Isnin, 17 April 2017

FORMULA KRIM MANDIAN

Antara krim mandian yang popular di pasaran.

Gel atau krim mandian, juga dikenali sebagai peralatan mandian, dan biasanya disebut sabun cecair, digunakan untuk membersihkan badan. Hampir semua gel mandi perdagangan mempunyai bau menyenangkan dan tidak mengandungi apa-apa minyak saponified, bukan menjadi produk petroleum.

Krim mandian biasanya diletakkan dalam botol pancuran / peralatan mandian adalah sejenis bahan emulsi air dan pencuci asas dengan wangian istimewa digunakan sebagai agen pembersihan kulit di bilik mandi atau mandi. Ia mempunyai kelebihan kimia lebih sabun kerana ia adalah lebih ringan pada pembersihan dan kurang merengsa kulit, melembut dan tidak meninggalkan sisa mineral pada kulit atau dalam tab mandi selepas penggunaan.

Khamis, 30 Mac 2017

ANDA BOLEH MEMBUAT SABUN TANPA BAHAN KIMIA

Sabun terjadi apabila alkali dicampur dengan lemak. Apabila ianya digabungkan, proses yang dipanggil saponifikasi berlaku, menghasilkan sabun. Percampuran ini perlu bagi membolehkan cecair dan minyak berlaku kerana proses ini tidak berlaku secara semulajadi, anda perlu melakukan pengabungan ini untuk menghasilkan sabun. 

Dalam erti kata lain tiada alkali maka minyak atau lemak hanya terapung di atas air. 

Adalah penting untuk memastikan bahawa jumlah bahan yang digunakan untuk membuat sabun adalah pada ukuran tertentu. Nisbah minyak dan lemak adalah berbeza daripada bahan alkali. 

Anda boleh membuat sabun tanpa menggunakan bahan kimia tetapi anda mestilah mempunyai pengetahuan untuk menghasilkan sabun yang benar-benar berkualiti.


Rabu, 22 Mac 2017

FORMULA MEMBUAT SABUN CAIR PEKAT PENCUCI PAKAIAN

Ebook >>> Dengan kepelbagaian formula untuk anda buat secara kecil-kecilan atau untuk menjadikannya satu industri.

KRIM MANDIAN, CECAIR PEKAT SABUN PENCUCI PAKAIAN, PENCUCI PINGGAN, MANGKUK, PES PENCUCI PINGGAN MANGKUK, SABUN BUKU, SABUN TRANSPAREN,  SABUN UNTUK RAMUAN HERBA,SABUN BUKU BIASA,  PENCUCI PEMBASMI KUMAN, SOFTENER- PELEMBUT KAIN, SABUN BASUH DEBU, CAIR, PEKAT, PEMBERSIH TANGAN DAN FORMULA YANG DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA SERTA PELUANG MEMASARKAN HASILAN PRODUK.


Sabtu, 18 Mac 2017

Kisah Sabun Pears


Pada abab ke 17, seorang pemuda yang bernama Andrew Pears tinggal di negeri England. Pears tidak mempunyai wang atau harta benda tetapi ia seorang yang rajin dan cerdik serta sentiasa suka belajar dan mengkaji.

 Untuk mencari nafkahnya, beliau telah mempelajari cara untuk menggunting rambut dan merantau ke seluruh desa bagi mendapatkan rezeki. Di waktu lapang beliau mengkaji kimia-kimia dan beliau mencipta sesuatu warna baru dan air wangi.



Kemudian beliau cipta sesuatu kimia untuk untuk lembutkan rambut dan dinamakan sabun oleh Pears. Pears menggunakannya dalam kerjanya iaitu gunting rambut dan mencukur pelanggan. Pelembut rambut itu sangat disukai oleh pelanggannya dan perniagaannya telah berkembang maju. 

Pada waktu itu, kota London telah menjadi sibuk dengan dibanjiri oleh orang ramai dari seluruh negeri. Sehubungan itu, Pears telah segera menamatkan perantauannya ke seluruh negeri dan beliau membuka sebuah kedai menjual barang-barang wangi di sebuah jalan yang bernama Creak di Ibu Kota London.

Pears memerhatikan bahawa sabun yang dicipta olehnya untuk melembutkan rambut boleh juga digunakan untuk mengeluarkan kekotoran. Beliau terus menerus membuat kajian selanjutnya dan mengeluarkan dua sabun, satu untuk mencuci kain baju dan satu lagi untuk membersihkan badan, iaitu sabun mandi.

Sabun tersebut itu dinamakan Pears Soap dan mula dijual di kedainya. Orang-orang England mula mengenali jasa Pears dan perniagaannya terus maju. Dan Pears Soap dikenali di seluruh negara. Pears mula berfikir untuk mengedarkan sabunnya ke seluruh dunia. Pada tahun 1887, syarikatnya telah bergabung dengan seorang sahabatnya Thomas J. Barratt (1841-1914). Barratt adalah seorang yang mahir dalam bidang pengiklanan.


Apabila beliau bergabung maka nama sabun Pears mula dikenali ke seluruh dunia melalui usaha-usaha promosi pengiklanan yang dibuat. Barratt telah mengadakan pelbagai cara untuk iklannya. Satu daripadanya ialah membeli sebuah lukisan terkenal yang bernama Soap Bubbles yang berharga £2,200 dan mencetak berjuta-juta salinan dan mengedarkan seluruh dunia.


Lukisan itu menggambarkan seorang kanak-kanak bermain sabun air. Gambaran itu adalah sesuatu lukisan dengan maknanya yang amat mendalam. Pada ketika itu, terdapat ramai pembeli yang berminat dan telah cuba untuk membeli lukisan asal itu. Namun, Barratt enggan menjualnya dan sehingga ke hari ini lukisan asal tersebut itu masih berada dan dikawal rapi di Ibu Pejabat Syarikat Pears Soap di England. Satu lagi cara yang Barrat lakukan ialah beliau mencetak Sabun Pears di sebelah wang siling dan diedarkan kalangan masyarakat.

 Pada masa itu Kerajaan British membenarkan syarikat-syarikat Awam untuk mengeluarkan syiling-syiling sendiri selain dari Kerajaan. Keluaran Kerajaan British satu syiling bernilai 12 pence. Tetapi syarikat Pears Soap menjualkan satu syiling keluarannya pada harga 14 pence.

Oleh kerana untungnya 2 pence, masyarakat telah menggunakan syiling Pears lebih daripada syiling kerajaan. Beribu-ribu orang di British membeli belah wang Pears untuk menukar wang dan mendapat keuntungan menerusi pertukaran wang tersebut. Pada masa ini, syarikat-syarikat Awam di England tidak dibenarkan lagi oleh Kerajaan British berbuat sedemikian.


Sehingga kini, sabun Pears masih boleh didapati di kedai-kedai dan gedung membeli-belah seluruh dunia. Selain Pears, ramai lagi orang lain yang telah memilih untuk menjadi usahawan dengan membangunkan perusahaan membuat sabun dan akhirnya telah menjadi jutawan.


Jumaat, 17 Mac 2017

Sejarah Sabun



Manusia telah mengenali kebersihan sedari awal lagi. Air digunakan sebagai bahan utama untuk mencuci, misalnya membersihkan anggota badan yang terkena kekotoran seperti lumpur, darah dan sebagainya.

Bukti awal purba yang ditemui melalui ekskavasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa bahan seumpama sabun telah dibuat sekitar 2800 SM di Babylon.



Formula seumpama sabun menunjukkan bahan tersebut mengandungi air, alkali dan minyak cassia yang tercatat pada kepingan tanah liat sekitar 2200 SM.

Manakala catatan pada Papyrus Eber di Mesir iaitu dokumen kesihatan pula sekitar 1550 SM menunjukkan orang-orang Mesir purba telah mandi dengan menggunakan bahan lemak dari haiwan, minyak tumbuhan dan garam alkali yang dibuat seperti bahan sabun.

Dokumen Mesir Purba juga telah mencatatkan penggunaan bahan seumpama sabun ini digunakan dalam penyediaan bulu haiwan untuk tujuan menenun pakaian.

Dalam catatan sejarah Rom pula, ketika pemerintahan Pompeii pada 79 AD, bahan seumpama sabun ini telah dibuat secara pengilangan.



Bagaimanapun, penyataan ini agak keliru terhadap bermulanya penggunaan bahan sabun mineral. Dalam pada itu, terdapat bukti soapstone telah digunakan di Fullonica untuk pembersihan dan membersihkan tekstil.

Menurut lagenda Rom, sabun mendapat namanya dari Gunung Sapo, di mana tempat haiwan dikorbankan. Hujan yang turun akan mengalirkan air ke bawah dan turut membawa bersama lemak haiwan, lilin dan habuk dari kayu yang dibakar.

Air hujan telah membuatkan bahan-bahan tadi bercampur dan menuruni gunung lalu mengalir sepanjang sungai Tiber.

Wanita yang menggunakan air untuk membersihkan pakaian di sepanjang sungai itu mendapati air dari sungai yang mengandungi bahan seperti lilin itu telah mendapati kerja membersihkan pakaian yang kotor menjadi lebih mudah.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *