'HOMEMADE'
Olive Bath Soap daripada olive oil
Amat sesuai untuk smua jenis kulit.. Olive Oil bertindak sbg buih berkrim, melicinkan kulit & melembabkan kulit.. very creamy and kind to skin. Olive bastille soap feels like soap plus lotion. Like creamy lotion, smooth to the body, For face, wonderful Creamy, slippery lather..
'HOMEMADE' - Honey Bath Soap daripada Madu
- Mengimbangi kadar minyak di wajah & kulit badan, Membersihkan kulit wajah/badan dari bakteria, Membantu mengatasi masalah jeragat dan tompok hitam/putih, Mengurangkan keradangan dan kesan kulit terbakar, Memberi Nutrien & vitamin semulajadi pada kulit badan & wajah, Membantu menghalus dan melicinkan kulit badan & wajah...
'Homemade' Sabun Mandian Body Scrub daripada Petola Bantal Yang dah kering
Sesuai utk smua jenis kulit.. Membersihkan badan dgn bersih melalui sabut petola yg kering..
Pembelian/Tempahan Borong, sila Post Message kepada Susan di FACEBOOK nya.
Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.
Khamis, 24 November 2016
Isnin, 21 November 2016
Belajar Membuat Sabun Untuk Menambah Pendapatan
Jika anda meluangkan sedikit masa di dalam pasaraya untuk melihat pilihan pengguna.
Hampir 70 peratus surirumah yang datang berbelanja akan menuju ke rak yang mempamirkan sabun.
Ramai pengguna yang baru membeli sabun pencuci yang dalam botol. Manakala yang telah biasa akan membeli sabun pencuci yang diisi dalam plastik refill.
Rata-ratanya mereka membeli sabun untuk kerja mencuci.
Jika anda berminat untuk menceburi bidang ini.
Jangan menangguhkan minat anda hingga anda melengahkan peluang untuk berjaya.
Berikan fokus kepada rancangan anda. Anda pasti akan rasa beruntung jika anda dapat melakukan yang terbaik. Siapa tahu, suatu hari nanti anda mempunyai sebuah kilang yang menghasilkan sabun dengan jenama sabun anda diguna oleh kebanyakkan penduduk di dunia ini.
Anda mampu melakukannya. Peluang sentiasa terbuka luas.
Isnin, 7 November 2016
Pembuatan Sabun Secara Komersil
Sebelum revolusi perindustrian berlaku di Eropah, pembuatan sabun hanyalah secara kecil-kecilan sahaja. Andrew Pears mula membuat sabun berkualiti, sabun jernih dan transparen pada tahun 1789.
Pada tahun 1862, cucunya Francis Pears telah membuka kilang sabun di Isleworth.
Manakala pada tahun 1850an, William Gossage telah menghasilkan sabun berkualiti yang murah. Sabun serbuk atau sabun debu pula telah dibuat oleh Robert Spear Hudson, dengan menghancurkannya menggunakan alu dan lesung.
Pada tahun 1885, William Hesketh Lever dan adiknya, James telah membeli bengkel pembuat sabun yang kecil di Warrington, pasangan adik beradik ini adalah pengasas perniagaan sabun terbesar yang dikenali Unilever. Syarikat ini adalah perintis dalam membiayai peruntukan untuk mula melaksanakan kempen pengiklanan sabun secara besar-besaran.
Jadikan minat kreatif anda untuk mengadakan peluang pekerjaan kepada komuniti anda, pelajarilah Cara Membuat Sabun.
Siapa tahu, berkat anda menolong mengadakan peluang pekerjaan untuk orang yang menganggur tanpa pekerjaan. Natijahnya, suatu masa nanti sabun dengan jenama anda menguasai pasaran sabun dunia.
Khamis, 27 Oktober 2016
MEMBUAT SABUN KOPI
Hari ini saya akan memberitahu
anda cara membuat sabun dengan haruman kopi, untuk kegunaan sendiri atau dijadikan
cenderahati.
FORMULA SABUN KOPI
Bahan-bahannya:
Sabun Asas - Gliserin
Serbuk Kopi
Tepung Susu
Pewangi pati kopi
Pewangi pati kopi
Cara-caranya:
Sabun Asas dicairkan dengan cara memanaskannya hingga mencair. Alihkannya ke tepi dan
masukkan serbuk kopi dan tepung susu, kacau hingga melarut sehingga menjadi
bubur sabun yang sebati.
Selasa, 25 Oktober 2016
MEMBUAT SABUN KULIT KAYU MANIS YANG MENARIK
Untuk Kegunaan Sendiri, Hadiah atau Menambahkan Pendapatan
Hari ini saya akan
memberitahu anda cara membuat sabun dengan haruman Kulit Kayu Manis, untuk
kegunaan sendiri atau dijadikan cenderahati.
FORMULA SABUN KULIT KAYU MANIS
Bahan-bahannya:
Sabun Asas
Minyak Kulit Kayu
Manis
Pewarna Merah
(jika perlu)
Cara-caranya:
Sabun Asas dicairkan dengan cara memanaskannya hingga mencair. Alihkan dari api dan masukkan minyak kulit kayu manis dan pewarna, kacau hingga melarut sehingga menjadi bubur sabun.
Jika anda mahu
anda boleh memasukkan kulit kayu manis sebagi hiasan tambahan dan tuang bubur
sabun terus ke dalam acuan pilihan anda yang cantik yang telah dimasukkan kulit
kayu manis. Biarkan membeku. Setelah membeku, keluarkan, bungkus dan letakkan
dalam bekas. Wanginya .....
Langgan:
Catatan (Atom)