Memaparkan catatan dengan label kelorok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelorok. Papar semua catatan

Sabtu, 8 November 2014

Cara Membuat Peluntur - Kelorok

Saya pernah mengenali seorang pembuat peluntur di tempat saya. Seorang lelaki berbangsa cina, saya tidak tahu nama sebenarnya tetapi saya hanya panggil namanya Ahong, disebabkan isterinya adalah balu Ah Hong. Saya pula pernah belajar sekelas di Tingkatan Lima bersama anak lelaki Ah Hong bernama Chiu.

Ahong memberitahu saya, dia membuat peluntur menggunakan bahan kimia yang berkualiti yang diimport dari negeri China. Pada waktu itu dia membuat perusahaan peluntur di Kg Tok Kaya, Kuala Terengganu dengan menggunakan jenama Kelorok Kita dan memakai cap penyu. Dijual dalam botol plastik seperti peluntur-peluntur yang terkenal di pasaran.

Ahong pernah membuat demonstrasi kepada saya bagaimana jeragat pada kopiah dapat dihilangkan dengan mudah menggunakan peluntur buatannya.

Ahong menjual pelunturnya dari rumah ke rumah dan perniagaannya berkembang maju. Beberapa tahun kemudian apabila saya bertemu Ahong, dia telah bertukar ke bidang lain memandangkan usianya yang semakin tua dan anak-anaknya pula telah memilih bidang lain.

Perniagaan pelunturnya telah dijual kepada seorang pengusaha Melayu yang menjalankan pembuatan peluntur di Kuala Ibai. Kini saya tidak bertemu lagi produk tersebut di pasaran, tidak diketahui sama ada masih ada lagi atau tidak ataupun perusahaan ini telah menggunakan nama lain.

Kepada sesiapa yang masih ada dalam simpanan peluntur Kelorok Kita; atau gambar produk tersebut bolehlah berkongsi.

FORMULA MEMBUAT PELUNTUR

Bahan-bahannya:

Sodium Hypochlorite - 117.5 g
Sodium Hydroxide - 47.5 g
Sodium Bicarbonate - 35 g
Air Suling - 2.3 kg

Cara Membuat:

1. Sediakan larutan Sodium Bicarbonate dengan melarutkannya dengan air suling terlebih dahulu.
2. Dalam baldi besar yang lain, gaulkan dahulu Sodium Hypochlorite dan Sodium Hydroxide sehingga rata.
3. Tuangkan larutan Sodium Bicarbonate yang telah disediakan perlahan-lahan ke dalam baldi yang mengandungi campuran Sodium Hypochlorite dan Sodium Hydroxide. Kacau dengan menggunakan sudip plastic atau kayu hingga sebati.
4. AWAS: Kacau perlahan-lahan, jangan gopoh, percikan larutan boleh mencederakan mata.
5. AWAS: Gas yang dikeluarkan adalah beracun dan boleh menyebabkan seseorang itu pengsan. Elakkan diri anda daripada menghidu gas yang dikeluarkan.
6. Biarkan larutan stabil dan tiada lagi gas yang dikeluarkan sebelum dibotolkan.

AMARAN (LANGKAH KESELAMATAN)

1. Anda mestilah memakai sarung tangan getah, kasut but getah, baju berlengan panjang, cermin mata keselamatan dan memakai apron.
2. Pembuatan peluntur hendaklah dibuat di kawasan yang terbuka dan terlindung dan jauh dari rumah jiran.
3. Pastikan tiada kanak-kanak atau haiwan perliharaan ketika anda bekerja menggunakan bahan-bahan kimia ini atau di tempat anda menyimpan bahan-bahan ini.
4. Sediakan sebotol cuka makan untuk meneutralkan bahagian badan atau tempat-tempat yang terkena larutan beralkali ini dan dibilas dengan air yang banyak.
5. Ketika mengacau larutan, pastikan anda kacau dengan perlahan-lahan dan berhati-hati, elakkan bahaya percikan larutan yang boleh mencederakan mata.
6. Gas yang dikeluarkan adalah beracun dan boleh menyebabkan seseorang itu pengsan. Oleh itu elakkan diri anda daripada menghidu gas yang dikeluarkan.
7. Larutan yang dicampur untuk menghasilkan peluntur ini akan mengeluarkan haba dan panas serta boleh menyebabkan kulit terbakar dan melecur.
8. Simpan dalam bekas yang dilabelkan dan diletakkan di tempat yang jauh dari kanak-kanak.
9. Gunakan botol plastic seperti botol peluntur dan jangan diisi penuh, biarkan ada ruang kosong dalam botol untuk kelegaan gas.
10. UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA.

Formula di atas ini adalah formula untuk anda menghasilkan 2.5 kg peluntur buatan sendiri. Bagi pengeluaran secara industry banyak perkara yang perlu anda ketahui. Untuk maklumat selebihnya KLIK CARA MEMBUAT SABUN.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *