Sabtu, 31 Januari 2015

Sejarah Sabun Saintis Islam


Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur dengan Lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah.

Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra. Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab.

Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur. Pada tahun 981AD, sabun dijual pada harga 3 dirham.

Ahli kimia dari Parsi iaitu Al-Razi menulis satu manuskrip berkenaan resipi sabun yang asal.

Manuskrip yang ditemui telah ditulis pada kurun ke 13 yang memperincikan resipi membuat sabun. Contohnya; sedikit minyak bijan, renjisan potash, alkali dan sedikit kapur, yang dicampur semuanya dan dididihkan. Setelah masak, tuang dalam acuan dan membiarkannya menyejuk dan mengeras.


 

Jumaat, 30 Januari 2015

Sejarah Penemuan Sabun



Manusia telah mengenali kebersihan sedari awal lagi. Air digunakan sebagai bahan utama untuk mencuci, misalnya membersihkan anggota badan yang terkena kekotoran seperti lumpur, darah dan sebagainya. Bukti awal purba yang ditemui melalui ekskavasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa bahan seumpama sabun telah dibuat sekitar 2800 SM di Babylon. Formula seumpama sabun menunjukkan bahan tersebut mengandungi air, alkali dan minyak cassia yang tercatat pada kepingan tanah liat sekitar 2200 SM.


Manakala catatan pada Papyrus Eber di Mesir iaitu dokumen kesihatan pula sekitar 1550 SM menunjukkan orang-orang Mesir purba telah mandi dengan menggunakan bahan lemak dari haiwan, minyak tumbuhan dan garam alkali yang dibuat seperti bahan sabun. Dokumen Mesir Purba juga telah mencatatkan penggunaan bahan seumpama sabun ini digunakan dalam penyediaan bulu haiwan untuk tujuan menenun pakaian.


Dalam catatan sejarah Rom pula, ketika pemerintahan Pompeii pada 79 AD, bahan seumpama sabun ini telah dibuat secara pengilangan. Bagaimanapun, penyataan ini agak keliru terhadap bermulanya penggunaan bahan sabun mineral. Dalam pada itu, terdapat bukti soapstone telah digunakan di Fullonica untuk pembersihan dan membersihkan tekstil.

Menurut lagenda Rom, sabun mendapat namanya dari Gunung Sapo, di mana tempat haiwan dikorbankan. Hujan yang turun akan mengalirkan air ke bawah dan turut membawa bersama lemak haiwan, lilin dan habuk dari kayu yang dibakar. Air hujan telah membuatkan bahan-bahan tadi bercampur dan menuruni gunung lalu mengalir sepanjang sungai Tiber. Wanita yang menggunakan air untuk membersihkan pakaian di sepanjang sungai itu mendapati air dari sungai yang mengandungi bahan seperti lilin itu telah mendapati kerja membersihkan pakaian yang kotor menjadi lebih mudah.


Selasa, 23 Disember 2014

Produk Baru Di Pasaran Sabun Nur Aisyhah


Ketika menerima prototaip sabun ini, saya telah menduga suatu kejutan bakal berlaku. Sabun yang dihasilkan menggunakan bahan semulajadi dalam bahan kandungannya iaitu bahan organik. Dengan keharumannya yang satu-satunya bakal membuatkan anda terlekat di bilik mandi. Buihnya yang halus dan lembut dengan memberikan anda rasa yang menyegarkan. Penggunaan madu kelulut akan memberikan anda keyakinan bahawa produk ini akan memberikan kepuasan kepada penggunanya. Umum mengetahui madu kelulut mengandungi bahan yang boleh membaiki sel kulit dan menjadikan anda muda berbanding usia.



TAHNIAH!!! Info mengenai produk ini dapat dilihat dengan jelas pada kotaknya yang cantik dan menarik. Satu-satunya produk tempatan yang berpotensi untuk memasuki pasaran global.  


Saya yakin dan percaya anda akan merasa kagum dengan kemampuan produk itu sendiri mampu mempromosi dirinya sendiri. Anda pasti mengulang beli Sabun Nur Aisyhah ini. Beli 2, satu untuk guna dan satu untuk standby, sebelum habis.


Khamis, 4 Disember 2014

DAPATKAN EBOOK ANDA SEKARANG

Ebook >>> Dengan kepelbagaian formula untuk anda buat secara kecil-kecilan atau untuk menjadikannya satu industri.

KRIM MANDIAN, CECAIR PEKAT SABUN PENCUCI PAKAIAN, PENCUCI PINGGAN, MANGKUK, PES PENCUCI PINGGAN MANGKUK, SABUN BUKU, SABUN TRANSPARENT,  SABUN UNTUK RAMUAN HERBA,SABUN BUKU BIASA,  PENCUCI PEMBASMI KUMAN, SOFTENER- PELEMBUT KAIN, SABUN BASUH DEBU, CAIR, PEKAT, PEMBERSIH TANGAN DAN FORMULA YANG DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA SERTA PELUANG MEMASARKAN HASILAN PRODUK.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat bagi menempah Ebook Cara Membuat Sabun ini. Tidak perlu membuat sebarang bayaran lagi, anda hanya perlu mengisi borang dibawah dan maklumbalas segera akan dihantar kepada anda secara email atau WhatsApp selepas anda SEND borang di bawah.


Sebarang pertanyaan khusus boleh di email kepada saya: trilionwan@gmail.com




Mulakan hari ini juga kerana pelanggan sedang menunggu untuk membeli produk anda di pasaran.

PERTANYAAN ANDA foxyform

 

Rabu, 3 Disember 2014

KURSUS MEMBUAT SABUN

KURSUS LANJUTAN UNTUK YANG BERMINAT


Anda boleh jadikan ilmu ini sebagai hobi, menambah pendapatan sampingan yang lumayan dan sekiranya anda ingin pergi lebih jauh kami sedia membantu anda nuntuk mendapat bimbingan dan perkhidmatan dalam bidang pembuatan sabun, malah pelbagai produk pengguna juga.

Anda perlu mengetahui perkara asas sebelum anda boleh memulakan perjalanan yang lebih jauh.

Di sini adalah tempat terbaik untuk anda bermula dalam mempersiapkan diri. Seterusnya jika diminta kami akan menunjukkan kepada anda laluan bagi mendapat khidmat-nasihat, dalam bidang pembuatan produk pencuci seperti sabun bahkan produk penjagaan diri serta juga memberi peluang kepada anda dalam menghasilkan produk yang bertaraf eksport.

Siapa sangka dengan pelaburan yang kecil anda boleh menghasilkan produk tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa seterusnya bersaing di pasaran global.

Sesungguhnya inilah masanya untuk anda yang berminat menjadi usahawan dengan menceburkan diri dalam bidang pembuatan produk pengguna.

Dengan bertindak, yakinlah usaha anda itu akan memberikan pulangan yang berbaloi. Mereka yang jujur kepada diri dalam pencarian, pasti akan mendapat hasilnya yang sempurna.

Dapatkan ebook ini sebagai langkah mula anda, untuk mendapat asas pengetahuan yang betul.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *