Hari ini jika anda mempunyai pekerjaan, bererti
anda ada mempunyai sumber pendapatan tetap. Dengan pendapatan daripada penggajian,
anda merancang dan membiayai segala keperluan perbelanjaan kos tetap anda.
Andai kata, esok atau bulan depan atau dua tiga bulan lagi atau tahun depan
ataupun pada bila-bila masa anda tidak lagi bekerja atau diberhentikan. Berapa lama anda boleh bertahan dengan simpanan yang
anda ada?
Itu kalau anda ada menyimpan lebihan. Apa
halnya jika gaji yang diperolehi selama ini hanya sekadar cukup makan dan
banyak juga bil-bil yang masih tertunggak, kredit kad, dengan tayar dan kereta yang juga
perlu diservis. Mungkin hutang itu akan hanya sedikit berkurang tatkala anda
mendapat bonus pada akhir tahun yang juga tidak mampu membawa anda dan keluarga
untuk pergi melancong.
Dibuang atau diberhenti kerja tidaklah
mengejutkan jika anda telah bersedia untuk menghadapinya. Ini dapat diketahui
melalui maklumat bahawa perkara itu akan dijalankan tidak lama lagi.
Biasanya terdapat tanda-tanda yang boleh dilihat
oleh pekerja bahawa pembuangan pekerja akan dilakukan. Sebagai pekerja, anda
boleh melihat sesuatu yang tidak kena seperti sebelum ini; mungkin terdapat
semakin kurang kerja kerana permintaan yang semakin merosot untuk produk yang
dikeluarkan.
Adakah syarikat itu sedang membuat pengambilan
pekerja atau telah menghentikannya? Jika kerja semakin perlahan dan permintaan
semakin merosot ia bukanlah tanda yang baik.
Jika syarikat mendapat keuntungan yang sedikit
atau berada dalam keadaan bahaya anda boleh menjangkakan dengan meneliti angka
jualan, kos dan keuntungan.
Langkah pemotongan kos juga menunjukkan syarikat
bermasalah seperti pembiayaan sepenuhnya untuk percutian kakitangan. Pemotongan
kos juga mungkin termasuk pengurangan tenaga kerja.
Jadi sebenarnya terdapat banyak tanda yang boleh
anda jadikan iktibar yang menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena
dengan syaritkat itu. Kadangkala tandanya lebih jelas dalam jabatan tertentu.
Sebagai contoh, bahagian jualan dan pemasaran akan merasakannya terlebih dulu
sebelum bahagian pengeluaran.
Mereka yang berada di jabatan perakaunan akan
mengetahui bagaimana buruknya situasi itu. Anda perlu bercakap dengan teman
anda di jabatan lain untuk mendapat maklumat mengenai situasi kewangan
syarikat.
Semua cabaran dan kemungkinan ini tidak akan mampu mengugat kestabilan
ekonomi apabila anda mempunyai ilmu dan kemahiran yang boleh menjana
pendapatan. Apalah sangat yang perlu anda takutkan untuk mendapat maklumat yang
berharga ini. Sediakan payong sebelum hujan. Biarlah anda tahu cara membuat sabun.