BAHAN UNTUK
MEMBUAT SABUN MANDI
Bahan
utama pembuatan untuk menghasilkan sabun mandi adalah minyak, alkali, dan air.
Ada
pelbagai jenis minyak yang tersedia untuk pembuatan sabun. Dengan mengetahui sifat-sifat
setiap minyak anda boleh menentukan kombinasi mana yang paling baik untuk
pilihan kulit pengguna. Penggunaan minyak yang dinyatakan dalam blog ini hanya
sebagai panduan.
Untuk
lebih jelas, terdapat banyak artikel berhubung berbagai macam minyak serta bahan
lain yang diperlukan dalam menghasilkan produk sabun yang berkualiti.
1.
Minyak
Kelapa
(Coconut Oil), memberikan buih yang melimpah pada sabun mandi dan juga menyumbang
terhadap tahap kelembutan sabun ketul.
Kelapa
Sawit (Palm Oil), merupakan minyak utama dalam pembuatan sabun, sebilangan
besar pembuat sabun konvensional menggunakan minyak kelapa sawit. Minyak kelapa
sawit memberikan kekerasan pada sabun mandi dan mempercepat proses
saponifikasi.
Zaitun
(Olive Oil), merupakan minyak yang penting dalam sabun kerana memberikan
kelembutan pada kulit dan memberikan kesan kemewahan.
2. Alkali
(NaOH)
Natrium
Hidroksida (NaOH) digunakan untuk membuat sabun ketul. Gunakan NaOH yang tulin
dengan bentuk kepingan atau pellet, bukan yang sudah dilarutkan.
3.
Air
Air
digunakan untuk melarutkan NaOH. Sebaiknya gunakan air yang benar-benar murni
H2O cari Air Suling / Air, Demineralisasi (Demineralized Water) / Deionized
Water tanpa ada tambahan mineral yang lainnya. Elak daripada anda menggunakan
air telaga, perigi, tasik atau air yang dipam dari perut bumi.
#carabuatsabun