Antara
tiga bahagian minyak tersebut minyak dari tumbuh-tumbuhan adalah sungguh sesuai
untuk membuat sabun. Dalam minyak tumbuhan terdapat gliserin, alkali dan
kimia-kimia lemak. Gliserin dan bahan-bahan lemak membuat untuk menukarkan
bahan-bahan sabun dan menjadikan sabun. Oleh itulah diketahui bahawa minyak
tumbuh-tumbuhan sungguh sesuai untuk membuat sabun.
Lemak
yang didapati dari binatang-binatang juga boleh menjadikan minyak. Dalam minyak
ini terkandung gliserin dan bahan lemak yang sesuai untuk sabun. Tetapi minyak
ini patut dicampurkan dengan minyak tumbuhan untuk membuat sabun.
Dalam
semua minyak tumbuhan, gliserin dan alkali (bahan garam) tidak sama
kandungannya. Kandungan gliserin dan alkali adakalanya lebih daripada bahan
lemak. Dalam jenis yang lain pula, mungkin bahan lemak pula lebih daripada
gliserin dan alkali. Dalam jenis minyak yang lain pula kandungan tiga bahan
tersebut samarata sahaja.
Oleh kerana ada bezanya
antara kandungan kimia dalam tiap-tiap minyak tumbuhan, maka sabun yang dibuat
akan terdapat perbezaan dari segi komposisi kandungan dan penggunaannya.
Berbanding
dengan bezanya, sabun yang dibuat dari minyak tumbuh-tumbuhan mempunyai
kepelbagaian bentuk teksturnya. Ada yang kasar, ada yang lembut, ada yang licin
seperti lilin. Manakala dari segi penggunaan, terdapat perbezaan dari buih yang
dikeluarkan sama ada banyak atau kurang.
Minyak
yang tersebut di atas mengandungi zat gliserin, bahan lemak dan garam alkali
yang sama rata. Tetapi untuk menjadikan sabun garam (alkali) tidak perlu. Jadi
minyak yang mempunyai kandungan gliserin dan bahan lemak adalah minyak yang
sesuai untuk membuat sabun bermutu tinggi.