Isnin, 2 Februari 2015

Kegunaan Sabun

Apabila disebut sabun anda mesti menggambarkan sabun buku untuk mandi. Ada dua lagi bentuk sabun – iaitu serbuk dan cair yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Antara tiga rupa sabun iaitu buku, serbuk, dan cair tiap-tiap bahagian boleh diasingkan untuk kegunaannya masing-masing. Misalnya sabun buku.

Ini adalah sabun wangi yang berubat (Medicated Soap).


Sabun untuk bayi (Baby Soap).


Sabun untuk kucing (Cat Soap), anjing (Dog Soap) dan sabun buku untuk mencuci kain- baju.

Dalam Serbuk Sabun.



Untuk mencuci kain baju, basuh lantai dan dinding batu, basuh bilik mandi dan juga mencuci pinggan mangkuk.

Bagi sabun cair pula kegunaannya adalah seperti mencuci cermin, membasuh bilik mandi, mencuci lantai yang kotor seperti rumah, kilang-kilang dan rumah-rumah penginapan dan untuk mencuci tangan seperti dapat dilihat di restoran-restoran dan hotel-hotel. 

Begitu banyaknya rupa bentuk sabun dan kegunaannya. Dalam dan luar negara banyak syarikat-syarikat yang membuat sabun dan mengadakan cap dan namanya tertentu atau jenama.(Brand Name). 




Berfikir jauh ke depan; anda mampu menghasilkan produk jenama anda dan menjualnya di pasaran dan berkembang maju.

Sabtu, 31 Januari 2015

Sabun Dalam Kehidupan Seharian

Sabun adalah bahan yang sangat penting pada setiap hari dalam kehidupan manusia. Dalam zaman yang serba canggih ini boleh dikatakan tidak ada manusia yang tidak mengenali sabun. Begitulah penting kegunaan sabun di seluruh dunia.


Sebagai mana pentingnya makanan untuk kehidupan manusia, begitulah pentingnya sabun untuk membersihkan tubuh badan kita serta kain baju dan sekeliling kita. Kehidupan sekarang telah mencapai kemajuan yang pesat berbanding pada zaman dahulu, yang mana manusia pada waktu itu hidup dalam hutan dan gua tanpa makanan yang berkhasiat dan membersihkan diri dengan bahan cucian yang sempurna.

Sabun adalah pelengkap dalam kehidupan, penjagaan kebersihan untuk kesihatan manusia. Kini disebabkan peribadi sabun itu sendiri wangi dan membersih ia dijadikan kraftangan untuk dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan. Aktiviti ini selain dilihat sebagai nilai tambah ianya juga mampu memberikan tambahan pendapatan yang agak lumayan kepada surirumah yang aktif mengusahakannya.

Sejarah Pembuatan Sabun Moden


Castile Soap kemudian dihasilkan di Eropah pada kurun ke 16. Sabun castile ini masih popular dan dibuat eksklusifnya dari minyak tumbuhan berbanding dengan penggunaan lemak haiwan. Sabun Bronner sebagai contoh dibuat berdasarkan minyak hemp dengan campuran minyak jojoba.

Dalam zaman moden ini, penggunaan sabun telah meluas kerana pengetahuan mengenai peranan kebersihan dalam mengurangkan saiz populasi organisma patogenik. Pengeluaran sabun buku yang pertama secara besar-besaran mula berlaku pada kurun ke 19 dan pada waktu itu juga pengiklanan produk sabun ini mula berkembang.


Sejarah Sabun Saintis Islam


Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur dengan Lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah.

Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra. Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab.

Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur. Pada tahun 981AD, sabun dijual pada harga 3 dirham.

Ahli kimia dari Parsi iaitu Al-Razi menulis satu manuskrip berkenaan resipi sabun yang asal.

Manuskrip yang ditemui telah ditulis pada kurun ke 13 yang memperincikan resipi membuat sabun. Contohnya; sedikit minyak bijan, renjisan potash, alkali dan sedikit kapur, yang dicampur semuanya dan dididihkan. Setelah masak, tuang dalam acuan dan membiarkannya menyejuk dan mengeras.


 

Jumaat, 30 Januari 2015

Sejarah Penemuan Sabun



Manusia telah mengenali kebersihan sedari awal lagi. Air digunakan sebagai bahan utama untuk mencuci, misalnya membersihkan anggota badan yang terkena kekotoran seperti lumpur, darah dan sebagainya. Bukti awal purba yang ditemui melalui ekskavasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa bahan seumpama sabun telah dibuat sekitar 2800 SM di Babylon. Formula seumpama sabun menunjukkan bahan tersebut mengandungi air, alkali dan minyak cassia yang tercatat pada kepingan tanah liat sekitar 2200 SM.


Manakala catatan pada Papyrus Eber di Mesir iaitu dokumen kesihatan pula sekitar 1550 SM menunjukkan orang-orang Mesir purba telah mandi dengan menggunakan bahan lemak dari haiwan, minyak tumbuhan dan garam alkali yang dibuat seperti bahan sabun. Dokumen Mesir Purba juga telah mencatatkan penggunaan bahan seumpama sabun ini digunakan dalam penyediaan bulu haiwan untuk tujuan menenun pakaian.


Dalam catatan sejarah Rom pula, ketika pemerintahan Pompeii pada 79 AD, bahan seumpama sabun ini telah dibuat secara pengilangan. Bagaimanapun, penyataan ini agak keliru terhadap bermulanya penggunaan bahan sabun mineral. Dalam pada itu, terdapat bukti soapstone telah digunakan di Fullonica untuk pembersihan dan membersihkan tekstil.

Menurut lagenda Rom, sabun mendapat namanya dari Gunung Sapo, di mana tempat haiwan dikorbankan. Hujan yang turun akan mengalirkan air ke bawah dan turut membawa bersama lemak haiwan, lilin dan habuk dari kayu yang dibakar. Air hujan telah membuatkan bahan-bahan tadi bercampur dan menuruni gunung lalu mengalir sepanjang sungai Tiber. Wanita yang menggunakan air untuk membersihkan pakaian di sepanjang sungai itu mendapati air dari sungai yang mengandungi bahan seperti lilin itu telah mendapati kerja membersihkan pakaian yang kotor menjadi lebih mudah.


Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *