Khamis, 2 Mei 2019

Pemilihan Minyak Untuk Membuat Sabun


Minyak Tumbuh-Tumbuhan


Keluaran minyak dari pokok-pokok tumbuhan, biji-bijian dan buah-buahan. Misalnya, minyak bijan, kelapa, minyak kacang, minyak lenga, minyak kelapa sawit, minyak cendana dan lain-lain lagi.

 

Minyak Haiwan


Keluaran minyak atau lemak dari haiwan seperti lembu, ayam, khinzir, ikan dan sebagainya.



Minyak Fosil (Galian)


Keluaran minyak galian dari tanah. Misalnya minyak api, minyak petrol, minyak diesel dan sebagainya.

Minyak Wangi

           
Keluaran minyak dari bunga-bunga, kulit pokok dan pokok–pokok wangi. Umpamanya minyak cendana, minyak rose, minyak bunga cengkih, minyak mawar, minyak melur atau ekstrak kayu manis dan sebagainya. Antara minyak-minyak tersebut ada juga yang digunakan untuk ubat.

Minyak yang diambil dari pokok karas mempunyai harga yang tinggi di pasaran dan merupakan asas bagi pembuatan minyak wangi.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *