Nama yang biasa disebut ialah
Kostik Soda. Ini adalah satu kimia garam
yang pedas dan ia boleh memasakkan
lain-lain bahan. Elakkan terkena pada kulit dan anggota badan kerana
ianya boleh menyebabkan bahagian yang terkena akan melecur. Oleh itu
berhati-hati apabila menggunakannya.
NaOH mempunyai kuasa menarik
air dan karbon dioksida dalam udara. Oleh itu ianya perlu disimpan dalam bekas
yang bertutup rapat. Gunakan sudu plastik ketika mengeluarkannya, jangan
sekali-kali menggunakan tangan. Bekas yang menyimpan bahan ini perlu ditutup
segera apabila dibuka.
Kostik Soda boleh diperolehi
daripada pembekal dalam berbagai-bagai bentuk seperti kayu kecil, syelek,
serbuk, ketulan dan juga cair. Harga Kostik Soda adalah berbeza, Kostik Soda
berbentuk kayu kecil agak mahal sedikit dan pembuat sabun tidak menggunakannya.
Kostik Soda dalam bentuk
ketul dan serbuk adalah lebih sesuai untuk digunakan. Walau bagaimanapun ianya
terpulang kepada anda untuk mendapatkannya daripada pembekal.
Kostik Soda berbeza dari segi
tahap pedas. Tahap pedas akan menentukan tempoh masa untuk pembentukan Bubur
Sabun apabila minyak dicampur dengan Lye.