FORMULA ASAS MEMBUAT SABUN MANDI KETUL
Menggunakan
3 macam campuran minyak, dengan jumlah isipadu minyak sebanyak 1000 gram.
Bahan-Bahannya:
1.
Minyak
Kelapa – 300 gram (30%)
2.
Minyak
Kelapa Sawit – 300 gram (30%)
3.
Minyak
Zaitun – 400 gram
(40%)
4.
Air
Suling – 290
gram
5.
NaOH – 145 gram
Cara-Cara
Membuatnya:
1.
Siapkan semua alat dan bahan. Jangan lupa selalu gunakan alat keselamatan;
seperti sarung tangan getah, cermin gugel keselamatan, mask, kasut getah.
2.
Tuangkan air ke dalam bekas dan timbang sesuai ukuran, sebaiknya yang boleh
memuatkan untuk isipadu 5 kilogram. (Baldi berzaiz tong plastic cat adalah
sesuai untuk hasilkan produk sebanyak itu. Jangan guna bekas yang kecil kerana
ianya akan menyukarkan kerja, bahan membuak atau tertumpah ketika membancuh,
mengecok dan sebagainya.)
3.
Ambil NaOH di dalam bekas yang berasingan dan timbang sesuai dengan ukuran formula.
Secara hati-hati masukkan NaOH ke dalam air sedikit demi sedikit. Anda akan
melihat tindakbalas, air dengan secara langsung akan mendidih dan mengeluarkan wap
yang menusuk hidung (merupakan reaksi yang normal). Elakkan dari menghidu wap
bahan kimia ini.
4.
Kecok sampai semua NaOH larut. Diamkan beberapa saat sehingga larutan mencapai suhu dibawah 40oC.
*AWAS: Pastikan anda sentiasa memasukkan NaOH ke dalam air, jangan sebaliknya.
Jika memasukkan sebaliknya akan menyebabkan letusan bahan kimia. Berbahaya!
Larutan yang terhasil ini dikenali sebagai larutan lye.
5.
Sementara menanti suhu larutan lye menurun sejuk. Timbang sesuai ukuran dan
campur minyak ke dalam bekas yang sudah disediakan. *Jika minyak kelapa/kelapa
sawit mengental maka cairkan terlebih dahulu. Jika tidak ada yang menggumpal
maka tidak perlu dipanaskan. Kalau perlu dipanaskan cukup sekadar ianya mencair
sahaja.
6.
Ketika suhu larutan lye sudah mencapai sekitar 30-35oC, tuangkan lye
itu ke dalam minyak secara perlahan sehingga selesai.
7.
Gaul secara terus menerus menggunakan Pemukul Tangan sampai bubur sabun
terbentuk, biasanya memakan waktu lama. Gunakan stick blender jika ingin lebih
cepat menjadi bubur sabun.
8.
Ketika adunan sabun sudah menjadi bubur sabun, berhenti mengecok. Siapkan acuan
yang sudah dilapisi plastik atau kertas minyak.
9.
Tuangkan ke dalam acuan, jangan lupa untuk mengumpulkan sisa-sisa yang ada di
pinggir periuk dengan menggunakan spatula getah atau plastik atau sudip kayu.
10.
Tutup menggunakan kain atau tuala yang tidak digunakan lagi pada bahagian atas acuan.
Untuk menjaga agar suhu panas menyejuk perlahan-lahan dan melanjutkan proses
saponifikasi. Letakan di tempat yang selamat dari jangkauan anak-anak dan
biarkan selama 1-2 hari.
11.
Kemudian keluarkan sabun dari acuan. Potong sesuai ukuran yang diinginkan.
Simpan di tempat yang kering dengan aliran udara yang baik, biarkan sekitar 4
minggu.
12.
Sabun memasuki masa sejatpulih. Saat sejatpulih, semak pH tiap satu minggu
sekali. Sabun sudah boleh digunakan jika sudah neutral. Neutral bermakna proses
saponifikasi sudah sempurna dan tidak ada lagi mengandungi alkali bebas.
#sejatpulih