Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.
Jumaat, 8 Mei 2015
Menambah Pendapatan Berganda Dengan Serbuk Pencuci
Kami merasa bangga jika anda dapat menghasilkan serbuk pencuci yang benar-benar mencuci pakaian. Kadangkala kita tertarik kepada kepelbagaian warna, walhal warna hanyalah daya penarik tetapi tidak memberi kesan dalam menanggalkan kotoran yang optimun. Setengah warna mungkin perlu untuk menjadikan warna berseri seperti warna biru pada nila atau warna-warna untuk menyegarkan warna pakaian yang sewarna dengannya, yang kadangkala akan melusuhkan warna pakaian yang lain pula.
Untuk maklumat lanjut:
sila klik:-
http://carabuatsabun.blogspot.com/2013/05/serbuk-pencuci-sabun-serbuk.html
Sabtu, 2 Mei 2015
Komen Daripada Hasil Pencapaian
Mempunyai asas yang lengkap dalam pembuatan
sesuatu produk, sebelum memulakan penghasilan produk adalah langkah terbaik
untuk bertahan dalam bidang yang akan diusahakan. Untungnya, apa yang kami laksanakan
ini telah memberikan keyakinan dan harapan dalam menyokong anda untuk berjaya
dalam bisnes dan menghargai potensi yang sememangnya sedia membuat transformasi
yang lebih baik. Kami menerima banyak ucapan terima kasih atas kejayaan yang telah
mereka perolehi. Alhamdulillah, syukur. Itu adalah nikmat atas titik peluh
anda. Kepada mereka semua; kami ucapkan tahniah kerana anda mempunyai keyakinan
yang mantap. Bermula dengan sedikit pelaburan dan komited mendapat ilmu yang
jelas.
Khamis, 9 April 2015
Jenama Sabun Anda Memberi Pulangan Berbaloi
Sebaik anda menceburkan diri dalam bidang pembuatan sabun, tentunya anda akan memasarkan produk anda di pasaran. Nah!!! Anda mungkin mempunyai perkataan yang sangat menarik untuk dijadikan jenama sabun anda. Kalau anda belum membuat sabun pun anda mungkin ada idea hebat untuk dijadikan jenama sabun. Mungkin anda sedang tercari-cari perkataan yang sesuai untuk dijadikan jenama. Jenama yang bakal menguasai pasaran sabun dunia.
Berikut adalah syarikat pengeluar atau jenama sabun keluarannya.
Ach. Brito, Barf , Biechele Soap, Boraxo, Camay, Caswell-Massey, Chandrika ,Coast ,Defense Soap, Dettol, Dial ,Dove (toiletries), Fels-Naptha, Fenjal,Hamam (soap),Imperial Leather, Irish Spring, Ivory ,Kerala Soaps Limited,L'Amande, Lano, Lava ,Lever 2000,Lifebuoy ,Liril, Lux, Margo, Medimix, Mysore Sandal Soap, Pears soap, Rozalex Safeguard , Sapolio, Sebamed, Shower Shock, Simple Skincare, Sunlight, Swan Soap, Swarfega, Wright's Coal Tar Soap, Zest .
Saya pasti anda juga mempunyai idea untuk memberikan jenama yang terbaik untuk produk sabun anda.
KEPENTINGAN CAP DAGANGAN DALAM PERNIAGAAN
Cap dagangan adalah merupakan antara cabang daripada komponen harta intelek. Cap dagangan atau trade mark di dalam bahasa Inggeris adalah komponen cap dagangan yang paling mudah ditemui di sekeliling kita. Setiap produk atau perkhidmatan yang kita gunakan seharian mempunyai cap dagangan tersendiri.
Secara umumnya, cap dagangan merujuk pada suatu tanda yang boleh membezakan antara barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemiliknya dengan pemilik lain. Cap dagangan biasanya dirujuk sebagai jenama atau logo sesuatu produk atau perkhidmatan.
Cap dagangan diwujudkan bagi memudahkan pelanggan memilih sesuatu barangan di dalam kategori yang sama.
Sebagai contoh, pengeluar barangan sabun A menggunakan jenama CAP BUNGA bagi membezakan barangan sabunnya dengan pemilik barangan sabun B, yang mana pemilik sabun B menggunakan jenama CAP BURUNG bagi sabunnya. Maka di sini pelanggan akan dapat membezakan di antara sabun A dan sabun B menerusi jenama CAP BUNGA dan CAP BURUNG.
Cap dagangan tidak terhad kepada jenama atau logo semata-mata, ia merangkumi perkataan, huruf, nombor, nama, tandatangan, gambar, logo dan kombinasi antaranya.
5 Fungsi Cap Dagangan
#1 – Fungsi Identiti Cap dagangan membolehkan pengguna mengenal pasti sumber atau pengeluar sesuatu produk atau perkhidmatan.
#2 – Fungsi untuk membuat pilihan Cap dagangan membolehkan pengguna memilih barangan atau perkhidmatan dengan mudah.
#3 – Fungsi kualiti Pelanggan memilih sesuatu cap dagangan berdasarkan reputasi, kualiti barangan dan perkhidmatan di bawah cap dagangan.
#4 – Fungsi pemasaran Cap dagangan memainkan peranana penting dalam pengiklanan. Pelanggan lebih mudah dipengaruhi menerusi pengiklanan sesuatu barangan.
#5 – Fungsi ekonomi Cap dagangan yang mempunyai reputasi tinggi akan meningkatkankan nilai cap dagangan itu di mata pelanggan. Dengan nilai yang tinggi, pemilik cap dagangan mempunyai pilihan untukmelesenkan atau memindahkan hak milik cap dagangan dengan ganjaran yang tinggi.
Di Malaysia, cap dagangan perlu didaftarkan untuk mendapatkan perlindungan daripada disalahguna, dan ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Permohonan untuk pendaftaran perlu dibuat kepada Pendaftar Cap Dagangan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Pemilik cap dagangan juga boleh berhubung dengan Ejen Cap Dagangan yang dilantik oleh pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk urusan pendaftaran cap dagangan.
Setiap pendaftaran cap dagangan sah untuk tempoh sepuluh tahun dan boleh diperbaharui setiap sepuluh tahun. Cap dagangan yang berdaftar akan memperoleh perlindungan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, iaitu bebas daripada sebarang ancaman yang melibatkan cap dagangan.
Rabu, 8 April 2015
Produk Sabun Mampu Bertahan Di Pasaran
Lux adalah jenama sabun kecantikan yang diedarkan oleh Unilever dari Britain sejak 1925. Sabun Lux menjadi hebat kerana ia mampu bertahan kerana kualitinya yang sentiasa dijaga dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Selain sabun, Lux juga termasuk jenama shampo, shower gel, dan kondisioner. Syarikat Unilever mula mengeluarkan produk sabun sejak tahun 1899 sebagai Sunlight Flakes.
Sasaran pasaran syarikat ini adalah pengguna di berbagai negara, seperti Afrika Selatan, Arab Saudi, Thailand, Brazil, India, dan Indonesia.
Bayangkanlah betapa unggulnya produk syarikat ini hingga mampu bertahan dan berada di pasaran sejak 116 tahun lalu hinggalah ke hari ini.
Jenama Lux terbitan syarikat ini sudah menjangkau usia 90 tahun. Inilah masanya, untuk anda memutuskan kepada diri anda untuk menjadi pengasas produk jenama sendiri yang mampu bertahan dari generasi ke generasi. Anda juga tentunya ingin mengusahakan perusahaan yang boleh diwarisi.
Banyak perkara yang perlu dipelajari, tetapi jika anda telah memulakannya pada hari ini, sudah tentu banyak pengalaman dan pelbagai perkara telah anda pelajari dan sudah pasti ianya tidak akan sama untuk anda memulakannya pada 10 tahun yang akan datang.
Jika banyak perkara yang telah anda tinggalkan dahulu, jangan lagi dibiarkan, masa terus berlalu sebenarnya bukan perkara itu yang anda tinggalkan tetapi anda sebenarnya peluang keemasan itulah yang telah meninggalkan anda. Jom bertindaklah hari ini.
Ahad, 22 Mac 2015
FORMULA MEMBUAT SERBUK PENCUCI - Sabun Serbuk
Pada masa kini, penggunaan
serbuk pencuci adalah lebih berbanding sabun buku untuk mencuci pakaian.Serbuk
pencuci menjadi pilihan kerana ianya lebih mudah digunakan. Selain mencuci
kain, serbuk pencuci digunakan untuk mencuci lantai, dinding, dapur dan peralatan
untuk memasak dan pinggan mangkuk. Perbezaan kegunaan memerlukan penggunaan
bahan kimia yang berbeza bagi mencekapkan kerja-kerja pembersihan untuk
membuang kekotoran. Kandungan kimia tertentu untuk tindakan pembersihan
tertentu.
Penggunaan serbuk pencuci
menjadi meluas setelah perang dunia kedua. Penggunaan bahan kimia terbitan
“Petro Chemicals”. Permintaan terhadap keperluan bahan cucian jenis yang baru
terjadi berikutan pada masa tersebut kain-kain Wollen, Sutera serta kain-kain
sintetik seperti Terlin, Tetron mula diperkenalkan dalam masyarakat. Sabun buku
tidak dapat mencuci kain jenis baru dengan cekap.
Penemuan bahan kimia baru
telah menghasilkan serbuk pencuci yang dapat membersihkan kotoran pada kain
jenis sintetik dengan lebih bersih bercahaya. Serbuk pencuci ini bukan sahaja
membersihkan kain jenis baru tetapi mampu melakukan kerja-kerja pembersihan
sedia ada dengan lebih baik.
Permintaan terhadap serbuk pencuci di seluruh
dunia telah meningkat berikutan kecekapan dan dapat digunakan dengan lebih
mudah. Pelbagai jenama terdapat di dalam pasaran seperti Fab, Hola, Breeze,
Drive, Harimau, dan sebagainya bagi memenuhi permintaan pengguna. Proses
pembuatannya menggunakan jentera dan kimia, dengan kawalan pengeluaran
menjadikan serbuk pencuci bermutu dikeluarkan.
Antara serbuk pencuci yang
didapati dalam bungkusan bag adalah serbuk pencuci untuk mencuci kain dan
pakaian, dan untuk mencuci lantai simen dan sebagainya.
Serbuk pencuci boleh
diperolehi dibungkus dalam botol-botol plastik untuk mencuci pinggan-mangkuk
dan alat perkakas dapur. Antara jenama Serbuk Pencuci ialah Vim Powder.
CARA PROSES
Kaedah Pembuatan Serbuk
Pencuci - Cara Pertama
Serbuk Pencuci boleh dibuat dengan
3 kaedah:-
1. Membuat sabun ketul
kemudian hancurkannya.
2. Membuat sabun ketul,
hancurkannya kemudian tambahkan bahan kimia lain.
3. Mencampurkan beberapa
bahan kimia untuk jadikan serbuk pencuci.
Cara Pertama
Bahan-bahan:
1. Minyak
kelapa - 40kg
2. Kostik Lye
37 degree - 20 kg
3. Silikat - 2
kg
4. Serbuk
Likapol - 2.5 kg
5. Warna sabun
(Tannin Blue) - 10 gm
6. Resin - 5kg
Cara-caranya:
1. Sediakan
Lye 37 degree terlebih dahulu, masukkan silikat dan kacau dengan senduk kayu.
Larutkan pewarna dengan air dan campurkan dengan Lye. Letak ke tepi dahulu.
2. Isikan
minyak ke dalam kuali, pastikan saiz kuali yang besar digunakan. Panaskan
sehingga mencapai suhu 90F . (Nota Penting : Minyak mudah terbakar apabila
terdedah kepada api. (Oleh itu elakkan minyak dari terkena api). Campurkan
resin yang telah dihancurkan ke dalam minyak. Kacau sehingga larut.
3. Kemudian
masukkan larutan Lye yang telah disediakan tadi sedikit demi sedikit ke dalam
minyak yang telah panas dan kacau sehingga semua bahan telah bercantum.
Kecilkan api.
4. Tambahkan
Serbuk Likapool ke dalam campuran minyak itu sambil mengacaunya hingga sempurna
ratanya. Padamkan api dan biarkan Bubur Sabun itu menyejuk sedikit.
5. Tuang Bubur
Sabun itu ke dalam acuan kayu, tutup dengan guni atau selimut tebal supaya
tidak masuk angin.
6. Keluarkan
dari acuan pada keesokkan harinya. Potong memanjang dan biarkan ia kering di
tempat berangin.
7. Setelah sabun
itu benar-benar kering hancurkan sabun itu menjadi serbuk dan biarkan kering di
bawah sinaran matahari. Setelah kering gunakan penapis untuk mendapatkan serbuk
sabun yang halus dan cantik.
Kaedah Pembuatan Serbuk Pencuci - Cara
Kedua
Untuk mendapatkan maklumat yang lengkap
dapatkan:-
Langgan:
Catatan (Atom)