Thursday, February 2, 2012

Kit Seni Rekaan Kreatif Sabun



Kit Seni Rekaan Kreatif Sabun ini mengandungi semua bahan lengkap untuk anda yang ingin mencuba dan bereksperimen dengan pelbagai bentuk dan teknik membuat sabun sendiri di rumah dengan kos yang minimum.

Anda boleh membeli bahan tambahan yang lain seperti minyak pati, vitamin tambahan dan juga estrak buah-buahan untuk menambahkan khasiat sabun anda...

Sekiranya anda berminat untuk membeli kit ini. Sila klik gambar di bawah:-



atau jika anda berminat untuk dapatkan e-book sila klik gambar di bawah:-

Baca Selanjutnya..

Wednesday, November 30, 2011

Pengecap Sabun Permulaan Bisnes



Terpulang kepada anda untuk mencetak logo atau jenama bagi sabun keluaran anda.

Baca Selanjutnya..

Sunday, November 20, 2011

Langkah Menuju Kejayaan Ialah Memulakannya



Kejayaan sesuatu usaha adalah bermula dengan diri anda. Kesanggupan anda untuk memulakan langkah yang pertama. Mana mungkin anda mampu berbuat sabun tanpa anda memiliki pengetahuan tentang cara-cara membuat sabun.

Lever Brother mencapai kejayaan sebagai sebuah syarikat antarabangsa bermula dengan langkah pertama William Lever. Bermula dengan suatu yang dianggap kecil pada mulanya tetapi ianya adalah suatu perniagaan yang mempunyai peluang untuk membina gagasan lebih besar.

Sesuatu yang dimulakan secara kecil-kecilan akan memiliki peluang terancang untuk menjadi bertambah besar melalui penambahbaikan. Kelemahan yang dikenalpasti dapat diatasi dengan lebih cekap melalui langkah-langkah pencegahan bagi mengelak kesilapan yang sama berulang.

Seterusnya, dalam masa yang sama anda dapat memahami selok-belok perniagaan yang anda ceburi. Memenuhi permintaan pelanggan terhadap produk sabun keluaran anda.


Suka saya nyatakan di sini dengan masa yang terluang yang anda ada sekarang, jika anda berminat jadikanlah ianya suatu usaha yang bakal memacu anda ke puncak jaya. Suatu masa nanti akan tiba pula masanya untuk jenama sabun anda menerajui pasaran sabun dunia.

Baca Selanjutnya..

Monday, September 26, 2011

Anda Berminat Tapi Anda Sengaja Membiarkan



Mungkin kini anda sedang berkata di dalam hati, "Tidak mengapalah, saya akan dapatkan ebook ini nanti". Kemudian, anda akan meninggalkan blog ini dan meneruskan kerja-kerja seharian anda.. akhirnya, anda lupa tentang blog ini dan masalah anda untuk mencapai impian anda, terus menghantui fikiran anda tanpa ada jalan penyelesaiannya.

Apabila anda tiba di sini kerana suatu pencarian kerana anda ingin mencari jalan keluar bagi satu permasalahan. Lalu anda abaikan jawapannya.

Kini, masalah anda berulang kembali, setiap hari, hati anda akan merasa gelisah dan tidak henti-henti memikirkan, bagaimanakah caranya hendak mencari duit untuk memenuhi impian anda... masalah yang sama kini kembali ke fikiran anda dan terus menerus menganggu fikiran anda berulang-ulangkali.

Jadi, usahlah bertangguh... semakin lama anda bertangguh, semakin lama lah masalah tersebut akan terus membelenggu diri anda. Bertindaklah dan dapatkanlah ebook ini sekarang juga!.. Insyaallah, perjalanan anda untuk menuju ke gerbang gemilang akan menjadi mudah dan lancar.

Suka saya nyatakan di sini, jika anda berminat jadikanlah ianya suatu usaha yang bakal memacu anda ke puncak jaya.

Baca Selanjutnya..

Monday, August 29, 2011

Cara Membuat Serbuk Pencuci


Antara serbuk pencuci yang terdapat di pasaran.

Pada masa kini, penggunaan serbuk pencuci adalah lebih berbanding sabun buku untuk mencuci pakaian. Serbuk pencuci menjadi pilihan kerana ianya lebih mudah digunakan. Selain mencuci kain, serbuk pencuci digunakan untuk mencuci lantai, dinding, dapur dan peralatan untuk memasak dan pinggan mangkuk. Perbezaan kegunaan memerlukan penggunaan bahan kimia yang berbeza bagi mencekapkan kerja-kerja pembersihan untuk membuang kekotoran. Kandungan kimia tertentu untuk tindakan pembersihan tertentu.

Penggunaan serbuk pencuci menjadi meluas setelah perang dunia kedua. Penggunaan bahan kimia terbitan “Petro Chemicals”. Permintaan terhadap keperluan bahan cucian jenis yang baru terjadi berikutan pada masa tersebut kain-kain Wollen, Sutera serta kain-kain sintetik seperti Terlin, Tetron mula diperkenalkan dalam masyarakat. Sabun buku tidak dapat mencuci kain jenis baru dengan cekap.

Penemuan bahan kimia baru telah menghasilkan serbuk pencuci yang dapat membersihkan kotoran pada kain jenis sintetik dengan lebih bersih bercahaya. Serbuk pencuci ini bukan sahaja membersihkan kain jenis baru tetapi mampu melakukan kerja-kerja pembersihan sedia ada dengan lebih baik. Permintaan terhadap serbuk pencuci di seluruh dunia telah meningkat berikutan kecekapan dan dapat digunakan dengan lebih mudah. Pelbagai jenama terdapat di dalam pasaran seperti Fab, Hola, Breeze, Drive, Harimau, dan sebagainya bagi memenuhi permintaan pengguna. Proses pembuatannya menggunakan jentera dan kimia, dengan kawalan pengeluaran menjadikan serbuk pencuci bermutu dikeluarkan.

Antara serbuk pencuci yang didapati dalam bungkusan bag adalah serbuk pencuci untuk mencuci kain dan pakaian, dan untuk mencuci lantai simen dan sebagainya.

Serbuk pencuci boleh diperolehi dibungkus dalam botol-botol plastik untuk mencuci pinggan-mangkuk dan alat perkakas dapur. Antara jenama Serbuk Pencuci ialah Vim Powder.

Maklumat pembuatan : sila layari http://galerisabun.blogspot.com

Baca Selanjutnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...