Selasa, 4 Oktober 2022

SABUN SUSU KAMBING

 

SABUN SUSU KAMBING 

 

Bahan-bahan:- 

1. Minyak Kelapa Dara - 150 gm 

2. Minyak Kelapa Sawit - 2000 gm 

3. Minyak Zaitun - 350 gm 

4. Cocoa Butter - 400 gm 

5. Shea Butter - 385 gm 

6. Susu Kambing Segar – 1250 gm 

7. Natrium Hydroksid – 465 gm 

8. Pewangi pilihan - atas pilihan anda. 

 

 Cara-caranya: 

 

 Langkah 1 

 

 Sediakan acuan. Gunakan acuan atau bekas plastik bersaiz 5 kg.

 

 Langkah (2) – Penyediaan Lye Susu Kambing 

 

1. Susu kambing segar dibekukan dalam tray kiub ais sebanyak 1250 gram. Guna semasa ianya telah dibekukan sepenuhnya. 

2. Masukkan susu kambing beku ke dalam baldi yang boleh memuatkan 10 liter. 

3. Timbang NaOH sebanyak 465 gram. 

4. Masukkan NaOH ke dalam baldi yang telah diletakkan ais susu kambing terlebih dahulu. 

(INGAT : NaOH dituang ke atas Kiub Susu) 

5. Kacau perlahan-lahan sambil NaOH melarut bersama susu. 

 

 Langkah (3) – Penyediaan Minyak 

 

1. Di dalam periuk yang lain, campurkan kesemua minyak tersebut menjadikan 3285 gram. (Kombinasi minyak adalah bergantung kepada cadangan kualiti sabun anda) 

2. Panaskan sedikit dengan api yang perlahan 50oC sahaja. Kacau perlahan-lahan sambil pastikan cocoa butter dan shea butter larut dalam minyak sepenuhnya. 

 

 Langkah 4 – Menuangkan (2) ke dalam (3) 

 

1. Setelah semua minyak itu telah larut, padamkan api, alihkan periuk dan biarkan suhu menurun 38oC. 

2. Tuangkan lye susu kambing perlahan-lahan ke dalam periuk dan kacau dengan menggunakan sudip kayu selama 3 minit, rehat 30 saat dan kacau lagi 3 minit, rehat 30 saat dan kacau 3 minit lagi. Anda akan dapati Bubur Sabun terbentuk dengan baik sekali. 

3. Tuangkan minyak wangi pilihan anda dan kacau sekali. 

4. Tuang Bubur Sabun itu ke dalam ACUAN yang telah dilapis dengan plastik nipis. Untuk bentuk bulat boleh gunakan paip pvc garispusat 2”. 

5. Biarkan Bubur Sabun itu untuk membeku semalaman. 

6. Keesokkan harinya, keluarkan dan potong menggunakan pisau nipis atau jaluran dawai.

7. Rehatkan ketulan sabun di atas rak di tempat teduh selama 4 minggu untuk proses SEJATPULIH.

8. Bungkus sabun anda di dalam bungkusan kreatif anda.

9. Perkenalkan sabun buatan anda kepada kawan-kawan.

 

 

http://carabuatsabun.blogspot.com

 

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *