Isnin, 10 November 2014

Sabun Berubat Herba Serai Wangi



Sabun Berubat Herba Serai Wangi Afizar SB kini telah mempunyai pengguna setia. Sabun ini yang diperkaya dengan Serai Wangi, Minyak Zaiton dan Peppermint di samping mengandungi ekstrak Mentimun dan Aloe Vera.

Sabun ini sesuai untuk semua jenis kulit walaupun pengkhususannya adalah kepada masalah kulit berminyak, berjerawat dan berpenyakit resdung, tetapi dengan kehadiran Minyak Zaiton, ekstrak Mentimun dan Aloe Vera dapat merawat kerosakan kulit dan seterusnya memberikan kelembutan, kelembapan dan keanjalan kepada kulit.

Untuk keterangan lanjut layari; SERAI WANGI AFIZAR

SEJATPULIH

SEJATPULIH – Sejatpulih ialah proses penyejatan bagi mengeluarkan lebihan kandungan air ke udara secara perlahan-lahan dan melengkapkan proses saponifikasi sepenuhnya bagi sesuatu tempoh.

Sejatpulih Sabun

1. Setelah bubur sabun terbentuk, anda akan menuangkannya ke dalam ke dalam acuan, tutup dengan tuala atau selimut untuk tempoh pembekuan selama 24 – 48 jam.

2. Gunakan sarung tangan semasa mengeluarkan bongkah sabun dari acuan.

3. Dengan menggunakan pemotong dawai, potong bongkah sabun tersebut kepada saiz produk sabun keluaran anda.

4. Susun ketulan sabun di dalam talam, jarakkan kedudukan antara sabun-sabun tersebut bagi mengadakan ruang agar udara dapat beredar sekeliling sabun.

5. Susunan yang baik akan memberikan luas permukaan yang lebih kepada sabun.

6. Aturkan talam-talam tersebut di atas rak dalam keadaan udara bebas bergerak dan proses sejatpulih sabun sekurang-kurangnya selama 4-6 minggu pada suhu bilik.

7. Rekodkan tarikh anda mula menjalankan sejatpulih pada batch sabun tersebut. Jangan dedahkan sabun kepada pancaran terus cahaya matahari ke atas sabun, kerana ini akan merosakkan kualiti sabun anda.

8. Dalam tempoh sejatpulih ini, lebihan air di dalam sabun akan dilepaskan perlahan-lahan ke udara secara semulajadi.

9. Sabun yang sempurna menjalani sejatpulih ini akan menjadi lebih tahan dan teksturnya sedikit keras dari sebelumnya.

10. Berdasarkan rekod, keluarkan batch sabun yang telah siap menjalani proses sejatpulih dan ianya telah sedia untuk digunakan.

11. Bungkus ketulan sabun tersebut dalam bungkusan yang cantik serta menarik dan anda telah boleh mula memperkenalkannya dan menambah pendapatan anda.

Sejatpulih sabun adalah proses wajib dan ianya mesti dibuat bagi menjamin kualiti sabun yang anda keluarkan.

UNTUK PESANAN SEGERA


INGIN DAPATKAN EBOOK CARA MEMBUAT SABUN DENGAN KADAR SEGERA.

Ebook >>> Dengan kepelbagaian formula untuk anda buat secara kecil-kecilan atau untuk menjadikannya satu industri.

KRIM MANDIAN, CECAIR PEKAT SABUN PENCUCI PAKAIAN, PENCUCI PINGGAN, MANGKUK, PES PENCUCI PINGGAN MANGKUK, SABUN BUKU, SABUN TRANSPARENT,  SABUN UNTUK RAMUAN HERBA,SABUN BUKU BIASA,  PENCUCI PEMBASMI KUMAN, SOFTENER- PELEMBUT KAIN, SABUN BASUH DEBU, CAIR, PEKAT, PEMBERSIH TANGAN DAN FORMULA YANG DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA SERTA PELUANG MEMASARKAN HASILAN PRODUK.

Sekiranya anda ingin menjalani KURSUS atau mendapatkan maklumat membuat Cara Membuat Sabun ini. Anda hanya perlu mengisi borang dibawah dan maklumbalas segera akan dihantar kepada anda secara email atau WhatsApp.

Sebarang pertanyaan khusus boleh di email kepada saya: trilionwan@gmail.com



Mulakan hari ini juga kerana pelanggan sedang menunggu untuk membeli produk anda di pasaran.

PERTANYAAN ANDA foxyform

Kursus Membuat Sabun Anjuran MySabun.com

Peluang mengikuti Kursus Membuat Sabun.






Ahad, 9 November 2014

Wangian Pilihan Anda

Berikut adalah senarai wangian pilihan yang biasa digunakan dalam pembuatan sabun anda.

1. Essence of Cassia.
2. Essence of Citronella
3. Essence of Jasmine
4. Essence of Lavender
5. Essence of Lemon Grass
6. Essence of Musk
7. Essence of Neroli
8. Essence of Rose
9. Essence of Thyme
10. Essence of Sandalwood
11. Oil of Almond
12. Oil of Bergamot
13. Oil of Clove
14. Oil of Geranium
15. Oil of Orange
16. Oil of Peppermint


Jangan sesekali menggunakan wangian yang mengandungi alkohol. Wangian yang mengandungi alkohol akan merosakkan sabun. Bubur Sabun akan terlerai.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *