Sabtu, 31 Januari 2015

Sejarah Sabun Saintis Islam


Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur dengan Lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah.

Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra. Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab.

Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur. Pada tahun 981AD, sabun dijual pada harga 3 dirham.

Ahli kimia dari Parsi iaitu Al-Razi menulis satu manuskrip berkenaan resipi sabun yang asal.

Manuskrip yang ditemui telah ditulis pada kurun ke 13 yang memperincikan resipi membuat sabun. Contohnya; sedikit minyak bijan, renjisan potash, alkali dan sedikit kapur, yang dicampur semuanya dan dididihkan. Setelah masak, tuang dalam acuan dan membiarkannya menyejuk dan mengeras.


 

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *