Ahad, 12 Mei 2019

Kepentingan Kostik Soda


 

Pemahaman tentang Kostik Soda amatlah penting dalam proses pembuatan sabun. Anda akan dapat menetukan dan bahan pedas Kostik Soda itu bahagian apakah Kostik Soda itu. Pengetahuan anda berhubung jenis Kostik Soda ini akan membantu anda dalam buatan sabun (ada tiga cara membuat sabun yang kami akan bincang dalam pelajaran berikut).

Sebagai contohnya:- Jika anda ketahui Kostik Soda itu mengandungi bahan pedas 76 hingga 77 peratus ini mempunyai bahan pedas yang banyak. Soda ini boleh digunakan untuk membuat sabun “cara sejuk”.


Kostik Soda yang lain, iaitu yang mengandungi 60 hingga 62 peratus bahan pedas. 69 hingga 70 peratus dan 73 hingga 74 peratus bahan  pedas tidak boleh digunakan dalam buatan “cara sejuk” sebabnya dalam buatan cara sejuk bahan-bahannya tidak dipanaskan atau dimasak. Kerana tanpa masakan bahan tersebut menjadi cair. Dengan ini anda diberi tahu bahawa untuk cara sejuk Kostik Soda yang mengandungi bahan pedas yang banyak digunakan.

Selain daripada Kostik Soda yang mempunyai kekurangan bahan pedas tidak sesuai untuk cara sejuk dan melambatkan proses menjadikan Bubur Sabun. Oleh sebab itu soda yang mempunyai bahan pedas yang kurang perlu digunakan dalam cara panas iaitu masak Bubur Sabun.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *