FORMULA MEMBUAT
SABUN KETUL LEMBUT UNTUK BAYI
PERALATAN
Untuk
membuat sabun anda memerlukan peralatan seperti yang tersenarai. (Sebaiknya
gunakan peralatan ini disimpan dalam almari khusus, hanya untuk tujuan pembuatan
sabun sahaja.):
1. Penimbang
Digital – untuk menimbang berat bahan yang akan diguna.
2. Periuk
stainless steel
3. Jag
berskil, jenis kaca atau plastik yang tujuan menyukat.
4. Baldi
atau tong plastik yang telah dibersihkan.
5. Senduk
kayu atau plastik – untuk mengacau minyak atau kacau larutan lye.
6. Sudip
7. Termometer
– 2 unit; 1 untuk minyak, 1 untuk lye
8. Acuan
sabun – anda boleh gunakan seperti kotak kasut atau sebarang kotak, pastikan
anda melapis kotak tersebut dengan plastik nipis bagi mengelakkan ianya melekat
pada kotak.
9. Sarung
tangan getah – pakai sepanjang masa semasa membuat sabun.
10.
Gugel – cermin mata keselamatan
11.
Kadbod untuk menutup acuan. Kaintebal atau guni untuk menudung acuan sabun yang
ditutup.
12.
Baju makmal, apron – jangan sesekali memakai pakaian tanpa ciri keselamatan
seperti singlet dan seluar pendek (seluar keput). Pakai baju berlengan panjang
dan seluar panjang untuk melindungi badan anda.
13.
Cuka – Ianya tidak digunakan dalam formula ini, tetapi dikekalkan sebagai bahan
peneutralan sekiranya secara tidak sengaja larutan lye terkena pada kulit anda.
Lye adalah beralkali dan boleh menyebabkan kecederaan pada kulit manakala cuka
pula bersifat asid yang boleh meneutralkan lye. Tanda-tanda anda terkena
percikan larutan lye ialah rasa sedikit pedih pada kulit. Jangan panic, hanya
segera bubuh cuka pada bahagian yang terkena tepuk-tepuk sapu pada bahagian
kulit yang terkena.
Bahan-bahannya:
Sukat
dan timbang semua bahan yang digunakan menggunakan penimbang digital:
1. Minyak Kelapa - 85
gram
2. Minyak Jojoba - 28
gram
3. Minyak Zaitun - 710
gram
4. Natrium Hidroksid - 105 gram
5. Air Suling - 285 gram
6. Pati Minyak Wangi Chamomile
atau Lavender - 14 gram atau 7 gram
sejenis
Cara-Cara
Membuatnya:
1. Sediakan
air sejuk di dalam sinki bagi tujuan menyejukkan larutan lye ketika disediakan.
2. Pastikan
semua tingkap dibuka atau sebaiknya buat larutan lye di luar rumah. Pakaikan sarung
tangan getah, letakkan 285 gram air suling ke dalam jag dan tuang , isikan air
ke dalam jag dan tuang air perlahan-lahan ke dalam bekas yang mengandungi lye
sehingga 285 gram air itu habis dituang. Wap yang keluar amat berbahaya dan toksidan,
jangan sekali-kali anda menghirup gas itu. Kacau perlahan-lahan sehingga semua NaOH
terlarut. Suhu larutan akan meningkat dengan cepat sehingga mencapai 105°C atau
lebih. Masukkan bekas yang panas itu ke dalam air takungan sinki yang telah
anda sediakan tadi, untuk menurunkan suhunya. Biarkan suhunya menurun hingga 37.5°C.
3. Campurkan
semua minyak di dalam satu periok, kecuali pati minyak wangi lavender dan
chamomile. Panaskan periuk yang mengandungi minyak hingga suhui mencapai 37.5°C.
Tindakbalas ini berlaku sangat cepat. Anda perlu pastikan dan sediakan agar
larutan lye dan minyak di dalam periuk pada masa yang sama dan serantak berada
pada suhu 37.5°C. Inilah kebijakan anda dalam penyediaan membuat sabun. Gunakan
air dalam sinki untuk menurunkan suhu minyak dan larutan lye agar mencapai 100oF.
4. Apabila
larutan lye dan minyak telah berada pada suhu yang sama 37.5°C, tuang larutan
lye ke dalam periuk yang mengandungi minyak itu. Dengan menggunakan sptula atau
sudip kacau berterusan sehingga campuran itu membentuk bubur sabun. Tempoh mengacau
mengambil masa pada kebiasaannya setengan jam atau sehingga 2 jam atau lebih. Kacau
15 minit, berhenti 10 minit, dan kacau
kembali. Teruskan mengacau dan rehat hingga bubur sabun terbentuk.
5. Selepas
bubur sabun terbentuk, masukkan pati minyak wangi dan kacaukan dalam bentuk
garisan sekali sahaja. Kemudian tuangkan bubur sabun ke dalam acuan. Tutup
acuan dengan kadbod dan tudung acuan sabun itu dengan kain tebal atau kain guni
untuk menurunkan bagi memastikan suhu bubur sabun itu turun dengan
perlahan-lahan.
6. Anda
boleh membuka kain atau guni yang menudungnya, tetapi sabun itu sendiri
mengambi masa berberapa hari untuk benar-benar mengeras. Sabun yang menggunakan
formulasi campuran ini biasanya lembut dan perlu lebih lama sebelum dapat
dipotong. Setelah sabun telah keras baru keluarkan daripada acuan dan potong
ikut rekabentuk anda. Pada masa ini sabun masih lagi belum sempurna dan masih
beralkali dan perlukan masa sehingga 6 minggu menjalani proses sejatpulih sebelum
ianya dapat diguna sepenuhnya.
7. Sama
ada anda seorang pembuat sabun yang telah mahir atau baru bermula, anda pasti
menyukai harumannya, sabun berkrim – meskipun anak-anak di rumah telah membesar.
Membuat sabun bayi untuk kegunaan sendiri, selebihnya jadikan hadiah kepada
keluarga, jiran tetangga atau sahabat handai dibungkus dalam bungkusan yang
menarik dan kreatif.
sejatpulih, carabuatsabun, caramembuatsabun
#carabuatsabun