dalam campuran penuh.)

5. Gunakan pengisar batang dan kisar untuk tempoh seminit.

6. Sesekali gunakan sudip untuk mengaul bahagian tepi bekas ke tengah agar campuran merata sepenuhnya.

7. Ulang mengisar sehingga campuran melikat dan bubur sabun terbentuk.

8. Tuang bubur sabun ke dalam acuan, tutup dengan kain tebal atau guni dan biarkan semalaman untuk ianya mengeras sepenuhnya.

9. Keesokkan harinya, keluarkan sabun dari acuan, potong mengikut saiz yang dikehendaki dan biarkan proses sejatpulih selama  4-6 minggu.

sejatpulih rahsiabuatsabun sejatpulih rahsiabuatsabun carabuatsabun sejatpulih

 

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *