Memaparkan catatan dengan label sejatpulih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejatpulih. Papar semua catatan

Selasa, 28 Disember 2021

Produk Sabun Anda Menjadi Pilihan

Produk Sabun Anda Menjadi Pilihan

Ada sesiapa lagi yang tidak atau belum lagi diberitahu tentang kebaikan produk sabun yang anda buat?

Pelanggan berpontesi akan melihat sesuatu dalam produk anda. Produk yang baik mempunyai daya penarik semulajadi.

Mungkin pelanggan sedang mencari jawapan untuk penyelesaian kepada masalah kulit akibat alergik pada sabun komersil yang dibeli di premis penjagaan diri. Mungkin mereka mengenalpasti dengan diri anda secara peribadi  yang sentiasa jujur dalam percakapan, perbuatan dan tindakan. Mungkin mereka pernah berpengalaman menggunakan sabun buatan anda dan ingin cuba sesuatu yang berbeza dari segi kepelbagaian sabun anda, dari segi warna, haruman, cara dan corak pembungkusan yang mempunyai sentuhan seni anda.



Mungkin mereka suka kepada baunya kerana haruman itu membuatkan mereka disenangi oleh tersayang.

Siapa tahu?

Tapi tugas anda adalah untuk memberikan persembahan terbaik kepada produk yang anda buat. Dalam cara yang anda perlihatkan kepada pelanggan yang menjadi sasaran seperti di minda anda. Anda mungkin memenuhi keperluan pelanggan istimewa yang bilangan kecil yang mungkin mahukan sabun tanpa sebarang haruman. Ia mungkin sangat kecil pasarannya. Tetapi itu telah menjadi antara sumber caruman keuntungan kepada perniagaan anda. Anda berfikir diluar kotak kerana anda sedang membawa kotak itu.  Membuat sabun untuk kegunaan sendiri yang berkualiti tentulah lebih baik daripada membuat sabun hanya untuk keuntungan peribadi sahaja. Sikap yang dimiliki oleh pembuat sabun inilah menjadikan sabun sendiri menjadi produk murni bagi orang yang mencari kemurnian.

Anda pastinya akan bertemu pelanggan yang amat menghargai kejujuran, yang bukan mahu mendapatkannya secara percuma tetapi sanggup membayar lebih kerana merekalah orang-orang yang amat mengagumi kerja anda.

Terdapat beribu-ribu cara untuk membuat produk anda benar-benar berbeza. Dalam berberapa kes mungkin ada orang yang paling tidak dapat menerima dengan apa yang anda cakap pada masa itu, tetapi tindakan jujur anda benar-benar berjaya menghasilkan produk luarbiasa. Anda boleh dan menjadi, kemudian anda menyedari anda sebenarnya telah berada dalam posisi menawarkan sesuatu yang unik. Ia mungkin dapat dijual lebih dari kuantiti yang anda fikirkan.

Bayangkan  dalam perjalanan terbang anda menuju destinasi pelancongan, seorang CEO yang berada di sebelah anda berkata, “saya mandi dengan sabun tanpa haruman kerana saya sentiasa guna pewangi dengan haruman kegemaran saya sendiri selepas mandi dan yang pasti saya tidak mahu dicemari bau wangi yang lain”.

YES…..    

Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan membuat sabun buatan sendiri dapatkan info CaraBuatSabun di sini.

Isnin, 27 Disember 2021

BERMULA DENGAN PROJEK BERSKALA KECIL




BERMULA DENGAN PROJEK BERSKALA KECIL

Kebanyakan syarikat sabun yang besar dengan produk yang dilihat mewah kini sebenarnya, syarikat tersebut pada mulanya hanya berskala kecil. Ada yang bermula dari rumah. Menempuh pelbagai halangan, ada yang terus bertahan meskipun tidak berkembang tetapi dalam keadaan senyap dapat memberikan peluang kerja yang menarik. Perniagaan menjadi semakin maju seiring keuntungan, dapat diagihkan kepada pekerja yang setia saban akhir tahun. Oleh itu, jika anda mempunyai minat ke arah itu; anda boleh bermula mulai sekarang. Meskipun pada asasnya secara kecilan, ianya lebih baik daripada melakukan apa-apa dan kekal dengan tidak memiliki apa-apa pun. Dengan ketabahan, ketekunan dan seterusnya berkembang, atau hanya kekal kecil sebagai sumber pendapatan daripada hobi. Dalam lain perkataan, tidak seperti banyak perniagaan yang ideal dan kelihatan menonjol, ini adalah satu-satunya peluang paling sesuai untuk sesiapa yang bersedia sanggup bekerja untuk dijadikan satu laluan membangunkan diri sendiri.

Perniagaan sabun bukanlah skim cepat kaya. Terdapat banyak perkara perlu dilibatkan dan kerjanya amat menarik yang perlu dibuat secara ringan tetapi agak teliti. Apalagi bila tiba masa anda perlu membuat sabun memenuhi kuantiti yang diperlukan oleh pelanggan. Contohnya, anda menghasilkan sabun kreatif untuk cenderahati hari perkahwinan. Bayangkan temapahan yang anda terima seperti anda telah dapat menjual sabun mengikut bilangan tetamu majlis.

Membuat apa yang anda buat itu memenuhi keperluan pelanggan. Namun, setelah itu sabun yang baik akan mempunyai kelebihan serta dapat menjual dirinya sendiri. Nombor telefon yang terselit dikertas pembungkusan itu telah menjadi catatan penting kerana ia benar-benar dapat memuaskan hati pengguna serta akan membuat belian ulangan atau anda telah mendapat pelanggan baru. Produk sabun anda akan menjadikan perniagaan sabun anda mempunyai potensi tarikan yang sangat baik. Haruman yang diguna pilihan pelanggan. Apalagi antara tetamu yang hadir itu pengusaha hotel dan chalet.

Anda adalah founder bila mana anda berjaya menemui resipi untuk menghasilkan produk sabun berkualiti. Menempah produk siap yang telah sedia siap menggunakan resipi kilang OEM dan diletakkan jenama anda bukanlah founder namanya.  Jangan terkeliru dengan istilah tersebut.

Jika anda mengeluarkan produk sabun yang mempunyai idea unik yang mana anda yang buat atau cipta resipinya, sehingga produk itu menjadi viral. Anda dapat membuat jualan yang baik, boleh yakini, untuk anda membina asas produk berdasarkan ini. Ini hanyalah perkara untuk  membuat  produk hebat, dapat menjual dan memperolehi pendapatan yang terus meningkat. Anda boleh lakukan apa yang inginkan iaitu terus BERTINDAK sebaik sahaja anda siap merancangnya.

Jika anda berminat untuk membuat sabun buatan sendiri berskala kecil dapatkan info CaraBuatSabun di sini.

Sabtu, 25 Disember 2021

Beralih Hobi Dengan Memulakan Bisnes Pembuatan Sabun

Beralih Hobi Dengan Memulakan Bisnes Pembuatan Sabun

Artikel berikut adalah mengenai cara untuk memulakan perniagaan sabun di rumah. Adalah benar untuk memulakan perniagaan membuat sabun sama ada secara sambilan atau sepenuh masa bekerja dari rumah adalah antara cara mudah untuk menambahkan pendapatan. Ia mudah untuk anda bermula secara kecilan kerana ia hanya memerlukan sedikit modal.

Tambahan pula, bagi sesetengah orang aktiviti membuat sabun telah menjadi hobi popular, sebab utama ianya berprestij; sangat menarik dan boleh digubah dan dihias dengan pelbagai cara mengikut kreativiti anda sendiri.

Namun begitu, beralih dengan menukar minat kepada hobi baru iaitu membuat sabun adalah hobi yang boleh membawa keuntungan, ianya boleh menjana pendapatan. Ia boleh dibuat pada waktu yang anda tentukan, sama ada dengan waktu terancang atau ketika anda mempunyai masa yang terluang. Anda tidak mengikat diri anda dengan masa ketika anda mempunyai hobi ini, anda boleh berhenti pada bila-bila masa jika anda mempunyai urusan lain.

Untuk bermula, semestinya anda perlu yakin. Bagi tujuan itu, ambil masa, belajar bagi mendapat kefahaman dan tekun sebagai persediaan diri bagi menjayakan usaha anda untuk menghasilkan sabun. Semak artikel CaraBuatSabun berikutnya untuk mendapatkan tip dan idea.

Rabu, 8 Disember 2021

EBOOK SEJATPULIH

FORMULA MEMBUAT SABUN

Pelbagai formula atau resipi membuat sabun yang anda boleh 

pelajari untuk menghasilkan sabun yang benar-benar berkualiti 

dan bersesuaian dengan kulit anda. Sabun yang anda buat 

daripada hasil usaha boleh anda gunakan sendiri atau dijadikan 

hadiah kepada rakan taulan. Anda juga boleh memulakan 

usaha untuk menambahkan pendapatan dengan memasarkan 

sabun buatan anda. Jangan tergesa-gesa tetapi dalam zaman 

sekarang semuanya perlu cepat. Tanpa berlengah lagi luangkan 

masa anda untuk mendapatkan ilmu membuat sabun ini 

dengan melayari BLOG SABUN - CARABUATSABUN. Klik dan 

anda akan menemui banyak maklumat untuk membuat sabun. 

Setelah anda berpuashati, dapatkan sebuah 

EBOOK SEJATPULIH yang mengandungi pelbagai maklumat

 tentang pembuatan sabun, ianya bakal menjawab persoalan

 anda yang berkaitan. 

Untuk membuat sabun yang berkualiti, gunakan minyak 

yang berkualiti, elakkan daripada menggunakan minyak

 bermutu rendah.

Khamis, 2 Disember 2021

FORMULA ASAS MEMBUAT SABUN MANDI KETUL

FORMULA ASAS MEMBUAT SABUN MANDI KETUL

Menggunakan 3 macam campuran minyak, dengan jumlah isipadu minyak sebanyak 1000 gram.

Bahan-Bahannya:

1.                  Minyak Kelapa                              300 gram (30%)

2.                  Minyak Kelapa Sawit                   300 gram (30%)

3.                  Minyak Zaitun                                400 gram (40%)

4.                  Air Suling                                          290 gram

5.                  NaOH                                              145 gram

Cara-Cara Membuatnya:

1. Siapkan semua alat dan bahan. Jangan lupa selalu gunakan alat keselamatan; seperti sarung tangan getah, cermin gugel keselamatan, mask, kasut getah.

2. Tuangkan air ke dalam bekas dan timbang sesuai ukuran, sebaiknya yang boleh memuatkan untuk isipadu 5 kilogram. (Baldi berzaiz tong plastic cat adalah sesuai untuk hasilkan produk sebanyak itu. Jangan guna bekas yang kecil kerana ianya akan menyukarkan kerja, bahan membuak atau tertumpah ketika membancuh, mengecok dan sebagainya.)

3. Ambil NaOH di dalam bekas yang berasingan dan timbang sesuai dengan ukuran formula. Secara hati-hati masukkan NaOH ke dalam air sedikit demi sedikit. Anda akan melihat tindakbalas, air dengan secara langsung akan mendidih dan mengeluarkan wap yang menusuk hidung (merupakan reaksi yang normal). Elakkan dari menghidu wap bahan kimia ini.

4. Kecok sampai semua NaOH larut. Diamkan beberapa saat sehingga  larutan mencapai suhu dibawah 40oC. *AWAS: Pastikan anda sentiasa memasukkan NaOH ke dalam air, jangan sebaliknya. Jika memasukkan sebaliknya akan menyebabkan letusan bahan kimia. Berbahaya! Larutan yang terhasil ini dikenali sebagai larutan lye.

5. Sementara menanti suhu larutan lye menurun sejuk. Timbang sesuai ukuran dan campur minyak ke dalam bekas yang sudah disediakan. *Jika minyak kelapa/kelapa sawit mengental maka cairkan terlebih dahulu. Jika tidak ada yang menggumpal maka tidak perlu dipanaskan. Kalau perlu dipanaskan cukup sekadar ianya mencair sahaja.

6. Ketika suhu larutan lye sudah mencapai sekitar 30-35oC, tuangkan lye itu ke dalam minyak secara perlahan sehingga selesai.

7. Gaul secara terus menerus menggunakan Pemukul Tangan sampai bubur sabun terbentuk, biasanya memakan waktu lama. Gunakan stick blender jika ingin lebih cepat menjadi bubur sabun.

8. Ketika adunan sabun sudah menjadi bubur sabun, berhenti mengecok. Siapkan acuan yang sudah dilapisi plastik atau kertas minyak.

9. Tuangkan ke dalam acuan, jangan lupa untuk mengumpulkan sisa-sisa yang ada di pinggir periuk dengan menggunakan spatula getah atau plastik atau sudip kayu.

10. Tutup menggunakan kain atau tuala yang tidak digunakan lagi pada bahagian atas acuan. Untuk menjaga agar suhu panas menyejuk perlahan-lahan dan melanjutkan proses saponifikasi. Letakan di tempat yang selamat dari jangkauan anak-anak dan biarkan selama 1-2 hari.

11. Kemudian keluarkan sabun dari acuan. Potong sesuai ukuran yang diinginkan. Simpan di tempat yang kering dengan aliran udara yang baik, biarkan sekitar 4 minggu.

12. Sabun memasuki masa sejatpulih. Saat sejatpulih, semak pH tiap satu minggu sekali. Sabun sudah boleh digunakan jika sudah neutral. Neutral bermakna proses saponifikasi sudah sempurna dan tidak ada lagi mengandungi alkali bebas.

#sejatpulih

Isnin, 10 November 2014

SEJATPULIH

SEJATPULIH – Sejatpulih ialah proses penyejatan bagi mengeluarkan lebihan kandungan air ke udara secara perlahan-lahan dan melengkapkan proses saponifikasi sepenuhnya bagi sesuatu tempoh.

Sejatpulih Sabun

1. Setelah bubur sabun terbentuk, anda akan menuangkannya ke dalam ke dalam acuan, tutup dengan tuala atau selimut untuk tempoh pembekuan selama 24 – 48 jam.

2. Gunakan sarung tangan semasa mengeluarkan bongkah sabun dari acuan.

3. Dengan menggunakan pemotong dawai, potong bongkah sabun tersebut kepada saiz produk sabun keluaran anda.

4. Susun ketulan sabun di dalam talam, jarakkan kedudukan antara sabun-sabun tersebut bagi mengadakan ruang agar udara dapat beredar sekeliling sabun.

5. Susunan yang baik akan memberikan luas permukaan yang lebih kepada sabun.

6. Aturkan talam-talam tersebut di atas rak dalam keadaan udara bebas bergerak dan proses sejatpulih sabun sekurang-kurangnya selama 4-6 minggu pada suhu bilik.

7. Rekodkan tarikh anda mula menjalankan sejatpulih pada batch sabun tersebut. Jangan dedahkan sabun kepada pancaran terus cahaya matahari ke atas sabun, kerana ini akan merosakkan kualiti sabun anda.

8. Dalam tempoh sejatpulih ini, lebihan air di dalam sabun akan dilepaskan perlahan-lahan ke udara secara semulajadi.

9. Sabun yang sempurna menjalani sejatpulih ini akan menjadi lebih tahan dan teksturnya sedikit keras dari sebelumnya.

10. Berdasarkan rekod, keluarkan batch sabun yang telah siap menjalani proses sejatpulih dan ianya telah sedia untuk digunakan.

11. Bungkus ketulan sabun tersebut dalam bungkusan yang cantik serta menarik dan anda telah boleh mula memperkenalkannya dan menambah pendapatan anda.

Sejatpulih sabun adalah proses wajib dan ianya mesti dibuat bagi menjamin kualiti sabun yang anda keluarkan.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *