Ahad, 9 November 2014

Rahsia Sabun Homemade



Kini dengan mempunyai pengetahuan anda boleh menjana pendapatan dengan membuat sabun anda sendiri di rumah dengan lebih hebat dan menarik dengan ramuan pilihan anda seperti Marine Collagen, Vitamin C, Vitamin E, Orange Oil, Grapeseed Oil, Sweet Almond Oil, dan pelbagai Jenis Herba. 

Jadikanlah pembuatan sabun secara homemade sebagai hobi yang menjadi satu daripada sumber pendapatan sampingan atau tambahan anda. 

Tidak rugi untuk memiliki ilmu pengetahuan. Kesemua ini akan menjadi sesuatu yang menarik setelah anda memilikinya.


Merebut Peluang Untuk Berjaya

Peluang keemasan muncul dalam hidup kita tanpa kita menyedari akan peluang yang baik itu. Peluang itu mungkin muncul pada hari ini, esok atau pada bila-bila masa sahaja. Memang banyak peluang yang datang tapi ianya mungkin akan berlalu begitu saja jika kita tidak mengambil peduli secara rinci hakikatnya.

Dalam masa ini, ramai orang yang sedar kewujudan peluang tetapi membiarkan peluang itu pergi dengan anggapan ianya adalah suatu masalah yang baru. Jangan sesekali anda berkata hanya menyedari yang anda telah terlepas peluang yang sangat berharga dalam hidup anda.

Dengan peluang yang ada, mencipta peluang untuk orang lain juga adalah satu perkara yang baik. Jika anda memiliki ilmu untuk membina sebuah perniagaan atau apa sahaja bentuk peluang mencari rezeki, dengan membuka peluang pekerjaan kepada orang lain secara tidak langsung anda telah membantu orang lain dengan ilmu yang bermanaat.

Sabtu, 8 November 2014

Pelembut Kain Dengan Wangian Pilihan



Pelembut kain atau softener akan menjadikan kain, tuala atau pakaian anda lebih lembut dan segar dengan wangian pilihan, selain mencegah kerutan pada kain ianya juga dapat memudahkan kerja-kerja menyeterika pakaian.

Dengan menggunakan pelembut kain pada bilasan terakhir ketika anda membasuh pakaian ianya pasti dapat menjimatkan bil elektrik anda.

Kemahiran membuat pelembut kain dapat menjimatkan perbelanjaan dapur malah anda juga dapat mengeluarkan pelembut kain atau softener jenama anda sendiri.

Untuk mengetahui cara-cara membuatnya; klik Pelembut Kain / Softener

Seni ukir sabun

FRUITALE, rangkaian sabun kecantikan yang ceria berusaha mempopularkan dan memelihara seni kraf tangan sabun, satu tradisi Melayu yang digunakan sebagai hantaran perkahwinan.

Jenama berkenaan telah mengadakan Peraduan Kraf Sabun Buah Hatiku buat kali pertama dari Oktober hingga November, berjaya menarik minat sebanyak 350 penyertaan dari semua lapisan masyarakat seluruh negara yang mahu meluahkan perasaan kepada buah hatinya menerusi hasil kraf tangan masing-masing.

Sepuluh finalis telah menonjolkan bakat rekaan dan gubahan untuk memenangi hadiah wang tunai dan produk-produk bernilai lebih RM7,000 pada satu majlis yang meriah di Mydin Mall USJ, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kejutan terbesar dan agak luar biasa adalah apabila peserta lelaki, Wong Siew Keong, 37, yang bertugas sebagai eksekutif jualan di sebuah syarikat fesyen, diumumkan sebagai pemenang selepas dia berjaya mengatasi cabaran sengit daripada pencabar wanita lain.

Dia menampilkan rekaan bertemakan keindahan taman yang direka khas buat isteri tercinta yang sudah bersamanya sejak 13 tahun lalu.

"Isteri saya menjalankan perniagaan membuat hantaran untuk majlis perkahwinan atau pertunangan dan saya ada membantunya terutama ketika terlalu banyak tempahan.

" Bagaimanapun saya tidak pernah membuat sendiri semua rekaan atau gubahan berkenaan sebelum ini.

Dia mendapat tahu mengenai peraduan itu daripada rakan dan memujuk saya menyertai pertandingan ini," katanya sambil tersenyum malu.

Baginya seni mengukir sabun adalah suatu hobi pada masa lapang yang menarik kerana ia memerlukan ketelitian dan kehalusan seni kerja tangan.

Sementara itu, Noraniza Jamil, 21 dari Tangkak Johor yang mengusahakan perniagaan sendiri mengkhusus dalam rekaan seni sabun buku, meraih tempat kedua untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000, manakala pereka sambilan, Fanny Phang Pit Fun, menduduki tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM 800.

Menurut Pengurus Produk Lam Soon (Bahagian Penjagaan Diri dan Produk Isirumah), Angeline Sim, pertandingan tersebut bertujuan menghidupkan tradisi kraf tangan di samping memupuk inovasi dan eksperimentasi terhadap kegunaan yang baru.

"Tradisi kraf tangan haruslah berkembang selari dengan perkembangan masa dan juga relevan supaya lebih ramai orang akan mengambil hobi ini serta kemahirannya tidak akan hilang," katanya.

Dipetik dari megaMODE m/s 8 Utusan Malaysia, Khamis 23/12/2010

Pelajarilah cara membuat sabun untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.

Sejarah Sabun Islam


Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah. Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra.

Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab. Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur.


Pada tahun 981AD, sabun yang dijual pada harga 3 dirham. Ahli kimia dari Parsi iaitu Al-Razi menulis satu manuskrip berkenaan resipi sabun yang asal. Manuskrip yang ditemui telah ditulis pada kurun ke 13 yang memperincikan resipi membuat sabun: Contohnya:- sedikit minyak bijan, renjisan potash, alkali dan sedikit kapur, yang dicampur semuanya dan dididihkan. Setelah masak, bubur sabun tadi dituang dalam acuan dan dibiarkannya menyejuk dan mengeras.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *