Khamis, 9 April 2015

Jenama Sabun Anda Memberi Pulangan Berbaloi


Sebaik anda menceburkan diri dalam bidang pembuatan sabun, tentunya anda akan memasarkan produk anda di pasaran. Nah!!! Anda mungkin mempunyai perkataan yang sangat menarik untuk dijadikan jenama sabun anda. Kalau anda belum membuat sabun pun anda mungkin ada idea hebat untuk dijadikan jenama sabun. Mungkin anda sedang tercari-cari perkataan yang sesuai untuk dijadikan jenama. Jenama yang bakal menguasai pasaran sabun dunia.

Berikut adalah syarikat pengeluar atau jenama sabun keluarannya.

Ach. Brito, Barf , Biechele Soap, Boraxo, Camay, Caswell-Massey, Chandrika ,Coast ,Defense Soap, Dettol, Dial ,Dove (toiletries), Fels-Naptha, Fenjal,Hamam (soap),Imperial Leather, Irish Spring, Ivory ,Kerala Soaps Limited,L'Amande, Lano, Lava ,Lever 2000,Lifebuoy ,Liril, Lux, Margo, Medimix, Mysore Sandal Soap, Pears soap, Rozalex Safeguard , Sapolio, Sebamed, Shower Shock, Simple Skincare, Sunlight, Swan Soap, Swarfega, Wright's Coal Tar Soap, Zest .

Saya pasti anda juga mempunyai idea untuk memberikan jenama yang terbaik untuk produk sabun anda.

KEPENTINGAN CAP DAGANGAN DALAM PERNIAGAAN 

Cap dagangan adalah merupakan antara cabang daripada komponen harta intelek. Cap dagangan atau trade mark di dalam bahasa Inggeris adalah komponen cap dagangan yang paling mudah ditemui di sekeliling kita. Setiap produk atau perkhidmatan yang kita gunakan seharian mempunyai cap dagangan tersendiri.

Secara umumnya, cap dagangan merujuk pada suatu tanda yang boleh membezakan antara barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemiliknya dengan pemilik lain. Cap dagangan biasanya dirujuk sebagai jenama atau logo sesuatu produk atau perkhidmatan.

Cap dagangan diwujudkan bagi memudahkan pelanggan memilih sesuatu barangan di dalam kategori yang sama.

Sebagai contoh, pengeluar barangan sabun A menggunakan jenama CAP BUNGA bagi membezakan barangan sabunnya dengan pemilik barangan sabun B, yang mana pemilik sabun B menggunakan jenama CAP BURUNG bagi sabunnya. Maka di sini pelanggan akan dapat membezakan di antara sabun A dan sabun B menerusi jenama CAP BUNGA dan CAP BURUNG.

Cap dagangan tidak terhad kepada jenama atau logo semata-mata, ia merangkumi perkataan, huruf, nombor, nama, tandatangan, gambar, logo dan kombinasi antaranya.

5 Fungsi Cap Dagangan 

#1 – Fungsi Identiti Cap dagangan membolehkan pengguna mengenal pasti sumber atau pengeluar sesuatu produk atau perkhidmatan.

 #2 – Fungsi untuk membuat pilihan Cap dagangan membolehkan pengguna memilih barangan atau perkhidmatan dengan mudah.

 #3 – Fungsi kualiti Pelanggan memilih sesuatu cap dagangan berdasarkan reputasi, kualiti barangan dan perkhidmatan di bawah cap dagangan.

 #4 – Fungsi pemasaran Cap dagangan memainkan peranana penting dalam pengiklanan. Pelanggan lebih mudah dipengaruhi menerusi pengiklanan sesuatu barangan.

 #5 – Fungsi ekonomi Cap dagangan yang mempunyai reputasi tinggi akan meningkatkankan nilai cap dagangan itu di mata pelanggan. Dengan nilai yang tinggi, pemilik cap dagangan mempunyai pilihan untukmelesenkan atau memindahkan hak milik cap dagangan dengan ganjaran yang tinggi.

Di Malaysia, cap dagangan perlu didaftarkan untuk mendapatkan perlindungan daripada disalahguna, dan ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Permohonan untuk pendaftaran perlu dibuat kepada Pendaftar Cap Dagangan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Pemilik cap dagangan juga boleh berhubung dengan Ejen Cap Dagangan yang dilantik oleh pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk urusan pendaftaran cap dagangan.

Setiap pendaftaran cap dagangan sah untuk tempoh sepuluh tahun dan boleh diperbaharui setiap sepuluh tahun. Cap dagangan yang berdaftar akan memperoleh perlindungan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, iaitu bebas daripada sebarang ancaman yang melibatkan cap dagangan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan