Memaparkan catatan dengan label lye. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lye. Papar semua catatan

Khamis, 1 Jun 2017

FORMULA UNTUK MEMBUAT SABUN

Sabun Pears adalah antara sabun hebat dan mempunyai sejarahnya sendiri. Sejak ianya dipasarkan sehingga kini nama Pears terus berada di pasaran. Anda akan berpuashati apabila menggunakan sabun Pears.




Bukan hanya Pears, anda juga boleh berjaya. Membina jenama dan terus berada di pasaran dan memiliki perniagaan yang diwarisi.

Anda juga boleh membuat sabun mandi sendiri yang sangat menarik, ini satu contoh formula mudah. Untuk membuat sabun yang boleh memasuki pasaran. Banyak lagi perkara yang perlu anda pelajari untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa dan ianya memerlukan azam dan kesungguhan.

 

Bahan-bahan:

Minyak Kelapa Sawit
Minyak Zaitun
Lye
Minyak wangi pilihan
Bahan Pengisi - untuk jenis sabun eksklusif anda
Pewarna pilihan

Cara-cara Membuatnya: 

1. Penyediaan larutan Lye dibuat dengan menyukat air suling dalam sebuah jag plastik bermuncung. Kemudian;

2. Timbang Natrium Hidroksid dan masukkan ke dalam air suling. (Ingat masukkan Natrium Hidroksid ke dalam air bukan sebaliknya).

3. Gunakan sudip plastik dan kacau sehingga larut.

Khamis, 17 Mac 2016

Bahan Kimia Untuk Sabun




Untuk membuat sabun tiga bahan yang paling penting diperlukan ialah ;

1. Minyak
2. Lye
3. Air bersih

Sabun tidak dapat dibuat tanpa tiga bahan itu. Manakala, untuk membuat sabun secara kecil-kecilan atau industri kecil dengan pelaburan sedikit modal, tiga bahan tambahan yang diperlukan ialah :-

1. Agen pengisi
2. Pewarna
3. Wangian

Bahan-bahan tersebut digunakan dalam pembuatan sabun. Wangian digunakan dalam pembuatan sabun wangi mandi dan tidak perlu dalam sabun mencuci kain. Pengisi sabun hanya digunakan dalam sabun murah sahaja. Pembuat sabun putih tidak menggunakan warna.

Senarai pembekal bahan kimia ada saya letakkan dalam blog yang kedua saya, akses akan diberikan kepada setiap pembeli ebook.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *