Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.
Ahad, 27 Mac 2016
Sabun Buku – Mandi
Berikut adalah formula untuk membuat sabun buku secara proses sejuk iaitu tanpa pemanasan haba.
Bahan-bahan:-
1. Minyak Kelapa Sawit, 200 gm
2. Minyak Zaitun, 20 gm
3. Kostik Lye, 114 gm
4. Warna Pilihan, 1 gm
5. Minyak Wangi Pilihan, sedikit
Cara-caranya:
Gunakan bekas plastik bersaiz 1 kg.
Penyediaan pewarna; masukkan sedikit minyak kelapa sawit ke dalam cawan dan masukkan pewarna. Kacau sehingga pewarna itu larut sepenuhnya. Gunakan kain nipis yang bersih tapis larutan berwarna itu dan masukkan ke dalam campuran minyak kelapa sawit dan minyak jarak dalam bekas plastik dan dengan menggunakan sudip kecil kacau sekurang-kurangnya 3 minit atau sehingga minyak itu larut sepenuhnya. Tuangkan Lye dan kacau selama 3 minit, rehat 30 saat dan kacau lagi 3 minit, rehat 30 saat dan kacau 3 minit lagi. Anda akan dapati bubur sabun terbentuk dengan baik sekali. Tuangkan minyak wangi pilihan anda dan kacau sekali.
Tuang bubur sabun itu ke dalam acuan yang telah dilapik dengan plastik nipis. Biarkan bubur sabun itu untuk membeku semalaman. Keesokkan harinya, keluarkan dan potong menggunakan pisau nipis atau pemotong agar.
Bungkus dalam kertas yang menarik dan perkenalkan kepada rakan-rakan anda. Sabun buku buatan anda yang pastinya hebat.
Untuk Maklumat Tentang Bahan-bahan dan Kaedah Penyediaan Lye Ikuti Cara Membuat Sabun
Khamis, 17 Mac 2016
Bahan Kimia Untuk Sabun
Untuk membuat sabun tiga bahan yang paling penting diperlukan ialah ;
1. Minyak
2. Lye
3. Air bersih
Sabun tidak dapat dibuat tanpa tiga bahan itu. Manakala, untuk membuat sabun secara kecil-kecilan atau industri kecil dengan pelaburan sedikit modal, tiga bahan tambahan yang diperlukan ialah :-
1. Agen pengisi
2. Pewarna
3. Wangian
Bahan-bahan tersebut digunakan dalam pembuatan sabun. Wangian digunakan dalam pembuatan sabun wangi mandi dan tidak perlu dalam sabun mencuci kain. Pengisi sabun hanya digunakan dalam sabun murah sahaja. Pembuat sabun putih tidak menggunakan warna.
Senarai pembekal bahan kimia ada saya letakkan dalam blog yang kedua saya, akses akan diberikan kepada setiap pembeli ebook.
Rabu, 16 Mac 2016
Faedah Menggunakan Sabun Mandi Buatan Sendiri
- Sabun buatan sendiri tidak sahaja membersihkan, ia juga mengandungi lebihkurang 25% gliserin.
- Gliserin boleh melembab, melembut, menyejuk dan meminyaki sel-sel kulit anda.
- Sabun buatan sendiri lebih lembut berbanding sabun industri, kerana ianya mengandungi gliserin yang tersedia.
- Memandangkan gliserin mahal, ianya telah diasingkan oleh pihak industri untuk dijual.
- Kualiti sabun mandi buatan sendiri dapat melebihi sabun yang di beli di pasar raya, selain harganya lebih murah.
- Dengan membuat sabun sendiri anda boleh merumuskan mengikut apa yang anda inginkan, sama ada dari segi warna, keharuman atau kandungan tersedia.
- Membuat sabun sendiri sangat mudah dan penuh kreativiti. Sabun mandi buku ini boleh dijadikan hadiah untuk teman serta saudara-mara.
- Anda boleh memulakan projek kraftangan sendiri dan menambahkan pendapatan.
Selasa, 15 Mac 2016
Sabtu, 12 Disember 2015
Langgan:
Catatan (Atom)