Ahad, 22 Mac 2015

FORMULA MEMBUAT SERBUK PENCUCI - Sabun Serbuk

Pada masa kini, penggunaan serbuk pencuci adalah lebih berbanding sabun buku untuk mencuci pakaian.Serbuk pencuci menjadi pilihan kerana ianya lebih mudah digunakan. Selain mencuci kain, serbuk pencuci digunakan untuk mencuci lantai, dinding, dapur dan peralatan untuk memasak dan pinggan mangkuk. Perbezaan kegunaan memerlukan penggunaan bahan kimia yang berbeza bagi mencekapkan kerja-kerja pembersihan untuk membuang kekotoran. Kandungan kimia tertentu untuk tindakan pembersihan tertentu.


Penggunaan serbuk pencuci menjadi meluas setelah perang dunia kedua. Penggunaan bahan kimia terbitan “Petro Chemicals”. Permintaan terhadap keperluan bahan cucian jenis yang baru terjadi berikutan pada masa tersebut kain-kain Wollen, Sutera serta kain-kain sintetik seperti Terlin, Tetron mula diperkenalkan dalam masyarakat. Sabun buku tidak dapat mencuci kain jenis baru dengan cekap.

Penemuan bahan kimia baru telah menghasilkan serbuk pencuci yang dapat membersihkan kotoran pada kain jenis sintetik dengan lebih bersih bercahaya. Serbuk pencuci ini bukan sahaja membersihkan kain jenis baru tetapi mampu melakukan kerja-kerja pembersihan sedia ada dengan lebih baik. 


Permintaan terhadap serbuk pencuci di seluruh dunia telah meningkat berikutan kecekapan dan dapat digunakan dengan lebih mudah. Pelbagai jenama terdapat di dalam pasaran seperti Fab, Hola, Breeze, Drive, Harimau, dan sebagainya bagi memenuhi permintaan pengguna. Proses pembuatannya menggunakan jentera dan kimia, dengan kawalan pengeluaran menjadikan serbuk pencuci bermutu dikeluarkan.

Antara serbuk pencuci yang didapati dalam bungkusan bag adalah serbuk pencuci untuk mencuci kain dan pakaian, dan untuk mencuci lantai simen dan sebagainya.

Serbuk pencuci boleh diperolehi dibungkus dalam botol-botol plastik untuk mencuci pinggan-mangkuk dan alat perkakas dapur. Antara jenama Serbuk Pencuci ialah Vim Powder.

CARA PROSES



Kaedah Pembuatan Serbuk Pencuci - Cara Pertama

Serbuk Pencuci boleh dibuat dengan 3 kaedah:-

1. Membuat sabun ketul kemudian hancurkannya.

2. Membuat sabun ketul, hancurkannya kemudian tambahkan bahan kimia lain.

3. Mencampurkan beberapa bahan kimia untuk jadikan serbuk pencuci.

Cara Pertama

Bahan-bahan:

1. Minyak kelapa - 40kg
2. Kostik Lye 37 degree - 20 kg
3. Silikat - 2 kg
4. Serbuk Likapol - 2.5 kg
5. Warna sabun (Tannin Blue) - 10 gm
6. Resin - 5kg

Cara-caranya:

1. Sediakan Lye 37 degree terlebih dahulu, masukkan silikat dan kacau dengan senduk kayu. Larutkan pewarna dengan air dan campurkan dengan Lye. Letak ke tepi dahulu.

2. Isikan minyak ke dalam kuali, pastikan saiz kuali yang besar digunakan. Panaskan sehingga mencapai suhu 90F . (Nota Penting : Minyak mudah terbakar apabila terdedah kepada api. (Oleh itu elakkan minyak dari terkena api). Campurkan resin yang telah dihancurkan ke dalam minyak. Kacau sehingga larut.

3. Kemudian masukkan larutan Lye yang telah disediakan tadi sedikit demi sedikit ke dalam minyak yang telah panas dan kacau sehingga semua bahan telah bercantum. Kecilkan api.

4. Tambahkan Serbuk Likapool ke dalam campuran minyak itu sambil mengacaunya hingga sempurna ratanya. Padamkan api dan biarkan Bubur Sabun itu menyejuk sedikit.

5. Tuang Bubur Sabun itu ke dalam acuan kayu, tutup dengan guni atau selimut tebal supaya tidak masuk angin.

6. Keluarkan dari acuan pada keesokkan harinya. Potong memanjang dan biarkan ia kering di tempat berangin.

7. Setelah sabun itu benar-benar kering hancurkan sabun itu menjadi serbuk dan biarkan kering di bawah sinaran matahari. Setelah kering gunakan penapis untuk mendapatkan serbuk sabun yang halus dan cantik.

Kaedah Pembuatan Serbuk Pencuci - Cara Kedua
Untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dapatkan:-



Ahad, 15 Februari 2015

KEJAYAAN CEMERLANG TIDAK MENUNGGU SESIAPA

MASA ADALAH SESUATU YANG AMAT BERHARGA



Pada amnya kebanyakan produk pengguna boleh dihasilkan secara kecil-kecilan dahulu tanpa perlu menggunakan mesin-mesin; misalnya produk seperti Sabun Cecair Pekat Pencuci Pinggan Mangkuk, Syampu Kereta, Sabun Cecair Pekat Pencuci Pakaian, Shower Cream (Krim Mandian) dan lain-lain yang berkenaan; sekiranya sekali proses membuatnya adalah untuk menghasilkan sebanyak 100kg bagi satu regu, sebagai industri kecil di rumah sendiri; di mana ia boleh dihasilkan tanpa menggunakan mesin.

SETIAP KEINGINAN YANG DIMULAI DENGAN TINDAKAN PASTI AKAN MEMBAWA KE JALAN KEJAYAAN. KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN HASRAT ANDA UNTUK BERJAYA.


 

Ahad, 8 Februari 2015

Bahan-Bahan Yang Perlu Dalam Pembuatan Sabun

Dalam industri pembuatan sabun, terdapat tiga bahan penting yang berikut diperlukan iaitu:-
 1. Minyak
 2. Kostik
 3. Air bersih



Tanpa ketiga-tiga bahan itu, sabun tidak dapat dibuat. Manakala, untuk membuat industri sabun secara kecil-kecilan dengan pelaburan sedikit modal, tiga bahan tambahan berikut diperlukan iaitu:- 

1. Agen pengisi
2. Pewarna
3. Minyak wangi



Bahan-bahan tersebut digunakan dalam pembuatan sabun. Minyak wangi terpilih digunakan dalam pembuatan sabun wangi mandi wangian murah dalam sabun mencuci kain.

Pengisi sabun hanya banyak digunakan dalam sabun berkualiti rendah. Pembuat sabun putih tidak menggunakan warna.

 

Isnin, 2 Februari 2015

Kegunaan Sabun

Apabila disebut sabun anda mesti menggambarkan sabun buku untuk mandi. Ada dua lagi bentuk sabun – iaitu serbuk dan cair yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Antara tiga rupa sabun iaitu buku, serbuk, dan cair tiap-tiap bahagian boleh diasingkan untuk kegunaannya masing-masing. Misalnya sabun buku.

Ini adalah sabun wangi yang berubat (Medicated Soap).


Sabun untuk bayi (Baby Soap).


Sabun untuk kucing (Cat Soap), anjing (Dog Soap) dan sabun buku untuk mencuci kain- baju.

Dalam Serbuk Sabun.



Untuk mencuci kain baju, basuh lantai dan dinding batu, basuh bilik mandi dan juga mencuci pinggan mangkuk.

Bagi sabun cair pula kegunaannya adalah seperti mencuci cermin, membasuh bilik mandi, mencuci lantai yang kotor seperti rumah, kilang-kilang dan rumah-rumah penginapan dan untuk mencuci tangan seperti dapat dilihat di restoran-restoran dan hotel-hotel. 

Begitu banyaknya rupa bentuk sabun dan kegunaannya. Dalam dan luar negara banyak syarikat-syarikat yang membuat sabun dan mengadakan cap dan namanya tertentu atau jenama.(Brand Name). 




Berfikir jauh ke depan; anda mampu menghasilkan produk jenama anda dan menjualnya di pasaran dan berkembang maju.

Sabtu, 31 Januari 2015

Sabun Dalam Kehidupan Seharian

Sabun adalah bahan yang sangat penting pada setiap hari dalam kehidupan manusia. Dalam zaman yang serba canggih ini boleh dikatakan tidak ada manusia yang tidak mengenali sabun. Begitulah penting kegunaan sabun di seluruh dunia.


Sebagai mana pentingnya makanan untuk kehidupan manusia, begitulah pentingnya sabun untuk membersihkan tubuh badan kita serta kain baju dan sekeliling kita. Kehidupan sekarang telah mencapai kemajuan yang pesat berbanding pada zaman dahulu, yang mana manusia pada waktu itu hidup dalam hutan dan gua tanpa makanan yang berkhasiat dan membersihkan diri dengan bahan cucian yang sempurna.

Sabun adalah pelengkap dalam kehidupan, penjagaan kebersihan untuk kesihatan manusia. Kini disebabkan peribadi sabun itu sendiri wangi dan membersih ia dijadikan kraftangan untuk dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan. Aktiviti ini selain dilihat sebagai nilai tambah ianya juga mampu memberikan tambahan pendapatan yang agak lumayan kepada surirumah yang aktif mengusahakannya.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *