Memaparkan catatan dengan label sejarah sabun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah sabun. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2016

Sejarah Pembuatan Sabun Moden

Castile Soap kemudian dihasilkan di Eropah pada kurun ke 16. Sabun Castile ini masih popular dan dibuat eksklusifnya dari minyak tumbuhan berbanding dengan penggunaan lemak haiwan. Sabun Bronner sebagai contoh dibuat berdasarkan minyak jojoba.

Dalam masa moden ini, penggunaan sabun telah meluas kerana pengetahuan mengenai peranan kebersihan dalam mengurangkan saiz populasi organisma patogenik. Pengeluaran sabun ketul yang pertama secara besar-besaran mula berlaku pada kurun ke 19 dan pada waktu itu pengiklanan produk ini mula berkembang.

Jumaat, 6 November 2015

Sabun

Sabun adalah bahan yang sangat penting pada setiap hari dalam kehidupan manusia. Dalam zaman yang serba canggih ini boleh dikatakan tidak ada manusia yang tidak mengenali sabun. Begitulah penting kegunaan sabun diseluruh dunia. Sebagai mana pentingnya makanan untuk kehidupan manusia, begitulah pentingnya sabun untuk membersihkan tubuh badan kita serta kain baju dan sekeliling kita.

Pada zaman dahulu manusia yang hidup dalam hutan dan gua tanpa makanan yang cukup dan membersihkan diri seperti orang purba. Mereka tinggal jauh dari manusia biasa dan tidak bezanya bagi mereka yang juga suka hidup tanpa kebersihan. Kebersihan adalah asas keimanan.

Jumaat, 7 November 2014

SEJARAH SABUN

Manusia telah mengenali kebersihan sedari awal lagi. Air digunakan sebagai bahan utama untuk mencuci, misalnya membersihkan anggota badan yang terkena kekotoran seperti lumpur, darah dan sebagainya. Bukti awal purba yang ditemui melalui ekskavasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa bahan seumpama sabun telah dibuat sekitar 2800 SM di Babylon. Formula seumpama sabun menunjukkan bahan tersebut mengandungi air, alkali dan minyak cassia yang tercatat pada kepingan tanah liat sekitar 2200 SM.

Manakala catatan pada Papyrus Eber di Mesir iaitu dokumen kesihatan pula sekitar 1550 SM menunjukkan orang-orang Mesir purba telah mandi dengan menggunakan bahan lemak dari haiwan , minyak tumbuhan dan garam alkali yang dibuat seperti bahan sabun. Dokumen Mesir Purba juga telah mencatatkan penggunaan bahan seumpama sabun ini digunakan dalam penyediaan bulu haiwan untuk tujuan menenun pakaian.

Dalam catatan sejarah Rom pula, ketika pemerintahan Pompeii pada 79 AD, bahan seumpama sabun ini telah dibuat secara pengilangan. Bagaimanapun, penyataan ini agak keliru terhadap bermulanya penggunaan bahan sabun mineral. Dalam pada itu, terdapat bukti soapstone telah digunakan di Fullonica untuk pembersihan dan membersihkan tekstil.

Menurut lagenda Rom, sabun mendapat namanya dari Gunung Sapo, di mana tempat haiwan dikorbankan. Hujan yang turun akan mengalirkan air ke bawah dan turut membawa bersama lemak haiwan, lilin dan habuk dari kayu yang dibakar. Air hujan telah membuatkan bahan-bahan tadi bercampur dan menuruni gunung lalu mengalir sepanjang sungai Tiber. Wanita yang menggunakan air untuk membersihkan pakaian di sepanjang sungai itu mendapati air dari sungai yang mengandungi bahan seperti lilin itu telah mendapati kerja membersihkan pakaian yang kotor menjadi lebih mudah.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *