Resin adalah keluaran
daripada pokok ru iaitu baki dari proses penghasilan minyak turpentine. Minyak
turpentine apabila dibersihkan akan meninggalkan residue atau sisa. Residue ini
dinamakan resin.
Bentuk
Resin
i.
Terang seperti kaca atau cermin.
ii.
Kelabu
iii.
Kuning.
Resin boleh diperolehi dalam
bentuk beku. Resin banyak digunakan dalam dakwat pencetakan (Printing Ink).
Faedah menggunakan ini adalah lebih dari pengisi-pengisi lain kerana ia akan
menambahkan keberatan sabun dan mengelakkan bau-bauan yang kurang baik dari
minyak atau lemak, soda api dan juga menambahkan keharuman. Tetapi ia juga akan
menukarkan warna sabun itu lama kelamaannya. Oleh itu, ia sesuai digunakan
dalam buatan sabun yang murah.
Resin patut dipanaskan dan
dijadikan cair sebelum mencampurkan dengan minyak untuk membuat sabun.