Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.
Selasa, 11 November 2014
Sejarah Pembuatan Sabun Moden
Castile Soap kemudian dihasilkan di Eropah pada kurun ke 16. Sabun castile ini masih popular dan dibuat eksklusifnya dari minyak tumbuhan berbanding dengan penggunaan lemak haiwan.
Sabun Bronner sebagai contoh dibuat berdasarkan minyak hemp dengan campuran minyak jojoba.
Dalam zaman moden ini, penggunaan sabun telah meluas kerana pengetahuan mengenai peranan kebersihan dalam mengurangkan saiz populasi organisma patogenik.
Pengeluaran sabun buku yang pertama secara besar-besaran mula berlaku pada kurun ke 19 dan pada waktu itu juga pengiklanan produk sabun ini mula berkembang.