Ini adalah sejenis serbuk
yang didapati dari Ubi dan tumbuh-tumbuhan, dicampur dengan kimia dan dijual
dikedai-kedai. Bahan ini juga seperti serbuk batu sabun murah harganya
menambahkan keberatan sabun. Lama-kelamaan sabun ini akan berubah bentuknya dan
menjadi kurus-kekeringan seperti tulang. Oleh kerana inilah pembuat-pembuat
sabun tidak banyak menggunakan bahan ini.
Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.
Ahad, 19 Mei 2019
Sabtu, 18 Mei 2019
Soap Stone Powder (Sebuk Batu Sabun)
Satu lagi bahan yang
digunakan dalam buatan sabun murah ialah serbuk batu sabun. Serbuk batu sabun
ini disediakan dari sejenis batu sejenis batu kapur putih dicampur dengan kimia
dan dijual di kedai-kedai.
Sekiranya bahan ini digunakan dalam buatan sabun ia
akan menambahkan keberatan bahan mengurangkan modal dan anda boleh jual banyak
sabun dengan harga yang murah.
Jumaat, 17 Mei 2019
Resin
Resin adalah keluaran
daripada pokok ru iaitu baki dari proses penghasilan minyak turpentine. Minyak
turpentine apabila dibersihkan akan meninggalkan residue atau sisa. Residue ini
dinamakan resin.
Bentuk
Resin
i.
Terang seperti kaca atau cermin.
ii.
Kelabu
iii.
Kuning.
Khamis, 16 Mei 2019
Bahan-Bahan Pengisi Dalam Sabun
Bahan-bahan tambahan yang
digunakan untuk mengisi dalam sabun adalah seperti resin, serbuk batu sabun
(soap stone powder), Starch, Bahan Wangi dan warna yang digunakan.
Bahan yang utama dalam
pembuatan sabun ialah Minyak atau lemak, Lye (Kostik Soda), dan air suling.
Penggunaan pengisi dalam pembuatan sabun adalah untuk memastikan sabun tidak
dibazirkan semasa kerja-kerja penyucian dilakukan, manakala minyak wangi pula
akan menarik perhatian pengguna.
Pembuat sabun murah
menggunakan Soap Stone Powder atau Tepong Ubi (Starch) dicampurkan dalam proses
pembuatan. Terdapat juga resin dicampurkan dengan lemak, bahan pedas dan air
untuk membuat sabun murah.
Rabu, 15 Mei 2019
Sodium Silikat
Sodium Silikat biasanya
dikenali dengan nama soda basuh. Ianya boleh diperolehi dalam bentuk cecair dan
serbuk. Ianya digunakan secara kombinasi dengan Kostik Soda atau Kostik Potash
dalam pembuatan sabun bagi menjadikan sabun yang dihasilkan itu keras. Jika
terlebih, sabun akan keras seperti batu.
Langgan:
Ulasan (Atom)