Isnin, 20 Mei 2019

Warna-warna Sabun (Soap Colour)


Sekarang kita akan melihat tentang warna-warna dan bahan-bahan wangi yang digunakan dalam buatan sabun.

Warna-warna (Colour)

Antara warna-warna ada dua bahagian, iaitu warna yang boleh dicampur dengan air dan warna yang boleh dicampur dengan minyak. Warna yang boleh dicampur itu tidak boleh dicampur dengan minyak dan sebaliknya. Warna-warna ini didapati banyak cara seperti warna untuk buat kuih-muih yang boleh dimakan, warna-warna untuk buatan barang-barang, untuk kain dan juga dakwat. Begitu banyaknya cara warna-warna yang dijual dikedai-kedai.


Warna-warna yang digunakan juga ada cara iaitu satu yang boleh dicampur dengan minyak dan satu lagi yang boleh dicampur dengan air. Banyaknya warna tetapi antaranya, warna kuning, biru, merah, dan hijaulah yang banyak digunakan dalam buatan sabun.

Pilihlah warna mengikut kesesuaian warna sabun yang akan anda hasilkan. Sama ada warna campuran air atau minyak.


Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *