Memaparkan catatan dengan label cara membuat sabun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara membuat sabun. Papar semua catatan

Ahad, 28 November 2021

Karakteristik dari Jenis-jenis Sabun Mandi

Karakteristik dari Jenis-jenis Sabun Mandi

1. Sabun ketul

Sabun ketul merupakan salah satu jenis sabun mandi yang paling popular. Harganya yang murah dan penyimpanannya yang mudah, membuat sabun jenis ini digemari masyarakat. Jenisnya pun pelbagai, mulai dari sabun ketul yang mengandung antibakteri hingga sabun ketul yang berfungsi sebagai pelembap kulit. Kelebihan utama sabun ketul terletak pada nilai hematnya, sehingga sesuai digunakan anda yang menjadikan bajet sebagai faktor utama dalam memilih sabun. Selain harganya lebih murah, sabun ketul juga tidak mudah habis dan lebih tahan lama. Namun, jenis sabun ini kurang sesuai digunakan untuk mencuci tangan dan muka dalam jangka panjang. Sebab, kandungan bahan pelembapnya tidak banyak sehingga berisiko membuat kulit muka dan tangan menjadi kering.

2. Sabun Cair

Jenis sabun mandi lainnya yang tidak kurang popular adalah sabun cair. Sabun mandi ini disukai kerana penggunaannya lebih praktikal dan nilai hygeinnya lebih terjamin. Anda boleh membeli sabun cair dalam botol atau paket isi semula sesuai keperluan. Teksturnya tetap kental dan wangi hingga sampai habis. Sifat tersebut tentu berbeza dengan sabun mandi ketul yang aromanya mulai berkurang ketika ukurannya mengecil. Fungsi sabun cair sebenarnya sama seperti sabun ketul, hanya berbeda bentuk saja. Terkadang, sabun cair juga mengandungi scrub yang berfungsi mendukung proses eksfoliasi atau menanggalkan sel-sel kulit mati. Bagi anda yang minitikberatkan nilai yang praktikal dan efisien sebagai pertimbangan, memilih sabun mandi jenis sabun cair adalah amat tepat.

3. Sabun Mandi Khusus

Seperti namanya, sabun mandi jenis ini diperuntukkan khusus bagi orang-orang yang mengidap penyakit kulit tertentu seperti ekzema dan alergi. Biasanya, sabun mandi khusus mengandung bahan dasar glycerin atau gula sehingga warnanya transparan. Ada pula sabun mandi dengan kandungan sulfur atau belerang yang efektif mengatasi sejumlah masalah kulit. Bahan-bahan herbal lainnya juga kerap ditambahkan untuk membuat sabun mandi khusus lebih bermanfaat mengatasi masalah kesihatan kulit. Meskipun begitu, sabun jenis ini tidak disarankan untuk dijadikan sabun mandi sehari-hari apabila kulit anda berada dalam kondisi normal. Sebab, kandungan bahan kimia tambahan yang dihadirkan untuk manfaat perubatan, justru boleh mempengaruhi keadaan kulit normal anda.

4. Sabun Antibakteria

Sesuai namanya, sabun antibakteria dirancang dengan manfaat utama efektif membunuh bakteria dan jenis mikroorganisma lainnya pada kulit anda. Selain itu, sabun antibakteria juga baik untuk mengurangkan jerawat atau ruam peluh yang sering timbul di kulit punggung atau lengan atas. Dalam memilih sabun antibakteria, ada baiknya anda juga mempertimbangkan teknologi dan formula yang digunakan. Kemajuan penyelidikan dan pembangunan semakin banyak penemuan formula yang semakin baik, kemampuan sabun antibakteria untuk membasmi kuman penyebab penyakit juga akan menjadi semakin cekap.


INGIN EBOOK LENGKAP?

#carabuatsabun

Jumaat, 5 April 2019

Pendapatan lumayan kraftangan bunga sabun.



Sabun adalah pelengkap dalam kehidupan; penjagaan kebersihan untuk kesihatan manusia. Kini disebabkan peribadi sabun itu sendiri wangi dan membersih ia dijadikan kraftangan bunga sabun untuk diabadikan sebagai cenderahati perkahwinan. Aktiviti ini selain dilihat sebagai nilai tambah ianya juga mampu memberikan tambahan pendapatan yang agak lumayan dengan jayanya kepada surirumah yang aktif mengusahakannya.

Setiapkali tiba musim cuti persekolahan, kenduri perkahwinan dibuat merata tempat dan permintaan untuk memenuhi keperluan cenderahati akan meningkat sehingga puluhribuan unit. Bayangkan tambahan pendapatan yang bakal dijana dengan sedikit pelaburan modal. Hanya sedikit sahaja pelaburan, usaha anda bakal meraih keuntungan.

Ahad, 3 Mac 2019

MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN KEMAHIRAN



Pelajari bagaimana anda boleh memulakan usaha untuk membuat sabun dan menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Meskipun ramai orang mempunyai idea yang sama mencari sumber pendapatan tetapi kreativiti anda untuk mendapat keuntungan lumayan melalui sabun akan terserlah apabila anda telah mula membuatnya.

Khamis, 1 Jun 2017

FORMULA UNTUK MEMBUAT SABUN

Sabun Pears adalah antara sabun hebat dan mempunyai sejarahnya sendiri. Sejak ianya dipasarkan sehingga kini nama Pears terus berada di pasaran. Anda akan berpuashati apabila menggunakan sabun Pears.




Bukan hanya Pears, anda juga boleh berjaya. Membina jenama dan terus berada di pasaran dan memiliki perniagaan yang diwarisi.

Anda juga boleh membuat sabun mandi sendiri yang sangat menarik, ini satu contoh formula mudah. Untuk membuat sabun yang boleh memasuki pasaran. Banyak lagi perkara yang perlu anda pelajari untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa dan ianya memerlukan azam dan kesungguhan.

 

Bahan-bahan:

Minyak Kelapa Sawit
Minyak Zaitun
Lye
Minyak wangi pilihan
Bahan Pengisi - untuk jenis sabun eksklusif anda
Pewarna pilihan

Cara-cara Membuatnya: 

1. Penyediaan larutan Lye dibuat dengan menyukat air suling dalam sebuah jag plastik bermuncung. Kemudian;

2. Timbang Natrium Hidroksid dan masukkan ke dalam air suling. (Ingat masukkan Natrium Hidroksid ke dalam air bukan sebaliknya).

3. Gunakan sudip plastik dan kacau sehingga larut.

Rabu, 28 September 2016

Sabun Transparen


Sesuai untuk dijadikan cenderahati untuk kenangan pelbagai majlis seperti harijadi, perkahwinan dan sebagainya.


Menarik dan hasilkan pelbagai ciptaan anda.

Bahan-bahannya:
(Untuk sukatan dan maklumat, sila klik)

Tallow fatty acid / Lemak haiwan
Minyak Kelapa Sawit
Minyak Jarak
Lye
Ethanol
Gliserin
Larutan Gula
Pewangi Pilihan Anda.

Cara Membuat:

1. Sediakan larutan lye terlebih dahulu dengan mencampurkannya dan biarkan menyejuk hingga 60OC.

2. Campurkan Lemak Haiwan, Minyak Kelapa Sawit dan Minyak Jarak, panaskan dan kacau sehingga minyak melarut, kemudian campurkan larutan gula dan kacau hingga sebati.

3. Dalam bekas yang lain campurkan Larutan Lye yang telah disediakan dengan Ethanol, larutkan dan tuang dengan berhati-hati ke dalam adunan No.2.

4. Kacau sehingga menjadi bubur sabun, kemudian masukkan pewarna dan kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewangi dan kacau sekali.

5. Tuang bubur sabun ke dalam acuan dan biarkan ianya membeku semalaman.

DAPATKAN EBOOK ANDA SEKARANG.................

Ahad, 16 November 2014

Langkah Menuju Kejayaan Ialah Memulakannya



Kejayaan sesuatu usaha adalah bermula dengan diri anda. Kesanggupan anda untuk memulakan langkah yang pertama. Mana mungkin anda mampu berbuat sabun tanpa anda memiliki pengetahuan tentang cara-cara membuat sabun.

Lever Brother mencapai kejayaan sebagai sebuah syarikat antarabangsa bermula dengan langkah pertama William Lever. Bermula dengan suatu yang dianggap kecil pada mulanya tetapi ianya adalah suatu perniagaan yang mempunyai peluang untuk membina gagasan lebih besar.

Sesuatu yang dimulakan secara kecil-kecilan akan memiliki peluang terancang untuk menjadi bertambah besar melalui penambahbaikan. Kelemahan yang dikenalpasti dapat diatasi dengan lebih cekap melalui langkah-langkah pencegahan bagi mengelak kesilapan yang sama berulang.

Seterusnya, dalam masa yang sama anda dapat memahami selok-belok perniagaan yang anda ceburi. Memenuhi permintaan pelanggan terhadap produk sabun keluaran anda.


Suka saya nyatakan di sini dengan masa yang terluang yang anda ada sekarang, jika anda berminat jadikanlah ianya suatu usaha yang bakal memacu anda ke puncak jaya. Suatu masa nanti akan tiba pula masanya untuk jenama sabun anda menerajui pasaran sabun dunia.

Rabu, 12 November 2014

Cara Buat Sabun



Pembuatan sabun sendiri dapat mengelakkan anda dari bahan-bahan sintetik yang tersembunyi dalam sabun yang dikeluarkan secara komersial, adakalanya bahan wangian atau tambahan yang digunakan boleh menyebabkan gangguan hormon, antara lain-lain kesan dan mungkin tidak begitu sesuai pada kulit atau badan anda.

Mari kita gunakan dan galakkan penggunaan sabun buatan sendiri. Apa yang penting dan mendapat manfaat tambahan rangsangan imun sistem, detox, kulit yang jelas, dan daya hidup sel anda.

Elakkan tubuh badan anda tertipu dengan bahan-bahan yang boleh merosakkan sistem imunisasi badan dan jalanilah kehidupan sihat berkualiti.

Pelajarilah cara membuat sabun dan dapatkan maklumat lebih secara interaktif melalui blog kedua yang saya sediakan untuk anda yang memiliki ebook ini.
http://bubursabun.blogspot.com

Sabtu, 8 November 2014

Seni ukir sabun

FRUITALE, rangkaian sabun kecantikan yang ceria berusaha mempopularkan dan memelihara seni kraf tangan sabun, satu tradisi Melayu yang digunakan sebagai hantaran perkahwinan.

Jenama berkenaan telah mengadakan Peraduan Kraf Sabun Buah Hatiku buat kali pertama dari Oktober hingga November, berjaya menarik minat sebanyak 350 penyertaan dari semua lapisan masyarakat seluruh negara yang mahu meluahkan perasaan kepada buah hatinya menerusi hasil kraf tangan masing-masing.

Sepuluh finalis telah menonjolkan bakat rekaan dan gubahan untuk memenangi hadiah wang tunai dan produk-produk bernilai lebih RM7,000 pada satu majlis yang meriah di Mydin Mall USJ, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kejutan terbesar dan agak luar biasa adalah apabila peserta lelaki, Wong Siew Keong, 37, yang bertugas sebagai eksekutif jualan di sebuah syarikat fesyen, diumumkan sebagai pemenang selepas dia berjaya mengatasi cabaran sengit daripada pencabar wanita lain.

Dia menampilkan rekaan bertemakan keindahan taman yang direka khas buat isteri tercinta yang sudah bersamanya sejak 13 tahun lalu.

"Isteri saya menjalankan perniagaan membuat hantaran untuk majlis perkahwinan atau pertunangan dan saya ada membantunya terutama ketika terlalu banyak tempahan.

" Bagaimanapun saya tidak pernah membuat sendiri semua rekaan atau gubahan berkenaan sebelum ini.

Dia mendapat tahu mengenai peraduan itu daripada rakan dan memujuk saya menyertai pertandingan ini," katanya sambil tersenyum malu.

Baginya seni mengukir sabun adalah suatu hobi pada masa lapang yang menarik kerana ia memerlukan ketelitian dan kehalusan seni kerja tangan.

Sementara itu, Noraniza Jamil, 21 dari Tangkak Johor yang mengusahakan perniagaan sendiri mengkhusus dalam rekaan seni sabun buku, meraih tempat kedua untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000, manakala pereka sambilan, Fanny Phang Pit Fun, menduduki tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM 800.

Menurut Pengurus Produk Lam Soon (Bahagian Penjagaan Diri dan Produk Isirumah), Angeline Sim, pertandingan tersebut bertujuan menghidupkan tradisi kraf tangan di samping memupuk inovasi dan eksperimentasi terhadap kegunaan yang baru.

"Tradisi kraf tangan haruslah berkembang selari dengan perkembangan masa dan juga relevan supaya lebih ramai orang akan mengambil hobi ini serta kemahirannya tidak akan hilang," katanya.

Dipetik dari megaMODE m/s 8 Utusan Malaysia, Khamis 23/12/2010

Pelajarilah cara membuat sabun untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *