Sabtu, 11 Mac 2017

Belajar Buat Produk Dan Mulakan Bisnes Anda

PRAKTIKAL

Latihan praktikal disediakan untuk yang berminat.


Dapatkan ilmu pembuatan pelbagai produk pengguna secara praktikal. Anda boleh belajar secara individu atau berkumpulan untuk mendapat latihan secara praktikal bagaimana membuat atau menghasilkan produk pengguna, antaranya ialah:-



•Produk-produk kegunaan SPA: Facial Masks,Massage Lotion & Creams, Astringent & Toners, Bath Products dll.
•Pelbagai kosmetik: Facial Serum, Skin Whitening Cream, Facial Wash Cream, Lotion,dll.
•Toileteris: Sabun Mandi, Krim Mandian,Syampu Rambut, Ubat Gigi, Hands Sanitizer,dll.
•Bahan cucian pembasmi jangkitan (disinfectant cleaners).
•Bahan cucian lantai & pencuci karpet (floor & carpet cleaners).
•Bahan pencuci industri makanan (food industry cleaners).
•Bahan cucian am & untuk kegunaan industry (general & industrial cleaners).
•Sabun pencuci pakaian, pelembut pakaian, bleach & peluntur (laundry products).
•Bahan pencuci logam & degreaser (metal cleaners & degreasers).
•Produk pencuci kenderaan pengangkutan (transportation cleaning products).
•Pencuci gelas tingkap (window & glasscleaners).
•Produk-produk Aromathraphy
•Pewangi penyegar udara (air freshener).



 Pilih kursus untuk produk yang anda minati. Setiap sesi kursus lengkap untuk penghasilan produk tersebut mengambil masa antara 3 hingga 5 jam, iaitu bergantung kepada jenis produk itu diproses/dibuat supaya anda dapat memahami kaedah dan berkebolehan menggunakan teknik menghasilkan produk itu. Sesi Kursus akan dilaksanakan seperti berikut:



1. Nota Pelajaran, peralatan dan bahan-bahan mentah untuk diproses bagi pembuatan produk diedarkan kepada anda dan ANDA akan membaca nota latihan itu sepintas lalu.



2. Pengajar memberikan keterangan dan disemak oleh ANDA supaya ANDA benar-benar memahami isi kandungan nota latihan.



3. ANDA mengenali satu demi satu bahan-bahan mentah yang digunakan untuk membuat produk itu sambil meneliti mengenali bahan-bahan mentah tersebut.



4. Pengajar menerangkan formula/resipi sesuatu produk untuk supaya ANDA fahami dan seterusnya menunjukkan terus secara praktikal menyukat dan menimbang bahan-bahan yang digunakan mengikut formula/resipi pembuatan produk. Seterusnya; ANDA menjalani latihan secara hands-on experience menghasilkan produk dengan diselia serta dibimbing oleh pengajar.



5. Sesi dialog mengakhiri pelajaran khusus bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ANDA, dan penerangan diberi kepada ANDA di manakah ia boleh mendapatkan bahan-bahan yang digunakan itu jika ia nanti mahu menghasilkan sendiri produk itu di rumah atau secara Industri Kecil dan Sederhana nanti.



Pada amnya kebanyakan produk pengguna boleh dihasilkan secara kecil-kecilan dahulu tanpa perlu menggunakan mesin-mesin; sekiranya sekali proses membuatnya adalah untuk menghasilkan sebanyak 50 kg bagi satu regu (batch), sebagai industri kecil di rumah sendiri; di mana ia boleh dihasilkan tanpa menggunakan mesin. ANDA boleh bermula dengan kos yang paling minima.



Anda boleh membuat produk yang yang dipelajari dengan mudah dan berkualiti, serta menghasilkan pengeluaran untuk dipasarkan; atau melibatkan diri menghasilkan produk sebagai kegiatan home-based industry atau menceburkan diri dalam bidang keusahawanan pembuatan produk pengguna sendiri secara Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) dan berkembang menjadi pemilik industry berjaya ke tahap global.


Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *